Antarabangsa
Konvoi kemanusiaan bawa bekalan perubatan diserang di Gaza – ICRC
Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) berkata konvoi kemanusiaan yang membawa bekalan perubatan diserang di Gaza City semalam.

- Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) berkata konvoi kemanusiaan yang membawa bekalan perubatan diserang di Gaza City semalam.
- Konvoi lima trak dan dua kenderaan Palang Merah yang dalam perjalanan membawa bekalan ke kemudahan kesihatan termasuk ke hospital Al-Quds diserang, menurut ICRC sambil menjelaskan dua trak rosak dan seorang pemandu cedera.
- “Kami di sini membawa bantuan segera kepada orang awam yang memerlukan. Memastikan bantuan penting boleh sampai ke kemudahan perubatan adalah kewajipan undang-undang di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa,” kata ketua sub-delegasi ICRC di Gaza, William Schomburg.
GAZA CITY, WILAYAH PALESTIN: Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) berkata konvoi kemanusiaan yang membawa bekalan perubatan diserang di Gaza City semalam.
Konvoi lima trak dan dua kenderaan Palang Merah yang dalam perjalanan membawa bekalan ke kemudahan kesihatan termasuk ke hospital Al-Quds diserang, menurut ICRC dalam satu kenyataan sambil menjelaskan dua trak rosak dan seorang pemandu cedera.
Bagaimanapun ICRC tidak menyatakan pihak mana yang melepaskan tembakan ke arah konvoinya atau dari mana tembakan itu datang.
“Ini bukan keadaan yang mana pekerja kemanusiaan boleh bekerja.
“Kami di sini membawa bantuan segera kepada orang awam yang memerlukan. Memastikan bantuan penting boleh sampai ke kemudahan perubatan adalah kewajipan undang-undang di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa,” kata ketua sub-delegasi ICRC di Gaza, William Schomburg.
Selepas tembakan, konvoi mengubah laluannya dan sampai ke hospital Al-Shifa yang mana ia menghantar bekalan perubatan, menurut ICRC.
Konvoi ICRC mengiringi enam ambulans dengan pesakit yang parah ke persimpangan Rafah ke Mesir, katanya.
Sumber: Berita Harian
Antarabangsa
Setiap orang awam dibunuh, 10 pejuang Palestin akan ‘dilahirkan’
Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.

- Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.
- Ia berkaitan dengan penilaian rejim zionis bahawa mereka “membunuh dua orang awam untuk setiap ahli Hamas”, di mana Moulton menyatakan perkara itu bukanlah sesuatu yang positif.
- Dalam satu temu ramah televisyen, Moulton memetik kajian Jeneral bersara, Stanley McChrystal yang mengatakan bagi setiap orang awam terbunuh, 10 pejuang Palestin akan direkrut.
- “Dengan kiraan itu, Israel setakat ini membunuh 5,000 pengganas (pejuang) Hamas tetapi dalam usaha itu, mereka telah merekrut sekitar 100,000 pengikut baru dan perkara ini buruk buat Israel,” kata Moulton.
- Jurucakap tentera rejim Israel, Jonathan Conricus pada Isnin memberitahu CNN bahawa nisbah dua penduduk awam Palestin dibunuh untuk setiap ahli Hamas satu “nisbah positif” kerana ia membabitkan situasi pertempuran dalam bandar.
Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.
Ia berkaitan dengan penilaian rejim zionis bahawa mereka “membunuh dua orang awam untuk setiap ahli Hamas”, di mana Moulton menyatakan perkara itu bukanlah sesuatu yang positif.
Moulton merujuk kepada sayap tentera Hamas iaitu Briged Al-Qassam.
Dalam satu temu ramah televisyen, Moulton memetik kajian Jeneral bersara, Stanley McChrystal yang mengatakan bagi setiap orang awam terbunuh, 10 pejuang Palestin akan direkrut.
“Dengan kiraan itu, Israel setakat ini membunuh 5,000 pengganas (pejuang) Hamas tetapi dalam usaha itu, mereka telah merekrut sekitar 100,000 pengikut baru dan perkara ini buruk buat Israel,” kata Moulton.
Jurucakap tentera rejim Israel, Jonathan Conricus pada Isnin memberitahu CNN bahawa nisbah dua penduduk awam Palestin dibunuh untuk setiap ahli Hamas satu “nisbah positif” kerana ia membabitkan situasi pertempuran dalam bandar.
“Kita tidak terlibat untuk menetapkan nisbah sebegitu, yang pada pendapat saya adalah (sesuatu yang) tidak enak,” kata Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stephane Dujarric dipetik Jordan News, mengkritik jurucakap tentera Israel itu.
Dujarric menekankan fokus PBB adalah untuk mencegah korban awam, walaupun mengakui cabaran-cabaran di Gaza, di mana lebih 16,000 warga Palestin terkorban sejak 7 Oktober lalu. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa2 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS