Antarabangsa
Rejim pengganas Israel dakwa temui senjata dalam hospital
Tentera Israel mendakwa menemui senjata dan ‘kemudahan pejuang’ ketika serbuan di Hospital Al Shifa di Semenanjung Gaza.

- Tentera Israel dakwa temui senjata dan ‘kemudahan pejuang’ ketika serbuan di Hospital Al Shifa di Semenanjung Gaza.
- Menurut seorang pegawai kanan tentera Israel, ketika serbuan waktu malam tiada tembakan di dalam kompleks hospital itu atau pertembungan dengan kakitangan perubatan dan pesakit.
- “Askar Pasukan Pertahanan Israel (IDF) menemui senjata dan infrastruktur lain. Dalam sejam terakhir, kami menemui bukti kukuh pejuang Hamas menggunakan Hospital Al-Shifa sebagai ibu pejabat,” kata pegawai itu, yang enggan namanya disiarkan.
- Dia tidak dedahkan di bahagian dalam hospital berkenaan serta barang ditemui tentera. Rejim itu berkata bukti berkenaan akan dikemuka kemudian.
BAITULMAQDIS: Tentera Israel mendakwa menemui senjata dan ‘kemudahan pejuang’ ketika serbuan di Hospital Al Shifa di Semenanjung Gaza.
Menurut seorang pegawai kanan tentera Israel, ketika serbuan waktu malam tidak ada tembakan di dalam kompleks hospital itu atau pertembungan dengan kakitangan perubatan dan pesakit.
“Askar Pasukan Pertahanan Israel (IDF) menemui senjata dan infrastruktur lain. Dalam sejam terakhir, kami menemui bukti kukuh pejuang Hamas menggunakan Hospital Al-Shifa sebagai ibu pejabat,” kata pegawai itu, yang enggan namanya disiarkan.
Dia bagaimanapun tidak mendedahkan di bahagian dalam hospital berkenaan serta barang yang ditemui oleh tentera. Rejim itu berkata bukti berkenaan akan dikemuka kemudian.
Tambahnya, operasi yang dilaksanakan itu tepat dan disasarkan dan kini tentera Israel sudah berada di satu kawasan khusus di kompleks Shifa yang sangat besar.
Beliau juga tidak menyatakan berapa lama serbuan ke atas bangunan hospital itu akan diadakan.
“Askar kami melakukan kemajuan secara berhati-hati berdasarkan risikan kami,” katanya.
Israel berkata, selama bertahun-tahun pejuang Hamas menggunakan Hospital Al-Shifa, hospital terbesar di Gaza, sebagai perlindungan untuk operasi mereka.
Namun Hamas dan kakitangan hospital menafikan perkara ini.
Tentera Israel memaklumkan seramai empat pejuang Hamas meninggal dunia dalam pertempuran di luar hospital itu, ketika askarnya cuba memasuki kompleks berkenaan.
Sumber: Berita Harian
Antarabangsa
Setiap orang awam dibunuh, 10 pejuang Palestin akan ‘dilahirkan’
Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.

- Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.
- Ia berkaitan dengan penilaian rejim zionis bahawa mereka “membunuh dua orang awam untuk setiap ahli Hamas”, di mana Moulton menyatakan perkara itu bukanlah sesuatu yang positif.
- Dalam satu temu ramah televisyen, Moulton memetik kajian Jeneral bersara, Stanley McChrystal yang mengatakan bagi setiap orang awam terbunuh, 10 pejuang Palestin akan direkrut.
- “Dengan kiraan itu, Israel setakat ini membunuh 5,000 pengganas (pejuang) Hamas tetapi dalam usaha itu, mereka telah merekrut sekitar 100,000 pengikut baru dan perkara ini buruk buat Israel,” kata Moulton.
- Jurucakap tentera rejim Israel, Jonathan Conricus pada Isnin memberitahu CNN bahawa nisbah dua penduduk awam Palestin dibunuh untuk setiap ahli Hamas satu “nisbah positif” kerana ia membabitkan situasi pertempuran dalam bandar.
Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.
Ia berkaitan dengan penilaian rejim zionis bahawa mereka “membunuh dua orang awam untuk setiap ahli Hamas”, di mana Moulton menyatakan perkara itu bukanlah sesuatu yang positif.
Moulton merujuk kepada sayap tentera Hamas iaitu Briged Al-Qassam.
Dalam satu temu ramah televisyen, Moulton memetik kajian Jeneral bersara, Stanley McChrystal yang mengatakan bagi setiap orang awam terbunuh, 10 pejuang Palestin akan direkrut.
“Dengan kiraan itu, Israel setakat ini membunuh 5,000 pengganas (pejuang) Hamas tetapi dalam usaha itu, mereka telah merekrut sekitar 100,000 pengikut baru dan perkara ini buruk buat Israel,” kata Moulton.
Jurucakap tentera rejim Israel, Jonathan Conricus pada Isnin memberitahu CNN bahawa nisbah dua penduduk awam Palestin dibunuh untuk setiap ahli Hamas satu “nisbah positif” kerana ia membabitkan situasi pertempuran dalam bandar.
“Kita tidak terlibat untuk menetapkan nisbah sebegitu, yang pada pendapat saya adalah (sesuatu yang) tidak enak,” kata Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stephane Dujarric dipetik Jordan News, mengkritik jurucakap tentera Israel itu.
Dujarric menekankan fokus PBB adalah untuk mencegah korban awam, walaupun mengakui cabaran-cabaran di Gaza, di mana lebih 16,000 warga Palestin terkorban sejak 7 Oktober lalu. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa2 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS