Antarabangsa
Penyelidik ‘panik’ ais laut di Antartika turun mendadak
Kehilangan mendadak ais laut di Antartika menimbulkan kebimbangan kalangan para penyelidik.
- Kehilangan mendadak ais laut di Antartika menimbulkan kebimbangan kalangan para penyelidik.
- Ahli biologi marin menjangkakan Antartika boleh hilang ais sepenuhnya dan ia bakal disaksikan oleh generasi yang akan datang.
- Presiden Alfred-Wegener-Institute, Antje Boetius berkata selain pengurangan ais di Artik, penurunan mendadak ais laut di Antartika juga telah mengejutkan dunia saintifik.
- Melalui kajian mereka dengan kapal penyelidikan ‘Polarstern’, telah menjejaki perubahan iklim dalam persekitaran kutub dan menyaksikan trend penurunan kehidupan di dalam dan di bawah ais laut.
ANTARTIKA: Kehilangan mendadak ais laut di Antartika menimbulkan kebimbangan kalangan para penyelidik.
Ahli biologi marin menjangkakan bahawa Antartika boleh hilang ais sepenuhnya dan ia bakal disaksikan oleh generasi yang akan datang.
Presiden Alfred-Wegener-Institute, Antje Boetius berkata selain pengurangan ais di Artik, penurunan mendadak ais laut di Antartika juga telah mengejutkan dunia saintifik.
Ini kerana, melalui kajian mereka dengan kapal penyelidikan ‘Polarstern’, telah menjejaki perubahan iklim dalam persekitaran kutub dan menyaksikan trend penurunan kehidupan di dalam dan di bawah ais laut.
Beberapa hari sebelum persidangan iklim COP28 di Dubai, Boetius mengatakan bahawa usaha untuk memperlahankan perubahan iklim setakat ini belum mencukupi.
Kadar pelepasan global yang ditetapkan oleh Perjanjian Paris 2015, juga semakin tersasar melampaui dua darjah pada trajektori, melepasi had pemanasan 1.5 darjah Celsius yang ditetapkan.
Namun beliau menyatakan, kadar pencairan ais dan peningkatan paras laut yang semakin meningkat turut disumbang besar oleh peningkatan suhu, kesan daripada aktiviti manusia.
Meskipun amaran perubahan iklim telah dikeluarkan oleh panel antara kerajaan mengenai perubahan iklim (IPCC) sejak 1990, kadar pelepasan global terus meningkat dalam dekad terdahulu, iaitu tahap tertinggi dalam sejarah.
Menurut data perkhidmatan perubahan iklim Kesatuan Eropah yang dikeluarkan, musim panas 2023 merupakan tempoh paling panas dalam rekod.
Sumber: Astro Awani
Antarabangsa
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia
Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
- Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
- Lavrov bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Moscow akan menarik balik klasifikasi “organisasi pengganas” yang ditetapkannya ke atas Taliban.
- “Kami mendesak negara-negara Barat mengakui tanggungjawab mereka dalam pembinaan semula Afghanistan pasca-konflik, menarik balik sekatan dan memulangkan aset Kabul yang dirampas,” kata Lavrov dipetik AFP dalam laporan The Moscow Times hari ini.
- Lavrov berkata demikian di pembukaan forum diplomatik tahunan mengenai Afghanistan, diketuai Russia, melibatkan utusan dari Taliban dan negara-negara jiran di Timur Tengah dan Asia Tengah.
- Moscow mengembangkan hubungan dengan Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021 setelah pengunduran Amerika Syarikat dari negara dilanda peperangan itu.
Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
Lavrov bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Moscow akan menarik balik klasifikasi “organisasi pengganas” yang ditetapkannya ke atas Taliban.
“Kami mendesak negara-negara Barat mengakui tanggungjawab mereka dalam pembinaan semula Afghanistan pasca-konflik, menarik balik sekatan dan memulangkan aset Kabul yang dirampas,” kata Lavrov dipetik AFP dalam laporan The Moscow Times hari ini.
Lavrov berkata demikian di pembukaan forum diplomatik tahunan mengenai Afghanistan, diketuai Russia, melibatkan utusan dari Taliban dan negara-negara jiran di Timur Tengah dan Asia Tengah.
Moscow mengembangkan hubungan dengan Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021 setelah pengunduran Amerika Syarikat dari negara dilanda peperangan itu.
Taliban berada di bawah sekatan Barat selama lebih dua dekad dan pada awalnya dikenakan sekatan pembiayaan kepada al-Qaeda dan kumpulan lain yang dilabelkan sebagai “pengganas”.
Beberapa pegawai Russia menyeru Moscow mengeluarkan Taliban dari senarai “organisasi pengganas dan ekstremis” bagi meningkatkan kerjasama lebih lanjut.
Menteri Luar Afghanistan, Amir Khan Muttaqi dilaporkan berada di Moscow untuk perbincangan itu.
Lavrov juga dilaporkan berkata Russia tidak akan menerima “negara ketiga” menempatkan pangkalan tentera di Afghanistan atau menubuhkan kemudahan tentera baru di negara-negara jirannya “atas apa jua alasan”.
Russia mempunyai pangkalan tentera besar di Tajikistan yang bersempadan dengan Afghanistan. — The Merdeka Times
-
Antarabangsa3 days ago
Arab Saudi, Qatar, UAE, Bahrain dan Kuwait tidak benar AS guna pangkalan udara serang Iran
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Saham MAHB: BlackRock sah miliki GIP – ARMADA BERSATU
-
Antarabangsa2 days ago
(VIDEO) Profesor Iran ‘sekolahkan’ wartawan Sky News
-
Antarabangsa2 days ago
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia