Connect with us

Terkini

Persempadanan semula pilihan raya tidak jejaskan kuasa Melayu?

Persempadanan semula kawasan pilihan raya dilihat tidak akan memberi ancaman terhadap kuasa Melayu.

Avatar

Published

on

Persempadanan semula pilihan raya tidak jejaskan kuasa Melayu?
Foto: Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Professor Datuk Dr Sivamurugan Pandian.
  • Persempadanan semula kawasan pilihan raya dilihat tidak akan memberi ancaman terhadap kuasa Melayu.
  • Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Professor Datuk Dr Sivamurugan Pandian berkata ini kerana pimpinan tertinggi dalam kerajaan, termasuk Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), terdiri daripada orang Melayu.
  • “Saya tidak melihat langsung ia boleh menghilangkan kuasa Melayu kerana SPR itu diketuai oleh seorang Melayu Islam dan Perdana Menteri juga Melayu Islam.
  • “Bagaimana pula Perdana Menteri boleh membenarkan DAP menentukan keputusan,” katanya kepada The Merdeka Times ketika dihubungi pada Isnin.
  • Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini dilaporkan berkata, Melayu akan hilang kuasa selama-lamanya apabila persempadanan semula kawasan pilihan raya dilaksanakan.
  • Seorang lagi penganalisis politik yang enggan dinamakan berkata, dakwaan Muhyiddin ada asasnya, namun terdapat keperluan lain yang menjadikan persempadanan semula itu perlu dibuat.

KUALA LUMPUR – Persempadanan semula kawasan pilihan raya dilihat tidak akan memberi ancaman terhadap kuasa Melayu.

Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Professor Datuk Dr Sivamurugan Pandian berkata ini kerana pimpinan tertinggi dalam kerajaan, termasuk Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), terdiri daripada orang Melayu.

“Saya tidak melihat langsung ia boleh menghilangkan kuasa Melayu kerana SPR itu diketuai oleh seorang Melayu Islam dan Perdana Menteri juga Melayu Islam.

“Bagaimana pula Perdana Menteri boleh membenarkan DAP menentukan keputusan,” katanya kepada The Merdeka Times ketika dihubungi pada Isnin.

Beliau mengulas dakwaan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilaporkan berkata Melayu akan hilang kuasa selama-lamanya apabila persempadanan semula kawasan pilihan raya dilaksanakan.

Muhyiddin berkata Ahli Parlimen DAP telah bercakap dengan lantang di Dewan Rakyat baru-baru ini tentang perlunya proses persempadanan semula kawasan pilihan raya dilaksanakan, terutama untuk menambah kerusi-kerusi Parlimen di kawasan bandar. 

Mengulas lanjut, Sivamurugan berkata, sehingga hari ini, majoriti kerusi Parlimen yang membentuk kerajaan adalah terdiri daripada kawasan bermajoriti bangsa Melayu.

Seorang lagi penganalisis politik yang enggan dinamakan berkata, dakwaan Muhyiddin ada asasnya, namun terdapat keperluan lain yang menjadikan persempadanan semula itu perlu dibuat.

Katanya, terdapat pertambahan penduduk di beberapa tempat, terutama di bandar besar seperti Bangi, Klang, Alor Setar serta kawasan di Sabah dan Sarawak.

“Jika kaedah persempadanan dilakukan dengan betul, ia tidak menjadi isu. Ia menjadi isu kerana pada tahun 1999 kawasan Melayu dipecahkan.

“Jadi, apa yang berlaku sekarang adalah impak daripada perkara itu,” kata penganalisis politik itu.

Beliau berkata persempadanan pada tahun 1999 itu adalah disebabkan kebangkitan pengundi berbangsa Melayu ekoran peristiwa Reformasi.

Katanya, sekiranya benar DAP memang ingin menghapuskan dasar pro-Bumiputera menerusi kesempatan pada persempadanan ini, mereka perlu berhadapan risiko tentangan penyokong berbangsa Melayu.

“Kalau tengok trend semasa Pilihan Raya Negeri Selangor lepas, terdapat peralihan sokongan pada kawasan bandar dan pinggir bandar Melayu.

“Jadi, kalau persempadanan itu akan memberikan kelebihan kepada satu-satu pihak, ia tidak tepat. Tiada jaminan perkara ini dapat kelebihan kepada satu-satu pihak,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Peneroka haram Israel bersenjata rampas biri-biri keluarga Palestin

Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
  • Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.
  • Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.
  • Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.
  • Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur. 
  • Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.

Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.

Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.

Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.

Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.

Pihak berkuasa Israel dikatakan bersikap lembut dengan peneroka haram sebagai sebahagian usaha rasmi rejim untuk mempergiatkan aktiviti penempatan haram di wilayah Palestin yang diduduki.

Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur. 

Penempatan Israel dianggap haram di bawah undang-undang antarabangsa.

Ketegangan semakin memuncak di Tebing Barat di tengah-tengah serangan Israel di Gaza yang telah membunuh hampir 41,300 warga Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak serangan rentas sempadan kumpulan Palestin Hamas pada 7 Oktober tahun lalu.

Sekurang-kurangnya 710 rakyat Palestin terbunuh dan hampir 5,700 lagi cedera akibat serangan tentera Israel di Tebing Barat sejak tempoh sama, demikian menurut Kementerian Kesihatan.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending