Connect with us

Terkini

Kenyataan Alexander prejudis dan naif – NGO

Tindakan menyifatkan pelarian Palestin mempunyai kaitan dengan keganasan dan kebencian oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi jelas merupakan satu perbuatan yang naif.

Avatar

Published

on

Kenyataan Alexander prejudis dan naif - NGO
Foto: Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (kiri) & Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin, Awang Suffian Awang Piut (kanan).
  • Tindakan menyifatkan pelarian Palestin mempunyai kaitan dengan keganasan dan kebencian oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi jelas merupakan satu perbuatan yang naif.
  • Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin, Awang Suffian Awang Piut berkata, ia juga pada masa yang sama tidak mewakili pendirian Malaysia yang bersolidariti terhadap nasib malang warga negara itu akibat genosid rejim penjajah zionis.
  • Penasihat Kehormat Humanitarian Care Malaysia, Dr Hafidzi Mohd Noor berkata, kenyataan tersebut mencerminkan satu sikap prejudis terhadap rakyat Palestin.

KUALA LUMPUR- Tindakan menyifatkan pelarian Palestin mempunyai kaitan dengan keganasan dan kebencian oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi jelas merupakan satu perbuatan yang naif.

Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin, Awang Suffian Awang Piut berkata, ia juga pada masa yang sama tidak mewakili pendirian Malaysia yang bersolidariti terhadap nasib malang warga negara itu akibat genosid rejim penjajah zionis.

Ekoran nasib malang itu juga, rakyat Palestin berjuang mendapatkan kemerdekaan daripada penjajahan Israel ketika kini.

“Dunia sudah hilang pertimbangan keadilan dan kebenaran. Israel sebagai penjajah dan penjenayah diberikan sokongan sekuatnya.

“Malangnya Palestin langsung tidak mendapat bantuan yang sewajarnya malahan dicop sebagai pengganas kerana mempertahankan dan memperjuangkan kemerdekaan negara mereka,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times pada Rabu.

Pada Selasa, Nanta menzahirkan sokongan penuh terhadap pendirian Ketua Publisiti dan Penerangan Persatuan Aspirasi Rakyat Sarawak (SAPA), Peter John Jaban dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain dalam menyarankan kerajaan untuk tidak menerima kemungkinan kemasukan pelarian dari Palestin.

Sementara itu, Penasihat Kehormat Humanitarian Care Malaysia, Dr Hafidzi Mohd Noor berkata, kenyataan tersebut mencerminkan satu sikap prejudis terhadap rakyat Palestin.

Advertisement

Beliau berkata, sekiranya dakwaan Nanta itu tidak dibantah, ia boleh mempengaruhi individu lain yang tidak begitu memahami isu ini.

“Kenyataan Nanta amat mendukacitakan kerana kita sendiri menyaksikan rakyat Gaza berjumlah 11,000 telah terbunuh dengan separuh daripadanya adalah kanak-kanak.

“Tidakkah kita melihat imej-imej yang beredar dalam media sosial. Adakah tidak tersimpan langsung perasaan simpati, tangisan kanak-kanak dan ibu bapa yang kematian anak,”  tambahnya.

Dr Hafidzi berkata, isu Palestin hakikatnya merentasi agama dan kaum dan kenyataan prejudis seperti itu tidak seharusnya keluar daripada mana-mana pihak.- The Merdeka Times

Author

Advertisement

Terkini

DBKL tarik balik larangan jual arak

Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.
  • Penarikan balik larangan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa terbabit pada 23 November lalu yang mengkaji dan memperbaharui lesen minuman keras untuk pertubuhan perniagaan di Kuala Lumpur.
  • Naib Presiden Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Pooi Weng Keng Keong dalam temubual dengan Sin Chew Daily berkata, sebanyak 1,519 permohonan lesen minuman keras telah diluluskan.
  • “Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bercita-cita untuk menjadi metropolis antarabangsa. Ia juga merupakan tarikan pelancongan yang paling penting bagi pelancong dari seluruh dunia.
  • “Ditambah dengan adat berbilang etnik, budaya dan kehidupan negara kita, kita tidak boleh mengamalkan peraturan yang terlalu ketat untuk mengawal alkohol atau melarang penjualan arak di tempat makan yang tidak halal,” katanya dalam temubual dengan Sin Chew Daily pada minggu lalu.
  • Penarikan balik larangan itu diselar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang menyifatkan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.
  • Ahmad berkata garis panduan dikenakan sebelum ini dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk sensitiviti kawasan kepadatan penduduk Melayu-Islam, waktu penjualan dan sebagainya.

KUALA LUMPUR – Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.

Penarikan balik larangan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa terbabit pada 23 November lalu yang mengkaji dan memperbaharui lesen minuman keras untuk pertubuhan perniagaan di Kuala Lumpur.

Naib Presiden Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Pooi Weng Keng Keong berkata sebanyak 1,519 permohonan lesen minuman keras telah diluluskan.

Katanya, larangan penjualan minuman keras di tempat makan yang tidak halal itu dilihat sebagai peraturan terlalu ketat.

“Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bercita-cita untuk menjadi metropolis antarabangsa. Ia juga merupakan tarikan pelancongan yang paling penting bagi pelancong dari seluruh dunia.

“Ditambah dengan adat berbilang etnik, budaya dan kehidupan negara kita, kita tidak boleh mengamalkan peraturan yang terlalu ketat untuk mengawal alkohol atau melarang penjualan arak di tempat makan yang tidak halal,” katanya dalam temubual dengan Sin Chew Daily pada minggu lalu.

Di bawah garis panduan dilaksanakan pada 1 November 2021, DBKL melarang kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina di Kuala Lumpur daripada menjual minuman keras.

Advertisement

Bagaimanapun, pelanggan masih dibenarkan membeli bir dari premis itu dari 7 pagi hingga 9 malam.

Penarikan balik larangan itu diselar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang menyifatkan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.

Ahmad berkata garis panduan dikenakan sebelum ini dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk sensitiviti kawasan kepadatan penduduk Melayu-Islam, waktu penjualan dan sebagainya. 

“Malah ia dilakukan berikutan kes kemalangan maut yang melibatkan pemanduan di bawah pengaruh alkohol yang menjadi kebimbangan masyarakat dalam negara ketika itu.

“Malang sekali apabila bahagian perlesenan DBKL telah mengambil keputusan mengundur semula ke belakang (reversal). 

“Malah, keputusan menarik balik garis panduan berkenaan turut mendapat sokongan padu sebahagian pemimpin utama daripada DAP,” katanya dipetik Harakah Daily.

Advertisement

Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Abdul Razak Ramli berkata keputusan penarikan balik larangan itu akan membawa kepada lebih banyak masalah sosial.

“Umat Islam perlu bangkit melihat sikap sambil lewa kerajaan terhadap isu ini yang telah mengambil langkah ke belakang terhadap isu arak di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan Abdul Razak mendapat respons Ahli Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Kasthuri Patto yang meminta beliau tidak menumpukan perhatian terhadap perkara itu.

Kashturi dilaporkan media sebagai berkata, Pemuda Pas Wilayah Persekutuan sepatutnya memberi tumpuan kepada unsur salah guna kuasa, rasuah, diskriminasi dan ketidakadilan. – The Merdeka Times

Author

Advertisement
Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending