Terkini
Kuasa media maya ‘celikkan mata’ masyarakat antarabangsa melihat kezaliman rejim Israel
Kuasa media maya yang terbuka hari ini menyebabkan masyarakat antarabangsa mula celik mata berkenaan penindasan rejim penjajah Israel terhadap rakyat Palestin sekali gus mengubah sokongan mereka.
- Kuasa media maya yang terbuka hari ini menyebabkan masyarakat antarabangsa mula celik mata berkenaan penindasan rejim penjajah Israel terhadap rakyat Palestin sekali gus mengubah sokongan mereka.
- Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama UMNO, Datuk Mohd Khairuddin Aman Ramli berkata perubahan itu dapat dilihat apabila pendirian rakyat beberapa negara besar berbeza dengan pendirian rasmi pemimpin politik mereka yang dilobi rejim zionis.
- Khairuddin berkata terbaharu kita dapat menyaksikan bagaimana ratusan rakyat United Kingdom tidak bersama Perdana Menteri mereka, Rishi Sunak dengan tetap melakukan perarakan di Kota London sekalipun didesak Sunak untuk ia dibatalkan pada Sabtu lalu.
- “Rakyat Amerika Syarikat tidak bersama Joe Biden. Rakyat mempertikaikan malah mengecam bantuan kewangan diluluskan Senat untuk Zionis membunuh anak-anak kecil Palestin,” katanya menerusi hantaran di Facebook semalam.
- Beliau berkata kesemua perkembangan itu mempunyai kaitan dengan kejayaan lobi media baharu yang dikuasai rakyat di mana suara dunia berkumandang menolak penindasan dan kezaliman rejim zionis.
KUALA LUMPUR – Kuasa media maya yang terbuka hari ini menyebabkan masyarakat antarabangsa mula celik mata berkenaan penindasan rejim penjajah Israel terhadap rakyat Palestin sekali gus mengubah sokongan mereka.
Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama UMNO, Datuk Mohd Khairuddin Aman Ramli berkata perubahan itu dapat dilihat apabila pendirian rakyat beberapa negara besar berbeza dengan pendirian rasmi pemimpin politik mereka yang dilobi rejim zionis.
Khairuddin berkata terbaharu kita dapat menyaksikan bagaimana ratusan rakyat United Kingdom tidak bersama Perdana Menteri mereka, Rishi Sunak dengan tetap melakukan perarakan di Kota London sekalipun didesak Sunak untuk ia dibatalkan pada Sabtu lalu.
“Rakyat Amerika Syarikat tidak bersama Joe Biden. Rakyat mempertikaikan malah mengecam bantuan kewangan diluluskan Senat untuk Zionis membunuh anak-anak kecil Palestin.
“Mereka mempopularkan slogan “bukan atas nama saya” bagi menolak pendirian kerajaan Amerika Syarikat menyokong Zionis.
“Hari ini Macron, Presiden Perancis terpaksa mengubah pendirian untuk bersama rakyat Perancis mendesak gencatan senjata di Palestin,” katanya menerusi hantaran di Facebook semalam.
Khairuddin berkata pendirian rakyat dan pemimpin negara Islam juga kali ini senada mengecam penjajah Israel sedangkan sebelum ini terdapat negara Arab menyokong normalisasi dengan negara haram Israel hasil perjanjian Oslo pada 1992.
Beliau berkata sidang tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Arab Saudi pada Sabtu, sebulat suara mendesak Majlis Keselamatan PBB memuktamadkan gencatan senjata, bantuan kemanusiaan ke Gaza dan menyekat sebarang tindakan negara haram Zionis yang melanggar undang-undang antarabangsa.
“Perjuangan rakyat Palestin disokong oleh kuasa besar Rusia dan China yang berterusan melobi gencatan senjata dan bantuan kemanusia untuk Gaza.
“Meskipun kita semua faham Rusia seolah memulangkan paku buah keras kepada barat menerusi NATO yang mengecam Rusia dalam isu perang Rusia-Ukraine, tapi sekurang-kurangnya pendirian Rusia menjadi pencabar kepada Amerika Syarikat,” katanya.
Beliau berkata kesemua perkembangan itu mempunyai kaitan dengan kejayaan lobi media baharu yang dikuasai rakyat di mana suara dunia berkumandang menolak penindasan dan kezaliman rejim zionis.
Beliau mengingatkan agar masyarakat tidak berhenti bersuara untuk mendapatkan kemerdekaan buat rakyat Palestin. — The Merdeka Times
Antarabangsa
Israel bom depot senjata berdekatan pangkalan udara Russia di Syria
Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
- Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
- Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria.
- Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.
- Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.
Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria.
Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.
Pertahanan udara Russia dan Syria dilaporkan memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit.
Terdapat dakwaan bahawa pertahanan udara memintas peluru berpandu di luar pantai Jableh, sebuah bandar di barat laut Syria, dengan anggaran 30 peluru berpandu dilancarkan.
Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.
Laporan tempatan lain mencadangkan sebuah pesawat Iran di lapangan terbang mungkin turut menjadi sasaran.
Israel yang sering menjalankan operasi terhadap sasaran berkaitan dengan Iran di Syria belum memberikan sebarang komen mengenai insiden letupan itu. — The Merdeka Times