Terkini
Perang di Gaza dijangka berlanjutan dua bulan lagi
Rejim zionis Israel akan terus menyerang Gaza dengan “sepenuh kekuatan” setelah berakhirnya ‘jeda peperangan’ (gencatan senjata sementara) bermula hari ini, kata Menteri pertahanannya, Yoav Gallant.
- Rejim zionis Israel akan terus menyerang Gaza dengan “sepenuh kekuatan” setelah berakhirnya ‘jeda peperangan’ (gencatan senjata sementara) bermula hari ini, kata Menteri pertahanannya, Yoav Gallant.
- Menteri negara haram itu berkata rejim Israel akan menyerang Gaza sekurang-kurangnya untuk tempoh dua bulan lagi.
- “Apa yang kamu akan lihat dalam beberapa hari ini adalah pembebasan tebusan terlebih dahulu, penangguhan ini (gencatan senjata) hanya untuk sementara waktu,” kata Gallant ketika berucap kepada tentera laut Israel yang dipetik The Times of Israel, semalam.
Rejim zionis Israel akan terus menyerang Gaza dengan “sepenuh kekuatan” setelah berakhirnya ‘jeda peperangan’ (gencatan senjata sementara) bermula hari ini, kata Menteri pertahanannya, Yoav Gallant.
Menteri negara haram itu berkata rejim Israel akan menyerang Gaza sekurang-kurangnya untuk tempoh dua bulan lagi.
“Apa yang kamu akan lihat dalam beberapa hari ini adalah pembebasan tebusan terlebih dahulu, penangguhan ini (gencatan senjata) hanya untuk sementara waktu,” kata Gallant ketika berucap kepada tentera laut Israel yang dipetik The Times of Israel, semalam.
Dia turut menyampaikan anggaran tempoh serangan berterusan rejim pengganas Israel yang akan dijalankan setelah berakhirnya gencatan senjata selama empat hari itu.
“Sekurang-kurangnya dua bulan lagi pertempuran sepatutnya dijangkakan,” katanya.
Kenyataan Gallant juga turut dilaporkan i24 News Israel.
Sumber: Middle East Eye
Antarabangsa
Peneroka haram Israel bersenjata rampas biri-biri keluarga Palestin
Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
- Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
- Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.
- Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.
- Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.
- Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur.
- Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.
Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.
Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.
Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.
Pihak berkuasa Israel dikatakan bersikap lembut dengan peneroka haram sebagai sebahagian usaha rasmi rejim untuk mempergiatkan aktiviti penempatan haram di wilayah Palestin yang diduduki.
Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur.
Penempatan Israel dianggap haram di bawah undang-undang antarabangsa.
Ketegangan semakin memuncak di Tebing Barat di tengah-tengah serangan Israel di Gaza yang telah membunuh hampir 41,300 warga Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak serangan rentas sempadan kumpulan Palestin Hamas pada 7 Oktober tahun lalu.
Sekurang-kurangnya 710 rakyat Palestin terbunuh dan hampir 5,700 lagi cedera akibat serangan tentera Israel di Tebing Barat sejak tempoh sama, demikian menurut Kementerian Kesihatan.
Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur. – The Merdeka Times
-
Terkini2 days ago
Individu promosi Bahasa Melayu patut disokong, bukannya diambil tindakan – Peguam
-
Antarabangsa3 days ago
Israel rekrut pelarian Afrika, janji status penempatan tetap
-
Terkini2 days ago
Aurad Muhammadiah wirid Al-Arqam difatwakan sesat, status pernikahan perlu disahkan pejabat agama – Mufti WP
-
Antarabangsa1 day ago
Syarikat penerbangan gantung penerbangan ke Israel