Terkini
Media tempatan berbahasa Mandarin tidak lagi merujuk Hamas sebagai pengganas
Majoriti media tempatan berbahasa Mandarin tidak lagi melabelkan pejuang Hamas sebagai kumpulan militan dan pengganas.
- Majoriti media tempatan berbahasa Mandarin tidak lagi melabelkan pejuang Hamas sebagai kumpulan militan dan pengganas.
- Tinjauan The Merdeka Times mendapati media tempatan berbahasa Mandarin telah menukar label Hamas daripada kumpulan militan dan pengganas kepada kumpulan Hamas Palestin.
- China Press memanggil Hamas sebagai kumpulan Hamas Palestin dalam laporannya pada 29 Oktober lalu.
- Sin Chew Daily pula merujuk Hamas sebagai Gerakan Hamas dan Briged Al-Qassam di bawah Hamas.
- Tindakan itu dipercayai selari dengan pendirian kerajaan Malaysia dalam isu konflik Palestin-Israel yang tidak tunduk dengan tekanan kuasa-kuasa barat yang menyokong tindakan genosid rejim zionis Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.
- The Merdeka Times sebelum ini melaporkan mengenai tindakan sebilangan media tempatan yang hanya menyiarkan laporan isu konflik Palestin-Israel bersandarkan perspektif barat, termasuk melabelkan Hamas sebagai pengganas, sekaligus bertentangan dengan pendirian kerajaan diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
KUALA LUMPUR: Majoriti media tempatan berbahasa Mandarin tidak lagi melabelkan pejuang Hamas sebagai kumpulan militan dan pengganas.
Tinjauan The Merdeka Times mendapati media tempatan berbahasa Mandarin telah menukar label Hamas daripada kumpulan militan dan pengganas kepada kumpulan Hamas Palestin.
China Press memanggil Hamas sebagai kumpulan Hamas Palestin dalam laporannya pada 29 Oktober lalu.
Sin Chew Daily pula merujuk Hamas sebagai Gerakan Hamas dan Briged Al-Qassam di bawah Hamas.
Oriental Daily pada 31 Oktober lalu memetik nama Hamas sebagai Gerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas).
Pada masa sama, nama kumpulan Hamas dirujuk dalam Nanyang Siang Pau.
Tindakan itu dipercayai selari dengan pendirian kerajaan Malaysia dalam isu konflik Palestin-Israel yang tidak tunduk dengan tekanan kuasa-kuasa barat yang menyokong tindakan genosid rejim zionis Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.
The Merdeka Times sebelum ini melaporkan mengenai tindakan sebilangan media tempatan yang hanya menyiarkan laporan isu konflik Palestin-Israel bersandarkan perspektif barat, termasuk melabelkan Hamas sebagai pengganas, sekaligus bertentangan dengan pendirian kerajaan diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sikap terbuka media tempatan berbahasa Mandarin untuk memahami dan melaporkan isu terbabit atas dasar kemanusiaan dan bebas dari pengaruh naratif media asing seharusnya dipuji semua pihak. – The Merdeka Times
Terkini
JAKIM kaji cadangan wajibkan restoran ada sijil halal
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengkaji cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan daging babi atau minuman beralkohol.
- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengkaji cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan daging babi atau minuman beralkohol.
- “Ketika ini tiada undang-undang mewajibkan pengusaha restoran atau syarikat makanan memiliki sijil halal.
- “Bila katakan kita nak mewajibkan semua (restoran) ada sijil halal beberapa akta ataupun undang-undang itu perlu perlu dipinda. Banyak agensi akan terlibat untuk menguatkuasakannya,” kata Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dipetik FMT pada Khamis dalam sidang media di persidangan antarabangsa, International Conference on Family Law 2024.
- Semakan status halal bagi premis Johnny’s Restaurant, Black Canyon, Dolly Dim Sum, Mr Dakgalbi dan Bungkus Kaw Kaw mendapati lima restoran terbabit bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).
KUALA LUMPUR — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengkaji cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan daging babi atau minuman beralkohol.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata ketika ini proses mendapatkan sijil halal lebih kepada sukarela oleh pengusaha restoran atau pemilik syarikat makanan.
“Ketika ini tiada undang-undang mewajibkan pengusaha restoran atau syarikat makanan memiliki sijil halal.
“Bila katakan kita nak mewajibkan semua (restoran) ada sijil halal beberapa akta ataupun undang-undang itu perlu perlu dipinda. Banyak agensi akan terlibat untuk menguatkuasakannya,” katanya dipetik FMT pada Khamis dalam sidang media di persidangan antarabangsa, International Conference on Family Law 2024.
Na’im berkata masyarakat Islam juga harus lebih peka dan mengambil inisiatif untuk menyemak status halal sesebuah restoran menerusi platform disediakan JAKIM seperti Portal Halal Malaysia.
Beliau berkata kesedaran yang tinggi dalam kalangan pengguna boleh membantu meningkatkan tekanan kepada pengusaha restoran untuk mendapatkan sijil halal.
Terdahulu, semakan status halal bagi premis Johnny’s Restaurant, Black Canyon, Dolly Dim Sum, Mr Dakgalbi dan Bungkus Kaw Kaw mendapati lima restoran terbabit bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).
JAKIM dalam satu kenyataan dilaporkan berkata semakan itu dibuat berdasarkan dalam sistem MYeHALAL JAKIM bagi menjawab pertanyaan mengenai status halal beberapa premis makanan.
Susulan kenyataan itu, Johnny’s Restaurants, Black Canyon Malaysia dan Dolly Dim Sum tampil membuat penjelasan mengenai perkara berkenaan pada Rabu.
Mereka memberi jaminan bahan-bahan dan makanan separa siap dihantar ke semua cawangan restoran menerima sijil halal daripada JAKIM.
Dolly Dim Sum dalam satu kenyataan memaklumkan, dapur berpusat yang membekalkan bahan-bahan dan makanan separa siap ke semua cawangan telah menerima sijil halal dari JAKIM (JAKIM.700-2/3/1021-06/2024).
Sementara itu, pihak pengurusan Johnny’s Restaurants and Black Canyon Malaysia pula menjelaskan pada masa ini kedua-dua restoran itu belum lagi disahkan halal oleh JAKIM.
Bagaimanapun, kedua-dua restoran itu menegaskan semua bahan mentah, termasuk ayam, telur, daging, diperoleh dari pembekal yang memiliki sijil halal. — The Merdeka Times
-
Kolumnis3 days ago
Kenapa negeri lain perlu memasukkan kuasa Mahkamah Syariah di dalam Undang-Undang Tubuh Negeri?
-
Terkini4 days ago
China tuntut Malaysia segera hentikan aktiviti di perairan kaya minyak berhampiran Sarawak
-
Terkini3 days ago
Kezaliman, fasisme berlaku jika ‘tangan’ majoriti perintah negara kenyataan fitnah berniat jahat – MP PKR
-
Antarabangsa3 days ago
Harta benda komuniti Muslim di Telangana diserang dan dibakar perusuh