Connect with us

Antarabangsa

Penyakit boleh lebih membunuh berbanding pengeboman di Gaza – WHO

Lebih ramai orang boleh maut akibat penyakit, berbanding pengeboman di Semenanjung Gaza jika sistem kesihatan tidak dibaik pulih, kata jurucakap Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang memberi amaran mengenai lonjakan penyakit berjangkit dan cirit-birit pada kanak-kanak.

Wartawan TMT

Published

on

Penyakit boleh lebih membunuh berbanding pengeboman di Gaza - WHO
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Ramai orang boleh maut akibat penyakit, berbanding pengeboman di Semenanjung Gaza jika sistem kesihatan tidak dibaik pulih, kata jurucakap Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) beri amaran mengenai lonjakan penyakit berjangkit dan cirit-birit pada kanak-kanak.
  • “Semua orang di mana-mana mempunyai keperluan kesihatan yang teruk sekarang kerana mereka kelaparan serta kekurangan air bersih,” kata Margaret Harris daripada WHO pada taklimat PBB di Geneva.
  • Margaret mengulangi kebimbangan peningkatan wabak penyakit-berjangkit, terutama cirit-birit pada kanak-kanak dengan kes bagi mereka berumur lima tahun ke atas melonjak kepada lebih 100 kali di paras normal menjelang awal November.

GENEVA: Lebih ramai orang boleh maut akibat penyakit, berbanding pengeboman di Semenanjung Gaza jika sistem kesihatan tidak dibaik pulih, kata jurucakap Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang memberi amaran mengenai lonjakan penyakit berjangkit dan cirit-birit pada kanak-kanak.

Dalam angka yang dianggap boleh dipercayai oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pihak berkuasa kesihatan Gaza berkata, lebih 15,000 orang disahkan terbunuh dalam pengeboman Israel dengan kira-kira 40 peratus daripadanya kanak-kanak serta ramai lagi dikhuatiri hilang di bawah runtuhan.

“Akhirnya kita akan melihat lebih ramai orang mati akibat penyakit daripada apa yang kita lihat tindakan pengeboman jika tidak dapat memulihkan (bersama) sistem kesihatan ini.

“Semua orang di mana-mana mempunyai keperluan kesihatan yang teruk sekarang kerana mereka kelaparan serta kekurangan air bersih,” kata Margaret Harris daripada WHO pada taklimat PBB di Geneva.

Margaret mengulangi kebimbangan mengenai peningkatan wabak penyakit-berjangkit, terutama cirit-birit pada kanak-kanak dengan kes bagi mereka yang berumur lima tahun ke atas melonjak kepada lebih 100 kali di paras normal menjelang awal November.

Jurucakap Agensi Kanak-Kanak PBB di Gaza, James Elder, memberitahu pemberita melalui pautan video bahawa hospital di jalur itu penuh dengan kanak-kanak yang melecur dan luka serpihan serta cirit-birit akibat meminum air kotor.

“Saya bertemu dengan ramai ibu bapa, mereka tahu apa yang anak-anak mereka perlukan. Mereka tidak mempunyai akses kepada air selamat dan ia melumpuhkan mereka,” katanya.

Memetik laporan PBB mengenai keadaan hidup penduduk yang dipindahkan di utara Gaza, Harris berkata tiada bekalan ubat-ubatan, tiada aktiviti vaksinasi, tiada akses kepada air selamat dan kebersihan serta tiada makanan.

“Kami melihat bilangan kes yang sangat tinggi. Cirit-birit dalam kalangan bayi.

“Keruntuhan Hospital Al Shifa di utara Gaza juga disifatkan sebagai ‘tragedi’, selain penahanan beberapa kakitangan perubatan oleh tentera Israel ketika konvoi pemindahan WHO,” katanya.

Hampir tiga perempat daripada hospital atau 26 daripada 36 ditutup sepenuhnya di Gaza kerana pengeboman atau kekurangan bahan api. – REUTERS

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Pertikaian tanah: Sami penagih dadah acu pistol ugut penduduk tempatan

Polis menahan seorang sami penagih dadah di Kalasin, wilayah Isaan, Thailand pada 4 Julai lalu yang bertindak mengugut bunuh penduduk tempatan berhampiran sebuah kuil disebabkan pertikaian jual beli tanah.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Polis menahan seorang sami penagih dadah di Kalasin, wilayah Isaan, Thailand pada 4 Julai lalu yang bertindak mengugut bunuh penduduk tempatan berhampiran sebuah kuil disebabkan pertikaian jual beli tanah.
  • Thaiger melaporkan seorang lelaki Thailand berusia 22 tahun dan bapanya meminta bantuan daripada pempengaruh media sosial Guntouch Pongpaiboonwet (lebih dikenali sebagai Gun) selepas menerima ugutan bunuh sami berusia 49 tahun itu dengan menggunakan pistol.
  • Sami penagih itu dilaporkan tidak berpuas hati kerana mereka enggan menjual sebidang tanah kepadanya.
  • Gun dan pegawai dari Balai Polis Khao Wong melakukan serbuan ke atas kuil itu pada 7 Julai lalu.
  • Semasa disoal siasat, sami itu mengaku pernah mempertimbangkan untuk membeli sebidang tanah, tetapi ia tidak boleh dijual kepadanya kerana isu kekurangan dokumen pemilikan.

Polis menahan seorang sami penagih dadah di Kalasin, wilayah Isaan, Thailand pada 4 Julai lalu yang bertindak mengugut bunuh penduduk tempatan berhampiran sebuah kuil disebabkan pertikaian jual beli tanah.

Thaiger melaporkan seorang lelaki Thailand berusia 22 tahun dan bapanya meminta bantuan daripada pempengaruh media sosial Guntouch Pongpaiboonwet (lebih dikenali sebagai Gun) selepas menerima ugutan bunuh menggunakan pistol sami berusia 49 tahun itu.

Sami penagih itu dilaporkan tidak berpuas hati kerana mereka enggan menjual sebidang tanah kepadanya.

Gun dan pegawai dari Balai Polis Khao Wong melakukan serbuan ke atas kuil itu pada 7 Julai lalu.

Semasa disoal siasat, sami itu mengaku dia pernah mempertimbangkan untuk membeli sebidang tanah, tetapi ia tidak boleh dijual kepadanya kerana isu kekurangan dokumen pemilikan.

Menurut sami itu, dia tidak berhubung atau mengganggu keluarga itu selepas pembelian tanah tersebut tidak berjaya. 

Sami itu juga mendakwa pistol yang didakwa digunakannya untuk mengancam lelaki itu bukanlah pistol benar. 

Selepas tempat penginapannya digeledah, pegawai menemui dua pistol tetapi tidak menemui pistol palsu seperti dakwaan sami itu.

Ketika ditanya mengenai penggunaan dadah dan pengambilan alkohol, sami itu menafikan sebarang penglibatan. 

Namun, ujian dadah mendedahkan adanya unsur methamphetamine dalam sistem tubuhnya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending