Connect with us

Terkini

Rejim zionis Israel bunuh rakyat Palestin untuk bolot ‘harta karun’

Pada 2019 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerbitkan sebuah laporan yang mengesahkan Palestin telah kehilangan sepenuhnya pemilikan sumber alam di tanah airnya sendiri sejak pertama kali rejim zionis menjajah negara itu.

Lidah Pengarang

Published

on

Rejim zionis Israel bunuh rakyat Palestin untuk bolot ‘harta karun’
Foto: Gambar sekadar hiasan.

Pada 2019 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerbitkan sebuah laporan yang mengesahkan Palestin telah kehilangan sepenuhnya pemilikan sumber alam di tanah airnya sendiri sejak pertama kali rejim zionis menjajah negara itu.

Dalam laporan Human Right Watch, pihak berkuasa rejim zionis tanpa berselindung menyita hak pemilikan sumber air rakyat Palestin walaupun ia terang-terangan melanggar undang-undang antarabangsa yang melarang sebarang pengambilalihan sumber daya wilayah lain demi keuntungan sendiri.

Bahkan menurut Amnesty International jenayah itu dilakukan zionis sejak 1967 apabila rakyat Palestin dihalang daripada menggerudi telaga air baharu, mendalamkan telaga dan dihalang dari mengambil air dari Sungai Jordan.

Malah, rejim zionis turut mengawal dan mengehadkan lokasi penyimpanan air hujan di seluruh Tebing Barat.

Maksudnya, selama 75 tahun Palestin dijajah, saudara kita di sana tidak mempunyai akses kepada air bersih. Walaupun ia boleh diakses, jumlah airnya sangat kecil dan kualitinya sangat teruk dan keadaan itu berterusan sehingga ke hari ini.

Maka, satu-satunya cara untuk rakyat Palestin mendapatkan air adalah melalui pembelian. 

PBB melaporkan rejim zionis Israel menjalankan perniagaan menjual air yang dicurinya kerana ia melihat perkara itu sebagai pasaran yang menarik untuk pertumbuhan eksport.

Dan menurut PBB, disebabkan jenayah dan penindasan zionis inilah ekonomi Palestin gagal berkembang, sekali gus sektor pertanian dan perindustrian negara itu musnah.

Namun akhlak buruk zionis tidak sekadar itu.

Sifat tamak itu makin terserlah apabila ahli geologi dan ahli ekonomi sumber asli mengesahkan bahawa Palestin terletak di atas takungan kekayaan minyak dan gas asli yang sangat besar.

Kawasan ini mencakupi Kawasan C di Tebing Barat dan pantai Mediterranean di luar Semenanjung Gaza, demikian lapor UNCTAD (Persidangan PBB mengenai Perdagangan dan Pembangunan) dalam kajian mereka.

Penemuan itu disahkan lagi dengan laporan dikeluarkan Pemantauan Geologi Amerika Syarikat (USGS) bahawa pada kedalaman 1,000 hingga 6,000 meter bawah tanah Palestin terdapat kuantiti minyak dan gas asli yang banyak.

Lebih menarik perhatian rejim zionis apabila pada 1999, satu lagi lokasi yang dipanggil Levant Basin ditemui dan disenaraikan sebagai salah satu sumber gas terpenting di dunia.

Usaha sama Pihak Berkuasa Kebangsaan Palestin (PNA) bersama British Gas Group (BGG) ketika  itu bersetuju berkongsi dan mengagihkan sumber asli berjumlah kira-kira $524 bilion itu.

Nilai itu terdiri daripada 122 trilion kaki padu gas asli pada nilai bersih $453 bilion (berdasarkan anggaran harga pada 2017) dan 1.7 bilion tong minyak boleh pulih pada nilai bersih kira-kira $71 bilion.

Laporan ini dijelaskan secara meluas dalam laporan UNCTAD bertajuk; “The Economic Cost of Occupation for the Palestinian People: The Unrealized Oil and Natural Gas Potential.”

Malangnya, sama seperti kes pemilikan sumber air, hak rakyat Palestin terhadap kemewahan sumber asli ini turut dinafikan rejim zionis Israel.

Kolumnis Mahmoued Elkhafif dalam catatannya di Al Jazeera menyifatkan semua ‘khazanah’ itu langsung tidak dapat dinikmati rakyat Palestin. Ini kerana, mereka telah hilang kawalan ke atas pemilikan sumber fosil sejak 1967.

Walaupun terdapat perjanjian eksploitasi minyak dan gas luar pesisir di antara Kumpulan Gas British dan Israel-Palestin, Mahmoud menyatakan, “British Gas Group dan Israel mengabaikan Palestin apabila ia berkaitan dengan hak pembangunan dan penerokaan”.

Sudah terang lagi bersuluh rejim zionis bukan sahaja secara sah melanggar pelbagai undang-undang antarabangsa, bermula dari Konvensyen Geneva dan pelbagai peraturan hak asasi manusia, malah entiti haram ini juga berniat membolot secara rakus sumber alam dianugerahkan Allah buat rakyat Palestin.

Malangnya dunia, termasuk PBB dan kuasa besar dunia hanya mampu mengutuk dan mengecam.

Maka usahlah dipersalahkan Hamas saat kumpulan pembebasan Palestin itu melancarkan operasi Taufan Al-Aqsa pada 7 Oktober lalu sebagai tindak balas kepada pembantaian, penindasan, pembunuhan dan penafian hak ke atas warga Palestin.

75 tahun Nakbah (bencana besar) ke atas Palestin harus dinoktahkan. Sudah tiba masanya ‘biawak kudung masuk kampung’ ini diajar tentera al-Qassam. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
  • Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
  • Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
  • Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
  • “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
  • “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
  • Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
  • Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.

Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.

“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.

“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.

Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.

Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.

Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.

“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.

Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.

“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending