Connect with us

Antarabangsa

Penularan penyakit pernafasan, WHO minta China telus

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa penduduk China untuk mengikuti langkah-langkah mengurangkan risiko penyakit pernafasan dan mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak berkuasa mengenai peningkatan kes yang dilaporkan dalam kalangan kanak-kanak.

Wartawan TMT

Published

on

Penularan penyakit pernafasan, WHO minta China telus
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa penduduk China untuk mengikuti langkah-langkah mengurangkan risiko penyakit pernafasan dan mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak berkuasa mengenai peningkatan kes yang dilaporkan dalam kalangan kanak-kanak.
  • Kawasan utara negara itu melaporkan peningkatan penyakit seperti influenza sejak pertengahan Oktober berbanding tempoh sama sejak tiga tahun lalu.
  • “WHO sudah membuat permintaan rasmi kepada China untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai peningkatan penyakit pernafasan dan kluster radang paru-paru pada kanak-kanak yang dilaporkan di negara itu,” kata WHO dalam satu kenyataan.
  • Pada 21 November lalu, media dan sistem pengawasan penyakit awam (ProMED) melaporkan kluster radang paru-paru yang tidak didiagnosis pada kanak-kanak di utara China.

BEIJING: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa penduduk China untuk mengikuti langkah-langkah mengurangkan risiko penyakit pernafasan dan mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak berkuasa mengenai peningkatan kes yang dilaporkan dalam kalangan kanak-kanak.

Kawasan utara negara itu melaporkan peningkatan penyakit seperti influenza sejak pertengahan Oktober berbanding tempoh sama sejak tiga tahun lalu.

“WHO sudah membuat permintaan rasmi kepada China untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai peningkatan penyakit pernafasan dan kluster radang paru-paru pada kanak-kanak yang dilaporkan di negara itu,” kata WHO dalam satu kenyataan.

Pihak berkuasa China memberitahu media pada 13 November lalu, peningkatan penyakit pernafasan berlaku disebabkan penarikan balik sekatan Covid-19 dan peredaran patogen yang diketahui termasuk influenza serta jangkitan bakteria biasa yang menjejaskan kanak-kanak.

Pada 21 November lalu, media dan sistem pengawasan penyakit awam (ProMED) melaporkan kluster radang paru-paru yang tidak didiagnosis pada kanak-kanak di utara China.

WHO berkata, tidak jelas sama ada laporan ProMED itu mempunyai kaitan dengan sidang media pihak berkuasa dan agensi itu kini sedang berusaha mendapatkan penjelasan.

“WHO juga meminta maklumat tambahan mengenai trend terkini dalam peredaran patogen yang diketahui termasuk influenza, SARS-CoV-2 yang menyebabkan Covid-19, RSV yang menjejaskan bayi dan Mycoplasma pneumoniae serta tahap kesesakan dalam sistem kesihatan,” tambah kenyataan itu.

Dalam pada itu, agensi itu turut menggesa orang ramai untuk mengambil langkah pencegahan seperti vaksinasi, menjaga jarak dengan orang sakit, tidak keluar rumah apabila sakit, kerap mencuci tangan dan memakai pelitup muka.

Sepanjang tempoh pandemik Covid-19, WHO berulang kali mengkritik pihak berkuasa China kerana kekurangan ketelusan dan kerjasama mereka.

Awal tahun ini, pakar WHO berkata, mereka yakin Beijing mempunyai lebih banyak data yang boleh menjelaskan asal-usul Covid-19 dan menekankannya sebagai kewajipan moral untuk berkongsi maklumat itu.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Pengawal penjara Israel masukkan muncung alat pemadam api ke dalam dubur warga Palestin sebelum mengaktifkannya – Peguam

Pengawal penjara rejim zionis Israel telah memasukkan muncung alat pemadam api ke dalam dubur seorang warga Palestin yang ditahan sebelum mengaktifkan alat pemadam api itu.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Peguam Palestin, Khaled Mhajne.

Pengawal penjara rejim zionis Israel telah memasukkan muncung alat pemadam api ke dalam dubur seorang warga Palestin yang ditahan sebelum mengaktifkan alat pemadam api itu.

Itu pendedahan Peguam Palestin, Khaled Mhajne mengenai seksaan dilalui tahanan di penjara Israel selepas beliau melawat dua rakyat Palestin yang diculik Israel dari Gaza.

Quds News Network melaporkan tawanan Palestin dalam tahanan Israel berdepan pelbagai bentuk penderaan, termasuk rogol, di tangan tentera Israel di hadapan semua orang, kata Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan Palestin pada Isnin.

Dalam sidang akhbar diadakan suruhanjaya itu di Ramallah, Khaled Mhajne yang juga peguam suruhanjaya berkenaan, melaporkan perbualannya dengan wartawan Gaza Al-Araby TV, Mohammed Arab, yang diculik tentera Israel semasa serbuan ke atas Hospital al-Shifa pada 18 Mac lalu.

“Mohammed Arab, wartawan TV Al-Araby, memaklumkan kepada saya tentang kes rogol banduan, termasuk penyeksaan yang dilakukan di hadapan semua orang,” kata Mhajne.

Dalam temu bual dengan TV Al-Araby, Mhajne menceritakan kes Mohammed memaklumkan kepadanya membabitkan seorang tahanan berusia 27 tahun yang dirogol, dipaksa tidur meniarap, diserang anjing polis “dan kemudian dirogol menggunakan alat pemadam api dengan tiubnya dimasukkan ke dalam duburnya”.

Alat pemadam api itu kemudiannya diaktifkan untuk melepaskan bahan kimia ke dalam badan lelaki malang itu, kata Mhajne.

Mohammed turut melaporkan mengenai seorang tahanan yang baru-baru ini meninggal dunia disebabkan tidak mendapat rawatan perubatan mencukupi.

Mhajne berkata adalah mustahil untuk mengetahui berapa ramai rakyat Palestin dari Gaza telah mati dalam tahanan kerana maklumat itu disembunyikan rejim Israel. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending