Terkini
Jumlah kematian mangsa genosid sebulan di Gaza melangkaui peperangan 620 hari Ukraine
Jumlah kematian dalam sebulan tindakan genosid ke atas penduduk awam di Gaza melangkau jumlah kematian 20 bulan peperangan di Ukraine.

- Jumlah kematian dalam sebulan tindakan genosid ke atas penduduk awam di Gaza melangkau jumlah kematian 20 bulan peperangan di Ukraine.
- Rekod berdasarkan Infografik Anadolu Agency yang menunjukkan perbandingan kadar kematian di kedua-dua wilayah bergolak itu.
- Setakat 6 November lalu, Gaza mencatatkan 10,022 kematian orang awam, manakala di Ukraine, korban yang dicatatkan seramai 9,806 dengan perbezaan ketara pada tarikh bermulanya pergolakan kedua-dua wilayah itu.
- Perbezaan paling ketara adalah tempoh peperangan yang terlibat direkodkan berlangsung selama 620 hari bagi Ukraine, manakala bagi Gaza, tindakan pembunuhan beramai-ramai rejim zionis berlaku hanya dalam 30 hari.
Jumlah kematian dalam sebulan tindakan genosid ke atas penduduk awam di Gaza melangkau jumlah kematian 20 bulan peperangan di Ukraine.
Perkara ini berdasarkan Infografik Anadolu Agency yang menunjukkan perbandingan kadar kematian di kedua-dua wilayah bergolak itu.
Setakat 6 November lalu, Gaza mencatatkan 10,022 kematian orang awam, manakala di Ukraine, korban yang dicatatkan seramai 9,806 dengan perbezaan ketara pada tarikh bermulanya pergolakan kedua-dua wilayah itu.
Perbezaan paling ketara adalah tempoh peperangan yang terlibat direkodkan berlangsung selama 620 hari bagi Ukraine, manakala bagi Gaza, tindakan pembunuhan beramai-ramai rejim zionis berlaku hanya dalam 30 hari.
Kiraan itu berdasarkan tarikh bermulanya peperangan atau genosid di Ukraine dan Gaza, masing-masing bermula pada 24 Februari 2022 dan 7 Oktober 2023, dengan tarikh tamat kiraan yang sama bagi kedua-dua negara itu iaitu pada 6 November 2023.

Foto: Infografik Anadolu Agency yang menunjukkan perbandingan kadar kematian di kedua-dua wilayah bergolak itu.
Kadar kiraan masyarakat awam yang cedera di Gaza melangkau Ukraine dengan catatan lebihan seramai lebih enam ribu individu, iaitu Gaza 24,000 mangsa, manakala Ukraine seramai 17,962 individu.
Anadolu Agency turut melaporkan kadar kematian kanak-kanak di kawasan yang dilanda konflik global bermula 2020 sehingga 2022 dengan kiraan khas di Gaza bagi 2023.
Tahun 2020 mencatatkan 2,674 kematian, 2021 sebanyak 2,515 kematian, 2022 sebanyak 2,985, manakala bagi 2023 yang belum berakhir, Gaza sahaja mencatatkan 4,104 kematian kanak-kanak, hasil pembantaian rejim zionis Israel ke atas masyarakat Gaza hanya dalam jangka masa 30 hari.
Sumber: Anadolu Agency
Terkini
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

- Kerajaan menegaskan nilai kredit eMadani tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.
- Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.
- “Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.
- “Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.
PUTRAJAYA – Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.
Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.
Menurut MOF, pihaknya tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang kehilangan kredit akibat daripada pemindahan peer-to-peer atau penebusan tunai itu, justeru orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada dengan tawaran perkhidmatan berkenaan oleh pihak tidak bertanggungjawab di platform media sosial.
“Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan ‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.
“Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelas MOF, program eMADANI diluncurkan bertujuan untuk menggalakkan ekonomi digital dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai.
Pendaftaran program eMADANI dibuka sehingga 20 Februari 2024 dan akan memanfaatkan seramai 10 juta rakyat dewasa yang layak, meliputi golongan B40 dan M40.
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1 bilion bagi program berkenaan seperti diumumkan pada majlis peluncuran kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat pada 27 Julai lalu.
Sumber : Utusan
-
Terkini3 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini3 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini3 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas