Connect with us

Terkini

Pelajar, ibu bapa resah program tajaan agensi KPT didakwa anjur “afterparty” di kelab malam UK

Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari mendakwa beliau menerima aduan ibu bapa penuntut Malaysia di United Kingdom (UK) mengenai program tajaan Education Malaysia, agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi, yang antara lain mengandungi program “afterparty” di kelab malam.

Hidayah Sani

Published

on

Pelajar, ibu bapa resah program tajaan agensi KPT didakwa anjur “afterparty” di kelab malam UK
Foto: Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari.
  • Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari mendakwa beliau menerima aduan ibu bapa penuntut Malaysia di United Kingdom (UK) mengenai program tajaan Education Malaysia, agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi, yang antara lain mengandungi program “afterparty” di kelab malam.
  • Fadhli berkata Program Sukan Malaysia Nottingham anjuran Nottingham Malaysian Society merupakan acara tahunan pertandingan sukan di antara persatuan pelajar Malaysia di UK. 
  • “Program afterparty ini turut menimbulkan keresahan di kalangan pelajar Malaysia, ibu bapa dan juga ahli persatuan mereka.
  • “Saya mendesak YB Menteri Pendidikan Tinggi Dato Seri Khalid Nordin mengambil langkah segera agar program yang ditaja oleh agensi dibawah kementerian beliau dapat membatalkan program afterparty ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.
  • Semakan The Merdeka Times di Instagram @nottsmsociety mendapati Nottingham Malaysian Society menafikan dakwaan Kerajaan Malaysia dan Education Malaysia London terlibat dengan ‘afterparty’ yang akan diadakan pada Sabtu ini.

KUALA LUMPUR — Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari mendakwa beliau menerima aduan ibu bapa penuntut Malaysia di United Kingdom (UK) mengenai program tajaan Education Malaysia, agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi, yang antara lain mengandungi program “afterparty” di kelab malam.

Fadhli berkata Program Sukan Malaysia Nottingham anjuran Nottingham Malaysian Society merupakan acara tahunan pertandingan sukan di antara persatuan pelajar Malaysia di UK. 

Bagaimanapun, persatuan itu buat pertama kali tahun ini menganjurkan ‘afterparty’ di sebuah kelab malam Tunnel Club dan secara terbuka mengajak semua peserta untuk turut serta.

Foto : Tangkap layar Instagram @nottsmsociety

“Program afterparty ini turut menimbulkan keresahan di kalangan pelajar Malaysia, ibu bapa dan juga ahli persatuan mereka.

“Saya mendesak YB Menteri Pendidikan Tinggi Dato Seri Khalid Nordin mengambil langkah segera agar program yang ditaja oleh agensi dibawah kementerian beliau dapat membatalkan program afterparty ini.

“Saya juga mendesak semua pemberi bantuan biasiswa seperti MARA, JPA, Petronas dan lain-lain dapat memantau kegiatan pelajar Malaysia di bawah tajaan mereka,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.

Foto : Tangkap layar Instagram @nottsmsociety

Semakan The Merdeka Times di Instagram @nottsmsociety mendapati Nottingham Malaysian Society menafikan dakwaan Kerajaan Malaysia dan Education Malaysia London terlibat dengan ‘afterparty’ yang akan diadakan pada Sabtu ini.

Presiden Nottingham Malaysian Society 23/24 menjelaskan program Afterparty merupakan acara larian melibatkan pelajar semata-mata.

Foto : Tangkap layar stories Instagram @nottsmsociety

Kerajaan Malaysia dan Education Malaysia London sama sekali tidak dikaitkan dengan Afterparty. 

“Mereka hanya bergabung dengan Nottingham Malaysian Games dan Malaysian Food Festival kami. Afterparty dengan kerjasama Monsta adalah acara larian pelajar semata-mata,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Ditubuhkan pada 13 April 2012, Education Malaysia Global Services (EMGS) ialah Syarikat Limited by Guarantee (“CLBG”) di bawah bidang kuasa Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

EMGS ialah sayap yang bertanggungjawab mempromosikan Malaysia sebagai pilihan hab pendidikan antarabangsa dan meletakkan Malaysia sebagai destinasi pendidikan 10 terbaik. 

Ia juga merupakan badan utama menguruskan pergerakan pelajar antarabangsa di Malaysia, termasuk memudahkan pemprosesan visa.

Sukan Malaysia Nottingham ialah acara sukan antara universiti berpangkalan di UK khusus untuk pelajar Malaysia yang diasaskan lebih tiga dekad lalu pada 1985. 

Sukan itu bertujuan mewujudkan platform bagi belia Malaysia yang belajar di luar negara untuk bertemu dan menjalin rangkaian bersama rakyat Malaysia yang menetap, bekerja di UK dan penduduk tempatan. — The Merdeka Times

Sumber :  Facebook Fadhli Shaari, Instagram nottsmsociety

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Bertenang, warga Palestin tetamu kita – Menteri Agama

Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
  • Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
  • Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
  • “Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
  • “Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
  • Terdahulu, tular di media sosial sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
  • Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan.

KUALA LUMPUR – Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.

“Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.

“Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.

Mohd Na’im turut mengajak semua rakyat berdoa supaya rakyat Palestin diberikan kekuatan, kesabaran dan ketenangan.

Katanya, kerajaan akan terus berusaha dan memberi perhatian khusus terhadap perkara itu supaya insiden sedemikian tidak berulang.

Terdahulu, tular di media sosial tindakan sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.

Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan anggota pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending