Connect with us

Antarabangsa

Mesir nafi AS, Israel tawar pelupusan hutang jika terima pelarian Gaza

Mesir tidak pernah diberi tawaran pelupusan hutang daripada Amerika Syarikat dan Israel jika negara terbabit membuka pintu sempadannya bagi menerima pelarian Palestin.

Wartawan TMT

Published

on

Mesir nafi AS, Israel tawar pelupusan hutang jika terima pelarian Gaza
Foto: Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry.
  • Menteri Luar Mesir berkata negaranya tidak ditawar bantuan berkenaan isu hutangnya oleh AS dan Israel sebagai balasan menerima rakyat Palestin yang melarikan diri dari Gaza yang dilanda peperangan.
  • Kenyataan Sameh Shoukry semalam adalah jawapan kepada soalan yang diajukan wartawan, sama ada Mesir menerima tekanan untuk membenarkan sejumlah besar rakyat Palestin melarikan diri dari konflik di sempadan timur lautnya itu.
  • Terdahulu, akhbar Yedioth Ahronoth melaporkan Tel Aviv mempertimbangkan rancangan untuk menghalau keluar penduduk Gaza ke Sinai dengan tawaran pelupusan kesemua hutang Mesir kepada Bank Dunia.

Mesir tidak pernah diberi tawaran pelupusan hutang daripada Amerika Syarikat dan Israel jika negara terbabit membuka pintu sempadannya bagi menerima pelarian Palestin.

Penafian yang dibuat Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry itu bagi menjawab soalan media berkenaan negara tersebut berdepan tekanan untuk membenarkan sejumlah besar rakyat Palestin yang melarikan diri dari konflik di sempadan timur lautnya itu.

Berucap di Kaherah, beliau juga menegaskan Mesir sedang bekerjasama dengan rakan antarabangsanya untuk memastikan pembebasan tebusan Israel yang ditahan kumpulan pembebasan Hamas di wilayah terkepung itu.

Presiden Mesir Abdel-Fattah al-Sisi dan pegawai-pegawai kerajaan lain juga telah menolak dengan tegas segala cadangan yang mahu memindahkan penduduk Gaza ke sempadan Mesir di Utara Sinai.

Menurut beliau, langkah sedemikian berpotensi menimbulkan ancaman keselamatan dan menjejaskan harapan Palestin untuk mempertahankan dan membebaskan tanah air mereka sendiri.

Sebelum ini, media pengganas Israel, akhbar Yedioth Ahronoth melaporkan Tel Aviv sedang mempertimbangkan rancangan untuk menghalau keluar penduduk Gaza ke Sinai dengan tawaran pelupusan kesemua hutang Mesir kepada Bank Dunia.- The Merdeka Times

Sumber: BNN Bloomberg

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati ke Israel

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.
  • Serangan itu merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu, sumber Hizbullah memberitahu Al Jazeera Arabic pada Khamis.
  • Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang dan menyebabkan 15 kebakaran.

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Menurut sumber Hizbullah kepada Al Jazeera Arabic semalam, serangan tersebut merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu.

Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang selain mengakibatkan 15 kebakaran.

Tentera Israel dalam hantaran di platform X berkata “banyak” serangan yang dilepaskan dapat dipintas namun ada diantaranya penyebab tercetusnya kebakaran.

Dalam satu kenyataan rasmi, Hizbullah berkata operasi itu “untuk menyokong ketabahan rakyat Palestin, keberanian dan penentangan penuh bermaruah mereka di Gaza selain tindak balas terhadap pembunuhan dilakukan Zionis di Jouaiyya.”– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending