Connect with us

Antarabangsa

Parlimen Afrika Selatan lulus usul tutup kedutaan, gantung hubungan diplomatik dengan Israel

Parlimen Afrika Selatan pada Selasa mengundi menyokong penutupan kedutaan Israel di Pretoria dan menggantung hubungan diplomatiknya dengan Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa.
  • Parlimen Afrika Selatan pada Selasa mengundi menyokong penutupan kedutaan Israel di Pretoria dan menggantung hubungan diplomatiknya dengan Israel.
  • Sebanyak 248 undi menyokong usul berkenaan manakala 91 menentang, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
  • Keputusan pelaksanaan itu bergantung kepada kerajaan pimpinan Presiden Cyril Ramaphosa.
  • Afrika Selatan turut mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa di The Hague untuk menyiasat jenayah perang yang dilakukan Israel di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat.

PRETORIA (Afrika Selatan) — Parlimen Afrika Selatan pada Selasa mengundi menyokong penutupan kedutaan Israel di Pretoria dan menggantung hubungan diplomatiknya dengan Israel.

Sebanyak 248 undi menyokong usul berkenaan manakala 91 menentang, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Bagaimanapun, keputusan pelaksanaan itu bergantung kepada kerajaan pimpinan Presiden Cyril Ramaphosa.

Pada 6 Nov, Afrika Selatan memanggil pulang semua diplomatnya yang berada di Tel Aviv selepas pencerobohan Israel di Semenanjung Gaza.

Afrika Selatan turut mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa di The Hague untuk menyiasat jenayah perang yang dilakukan Israel di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat.

“Di Afrika Selatan, kami bersama beberapa negara lain di seluruh dunia merujuk tindakan Israel kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa, kerana kami percaya bahawa jenayah perang sedang dilakukan di sana dan mahkamah perlu menyiasatinya,” kata Presiden Ramaphosa.

Demonstrasi besar-besaran dapat disaksikan di bandar-bandar Afrika Selatan yang mengecam pencerobohan Israel dan jenayah pembunuhan beramai-ramai di Semenanjung Gaza. — BERNAMA-WAFA

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Lubnan haramkan alat kelui dari pesawat

Lubnan mengharamkan alat kelui dan walkie-talkie dari penerbangan ke dan dari Beirut, lapor Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA).

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Lubnan mengharamkan alat kelui dan walkie-talkie dari penerbangan ke dan dari Beirut, lapor Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA).
  • Sekatan itu dilakukan selepas 37 individu terbunuh dan kira-kira 3,000 cedera apabila peranti komunikasi tanpa wayar (alat kelui) digunakan anggota Hizbullah meletup di seluruh Lubnan sepanjang Selasa dan Rabu, dipercayai didalangi Israel.
  • “Lapangan Terbang Antarabangsa Beirut Rafic Hariri pada Rabu mengeluarkan arahan baharu melarang penumpang membawa alat kelui dan walkie-talkie di dalam mana-mana pesawat,” kata Ketua Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Lubnan, Faid El Hassan dipetik NNA pada Khamis.
  • Larangan baharu itu terpakai kepada semua jenis bagasi dan kargo.
  • Setakat ini, Israel tidak mengesahkan atau menafikan penglibatannya, namun beberapa media melaporkan agensi pengintip Israel Mossad bertanggungjawab dalam insiden letupan alat komunikasi di Lubnan itu.
  • The New York Times yang memetik sumber berkata Mossad menubuhkan firma palsu di Hungary untuk menghasilkan alat kelui yang dikompromi di bawah perjanjian pelesenan dengan syarikat Taiwan.

Lubnan mengharamkan alat kelui dan walkie-talkie dari penerbangan ke dan dari Beirut, lapor Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA).

Sekatan itu dilakukan selepas 37 individu terbunuh dan kira-kira 3,000 cedera apabila peranti komunikasi tanpa wayar (alat kelui) digunakan anggota Hizbullah meletup di seluruh Lubnan sepanjang Selasa dan Rabu, dipercayai didalangi Israel.

“Lapangan Terbang Antarabangsa Beirut Rafic Hariri pada Rabu mengeluarkan arahan baharu melarang penumpang membawa alat kelui dan walkie-talkie di dalam mana-mana pesawat,” kata Ketua Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Lubnan, Faid El Hassan dipetik NNA pada Khamis.

Larangan baharu itu terpakai kepada semua jenis bagasi dan kargo.

Media antarabangsa melaporkan Hizbullah memilih menggunakan alat kelui sebagai kaedah komunikasi berteknologi rendah yang dikatakan ‘selamat’ kerana bimbang Israel menggodam telefon pintar mereka dan menggunakannya untuk pengawasan.

Setakat ini, Israel tidak mengesahkan atau menafikan penglibatannya, namun beberapa media melaporkan agensi pengintip Israel Mossad bertanggungjawab dalam insiden letupan alat komunikasi di Lubnan itu.

The New York Times yang memetik sumber berkata Mossad menubuhkan firma palsu di Hungary untuk menghasilkan alat kelui yang dikompromi di bawah perjanjian pelesenan dengan syarikat Taiwan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending