Antarabangsa
Lebih banyak lintasan sempadan perlu dibuka untuk salur bantuan ke Gaza – PBB
Lebih daripada satu lintasan sempadan diperlukan untuk komuniti antarabangsa menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza dan Kerem Shalom yang dikawal Israel merupakan satu-satunya pilihan yang ada untuk membawa lebih banyak bantuan ke wilayah bergolak tersebut.

- Lebih daripada satu lintasan sempadan diperlukan untuk komuniti antarabangsa salur bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza dan Kerem Shalom yang dikawal Israel merupakan satu-satunya pilihan yang ada untuk membawa lebih banyak bantuan ke wilayah bergolak tersebut.
- Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memaklumkan, bantuan yang disalurkan ke Gaza menerusi Rafah adalah tidak mencukupi.
- “Kerem Shalom yang terletak antara Gaza dan Israel merupakan satu-satunya lintasan yang boleh membawa jumlah bantuan dalam kuantiti lebih banyak berbanding lintasan Rafah,” kata Pegawai Kanan Bantuan PBB, Lisa Doughten.
NEW YORK: Lebih daripada satu lintasan sempadan diperlukan untuk komuniti antarabangsa menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza dan Kerem Shalom yang dikawal Israel merupakan satu-satunya pilihan yang ada untuk membawa lebih banyak bantuan ke wilayah bergolak tersebut.
Trak bantuan kemanusiaan sudah masuk ke Gaza menerusi lintasan Rafah di Mesir sejak minggu lalu dan lintasan itu menjadi ‘penyambung hayat utama’ bagi penduduk di wilayah berkenaan setiap kali berlakunya konflik dengan Israel.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memaklumkan, bantuan yang disalurkan ke Gaza menerusi Rafah adalah tidak mencukupi.
“Perlu lebih daripada satu laluan untuk membawa masuk bantuan ke Gaza.
“Kerem Shalom yang terletak antara Gaza dan Israel merupakan satu-satunya lintasan yang boleh membawa jumlah bantuan dalam kuantiti lebih banyak berbanding lintasan Rafah,” kata Pegawai Kanan Bantuan PBB, Lisa Doughten.
Sebelum ini, Amerika Syarikat (AS) mengetuai rundingan dengan Israel, Mesir dan PBB untuk menjamin bekalan bantuan ke Gaza berjalan lancar.
Menurut Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Cindy McCain, setiap trak bantuan perlu menjalani pemeriksaan ketat dan hanya dibenarkan masuk ke Gaza sekiranya tidak membawa sebarang bekalan ‘berbahaya’.
Duta AS ke PBB, Linda Thomas-Greenfield pula menegaskan jumlah trak bantuan kemanusiaan yang masuk ke Gaza perlu ditingkatkan segera.
Dalam pada itu, Doughten memaklumkan, Gaza amat memerlukan bekalan bahan api untuk membolehkan semua hospital dan kemudahan lain dapat berfungsi pada skala penuh.
Namun, penghantaran bekalan itu ditolak Israel yang mendakwa bahan api akan digunakan Hamas untuk melancarkan lebih banyak serangan ke Israel.
Sumber: Utusan Malaysia
Antarabangsa
AS hantar 15,000 bom, 57,000 peluru meriam kepada rejim penjajah zionis Israel
Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

- Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
- Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
- Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.
Gaza: Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
“AS sebelum ini tidak mendedahkan jumlah senjata dihantar ke Israel mahupun pemindahan 100 BLU-109, 2,000 paun bom bunker-buster,” katanya.
Bom bunker-buster terkenal dengan keupayaannya menembusi jauh ke dalam struktur yang padat sebelum meletup.
Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.
Tentera Israel meneruskan pengeboman di Semenanjung Gaza awal Jumaat selepas mengisytiharkan penamatan jeda kemanusiaan selama seminggu.
Sekurang-kurangnya 193 rakyat Palestin terbunuh dan 652 cedera dalam serangan udara itu, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.
Sejak 7 Oktober, lebih 15,000 rakyat Palestin, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita terbunuh dalam serangan kejam Israel, sebagai membalas serangan mengejut Hamas.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini3 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini3 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini3 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas