Terkini
MPS kecam Kabinet gugurkan GEG dari RUU Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam 2023
Persatuan Ahli Farmasi Malaysia (MPS) mengecam keputusan Kabinet menggugurkan peruntukan generasi penamat (GEG) bagi larangan vape dan tembakau daripada Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam 2023.

- Persatuan Ahli Farmasi Malaysia (MPS) mengecam keputusan Kabinet menggugurkan peruntukan generasi penamat (GEG) bagi larangan vape dan tembakau daripada Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam 2023.
- Presidennya, Amrahi Buang berkata tindakan itu menunjukkan kerajaan tidak mempunyai kesungguhan politik dalam mengendalikan isu larangan vape dan produk tembakau itu.
- “Kerajaan sebenarnya tidak serius dalam melaksanakan rang undang-undang ini sejak awal tahun lalu. Tiada komitmen untuk melaksanakannya walaupun aspek kesihatan mengatasi aspek kewangan,” katanya kepada Codeblue, semalam.
- MPS sebelum ini menggesa kerajaan supaya menyenaraikan semula cecair dan nikotin gel yang digunakan dalam e-rokok dan vape ke dalam senarai racun.
- Ini kerana bahan itu telah dikeluarkan daripada kawalan di bawah Akta Racun 1952 oleh Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa pada 31 Mac lalu.
KUALA LUMPUR – Persatuan Ahli Farmasi Malaysia (MPS) mengecam keputusan Kabinet menggugurkan peruntukan generasi penamat (GEG) bagi larangan vape dan tembakau daripada Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam 2023.
Presidennya, Amrahi Buang berkata tindakan itu menunjukkan kerajaan tidak mempunyai kesungguhan politik dalam mengendalikan isu larangan vape dan produk tembakau itu.
“Kerajaan sebenarnya tidak serius dalam melaksanakan rang undang-undang ini sejak awal tahun lalu.
“Tiada komitmen untuk melaksanakannya walaupun aspek kesihatan mengatasi aspek kewangan,” katanya kepada Codeblue, semalam.
MPS sebelum ini menggesa kerajaan supaya menyenaraikan semula cecair dan nikotin gel yang digunakan dalam e-rokok dan vape ke dalam senarai racun.
Ini kerana bahan itu telah dikeluarkan daripada kawalan di bawah Akta Racun 1952 oleh Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa pada 31 Mac lalu.
Sementara itu, Pakar Neurofarmakologi yang juga rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dzulkifli Abdul Razak, turut menyelar tindakan Kabinet untuk memisahkan GEG daripada Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam.
“Banyak ketidaktentuan pendedahan toksik kepada mereka yang berumur di bawah 18 tahun. Ini tidak boleh diterima dalam apa jua keadaan, terutamanya selepas banyak janji yang tidak boleh dipercayai.
“Perkara yang betul untuk dilakukan ialah kembali kepada status quo sebelum 1 April, iaitu menyenaraikan semula nikotin (cecair) serta-merta, memastikan kesejahteraan kesihatan kekal tidak terjejas!,” katanya.
Sumber: CODEBLUE
Terkini
Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu – Saifuddin
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

- Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
- Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
- “Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
- “Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
- Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.
Tanjung Malim: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
“Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
“Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta.
“Kalau ada penolakan contohnya mereka pemegang pasport negara melakukan kesalahan di luar seperti tinggal lebih masa, apabila membuat permohonan semula pasport sudah semestinya ada semakan dan mungkin berakhir dengan tidak lulus.
“Tetapi kerana bahasa Melayu…tiada,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Nordin Mohamad; Ketua Pengarah Rela, Datuk Yahya Sulaiman dan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.
Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.
“Mengenakan syarat seperti itu adalah menyalahi undang-undang, keterlaluan dan akan menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai,” kata Zaid seperti dilaporkan sebuah portal berita tempatan.
Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, sebagai warganegara adalah menjadi kewajipan untuk menguasai bahasa Melayu selaras martabatnya sebagai bahasa rasmi seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Perkara yang kita tekankan adalah setiap warganegara Malaysia apabila berurusan di kaunter kerajaan paling kurang boleh berbahasa Melayu.
“Baik LFL atau pihak lain, jangan putar belit sampai seolah-olah syarat permohonan adalah bahasa, padahal kita tak pernah ungkap.
“Saya anjurkan semua warganegara termasuk LFL utamakan dahulu bahasa Melayu,” katanya.
Terdahulu, seorang wanita mendakwa diherdik oleh pegawai imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Johor gara-gara tidak tidak fasih berbahasa Melayu semasa memohon pembaharuan pasport anaknya.
Sumber : Harian Metro
-
Terkini4 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa2 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS