Connect with us

Terkini

Rejim pengganas Israel lancar lebih 1,000 serangan fosforus putih di Gaza 

Pemantau Hak Asasi Manusia EuroMed (EuroMed), mengesahkan tentera rejim Israel melancarkan lebih 1,000 serangan artileri mengandungi fosforus putih yang diharamkan di peringkat antarabangsa sejak tercetusnya perang berdarah di Semenanjung Gaza, 7 Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Rejim pengganas Israel lancar lebih 1,000 serangan fosforus putih di Gaza 
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pemantau Hak Asasi Manusia EuroMed (EuroMed), mengesahkan tentera rejim Israel melancarkan lebih 1,000 serangan artileri mengandungi fosforus putih yang diharamkan di peringkat antarabangsa sejak tercetusnya perang berdarah di Semenanjung Gaza, 7 Oktober lalu.
  • Menurut EuroMed, pihaknya berjaya mendokumentasikan penggunaan fosforus putih iaitu bahan bakar yang boleh menyebabkan penderitaan seumur hidup, secara sewenang-wenangnya oleh tentera Israel, di kawasan berkepadatan tinggi di Bandar Gaza dan utara Semenanjung. 
  • EuroMed turut memberi amaran penggunaan fosforus putih adalah dilarang oleh undang-undang antarabangsa dan tidak boleh disasarkan kepada atau berdekatan dengan kawasan kediaman mempunyai penduduk atau infrastruktur awam. 
  • “Orang terdedah kepada fosforus putih boleh mengalami masalah pernafasan, kegagalan organ, dan kecederaan serius lain termasuk melecur teruk,” katanya.

GENEVA: Pemantau Hak Asasi Manusia EuroMed (EuroMed), mengesahkan tentera rejim Israel melancarkan lebih 1,000 serangan artileri mengandungi fosforus putih yang diharamkan di peringkat antarabangsa sejak tercetusnya perang berdarah di Semenanjung Gaza, 7 Oktober lalu.

Menurut EuroMed, pihaknya berjaya mendokumentasikan penggunaan fosforus putih iaitu bahan bakar yang boleh menyebabkan penderitaan seumur hidup, secara sewenang-wenangnya oleh tentera Israel, di kawasan berkepadatan tinggi di Bandar Gaza dan utara Semenanjung. 

EuroMed turut memberi amaran penggunaan fosforus putih adalah dilarang oleh undang-undang antarabangsa dan tidak boleh disasarkan kepada atau berdekatan dengan kawasan kediaman mempunyai penduduk atau infrastruktur awam. 

Sehubungan itu, organisasi terbabit menggesa penubuhan jawatankuasa penyiasatan antarabangsa bebas terhadap penggunaan senjata larangan oleh Israel terhadap orang awam di Gaza.

“Semua pelaku perlu bertanggungjawab termasuk mereka yang memberi arahan, merancang dan melakukan serangan,” katanya melalui kenyataan.

Kumpulan hak asasi manusia itu berpendapat bahan terbabit digunakan rejim zionis sebagai senjata tambahan untuk meningkatkan pembunuhan secara beramai-ramai dan pemindahan secara paksa.

Rabu lalu, EuroMed mendedahkan mereka menerima testimoni bahawa kira-kira 300 serangan bahan fosforus putih dilancarkan Israel ke dataran kediaman yang penuh sesak di bandar Beit Lahia di utara Gaza dalam masa kurang 40 minit.

Terdahulu, laporan mengenai pelbagai bekas fosforus putih direkodkan di kawasan sesak di kejiranan Sheikh Radwan di bandar Gaza, malah serangan serupa juga dilaporkan di kem pelarian Al-Shati, barat Gaza, serta kem Jabalia di utara Semenanjung.

Menurut Euro-Med, penduduk Palestin di kawasan terbabit serangan bahan itu mengakui mengalami masalah pernafasan yang teruk selepas terhidu fosforus putih.

“Mereka menyatakan terdapat bau sangat kuat dan halangan yang ketara pada penglihatan kerana asap putih tebal. Orang yang terdedah kepada fosforus putih boleh mengalami masalah pernafasan, kegagalan organ, dan kecederaan serius lain termasuk melecur teruk.

“Peningkatan penggunaan fosforus putih dan bom asap oleh Israel yang menyasarkan kawasan kediaman sesak adalah sebahagian daripada dasar pemindahan paksa dan pembersihan etnik, sehingga memaksa separuh daripada penduduk Gaza meninggalkan rumah, tempat perlindungan dan hospital sebelum berpindah ke selatan Lembah Gaza,” katanya.

Menurut EuroMed, organisasi yang berpangkalan di Geneva itu menegaskan bahawa Israel terus melanggar prinsip perimbangan dan diskriminasi dengan menyasarkan secara langsung nyawa dan kesihatan orang awam.

Selain itu katanya, Israel turut menggunakan senjata yang dilarang di peringkat antarabangsa, iaitu suatu pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan peraturan perang.

“Israel menggunakan bom letupan dengan kesan pemusnahan besar di kawasan berpenduduk padat. Penggunaan bom ini mewakili ancaman paling serius kepada orang awam dalam konflik bersenjata.

“Ia menjelaskan kesan korban dahsyat dan kemusnahan yang meluas di Semenanjung Gaza, termasuk mengosongkan sepenuhnya kawasan kejiranan kediaman di sana,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

‘Edisi Siasat’ disiasat

Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
  • Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.
  • Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.
  • Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 
  • “Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.
  • “Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 

“Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.

“Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

Beliau bertegas bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab itu boleh mengganggu perbicaraan kes bagi menegakkan keadilan terhadap kanak-kanak malang itu serta memberi implikasi kepada semua pihak termasuk pihak pendakwaan, pembelaan dan juga keluarga mangsa.

Mengulas mengenai kenyataan peguam Fahmi Abd Moin yang mendakwa siasatan di bawah Seksyen 302  Kanun Keseksaan masih dijalankan sehingga pelaku sebenar ditahan, beliau berkata siasatan telah selesai selepas pendakwaan terhadap ibu bapa mangsa di mahkamah semalam.

“Seperti yang saya katakan semalam, bahagian kita dalam menyiasat kes itu telah diakhiri dengan pendakwaan ibu bapa Zayn Rayyan.

“Sekiranya ada pendedahan baharu semasa prosiding perbicaraan dan Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan kami menyiasat lebih lanjut, kami akan berbuat demikian,” tambahnya.

Mengenai tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor yang kini menjaga adik Zayn Rayyan, beliau berkata ia adalah tanggungjawab undang-undang dan moral untuk berbuat demikian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending