Connect with us

Antarabangsa

Rejim pengganas Israel tembak sesiapa sahaja keluar dari Hospital Al-Shifa

Seorang doktor di Hospital Al-Shifa di Bandaraya Gaza pada Sabtu melaporkan bahawa tentera Israel melepaskan tembakan ke arah sesiapa sahaja yang mahu keluar dari hospital itu.

Wartawan TMT

Published

on

Rejim pengganas Israel tembak sesiapa sahaja keluar dari Hospital Al-Shifa
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Seorang doktor di Hospital Al-Shifa di Bandaraya Gaza pada Sabtu melaporkan tentera Israel melepaskan tembakan ke arah sesiapa sahaja yang mahu keluar dari hospital itu.
  • Seorang pakar sakit puan Fadia Malhis ketika dihubungi Agensi Anadolu berkata, tentera Israel mengepung kawasan hospital dan jarak mereka hanya satu meter dari pintu hospital.
  • “Mereka menembak sesiapa sahaja yang cuba keluar dari hospital termasuk saya. Jika ada sesiapa yang bergerak antara unit-unit, mereka juga ditembak. Terdapat banyak jenazah di pekarangan bilik kecemasan, keadaan sangat teruk dan berbahaya, ia sukar untuk digambarkan.
  • “Ia umpama sebuah penjara tanpa air, elektrik atau makanan. Terdapat lebih 100 jenazah di pekarangan hospital. Mereka menembak sesiapa yang cuba mengebumikan jenazah. Kawasan pekarangan hospital penuh dengan jenazah,” kata doktor itu.

GAZA: Seorang doktor di Hospital Al-Shifa di Bandaraya Gaza pada Sabtu melaporkan bahawa tentera Israel melepaskan tembakan ke arah sesiapa sahaja yang mahu keluar dari hospital itu.

Seorang pakar sakit puan Fadia Malhis ketika dihubungi Agensi Anadolu berkata, tentera Israel mengepung kawasan hospital dan jarak mereka hanya satu meter dari pintu hospital.

“Mereka menembak sesiapa sahaja yang cuba keluar dari hospital termasuk saya. Jika ada sesiapa yang bergerak antara unit-unit, mereka juga ditembak. Terdapat banyak jenazah di pekarangan bilik kecemasan, keadaan sangat teruk dan berbahaya, ia sukar untuk digambarkan.

“Ia umpama sebuah penjara tanpa air, elektrik atau makanan. Terdapat lebih 100 jenazah di pekarangan hospital. Mereka menembak sesiapa yang cuba mengebumikan jenazah. Kawasan pekarangan hospital penuh dengan jenazah,” kata doktor itu.

Beliau berkata, terdapat 60 bayi di unit rawatan rapi, 39 daripadanya ditidurkan (intubate), seorang bayi meninggal dunia pada sebelah petang dan bayi-bayi ini mungkin akan mati seorang demi seorang akibat kekurangan bahan api.

“Tolong, selamatkan kami, hentikan perang ini, jika tidak kami akan mati. Ada orang mati di mana-mana sahaja. Selamatkan kami, keadaan sangat teruk,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement

Author

Antarabangsa

AS hantar 15,000 bom, 57,000 peluru meriam kepada rejim penjajah zionis Israel

Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
  • Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
  • Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.

Gaza: Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.

“AS sebelum ini tidak mendedahkan jumlah senjata dihantar ke Israel mahupun pemindahan 100 BLU-109, 2,000 paun bom bunker-buster,” katanya.

Bom bunker-buster terkenal dengan keupayaannya menembusi jauh ke dalam struktur yang padat sebelum meletup.

Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.

Tentera Israel meneruskan pengeboman di Semenanjung Gaza awal Jumaat selepas mengisytiharkan penamatan jeda kemanusiaan selama seminggu.

Sekurang-kurangnya 193 rakyat Palestin terbunuh dan 652 cedera dalam serangan udara itu, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.

Advertisement

Sejak 7 Oktober, lebih 15,000 rakyat Palestin, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita terbunuh dalam serangan kejam Israel, sebagai membalas serangan mengejut Hamas.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending