Connect with us

Antarabangsa

Jordan hantar bekalan perubatan segera melalui udara ke Gaza

Tentera udara Jordan menghantar bekalan perubatan penting ke hospital lapangan di Semenanjung Gaza yang dikepung, kata Raja Abdullah II, awal hari ini.

Wartawan TMT

Published

on

Jordan hantar bekalan perubatan segera melalui udara ke Gaza
Foto: Raja Jordan, Raja Abdullah II.
  • Tentera udara Jordan menghantar bekalan perubatan penting ke hospital lapangan di Semenanjung Gaza yang dikepung, kata Raja Abdullah II, awal hari ini.
  • “Anggota tentera udara kami tidak gentar menghantar bantuan perubatan segera pada tengah malam ke hospital lapangan Jordan di Gaza.
  • “Ini adalah kewajipan kami membantu saudara kami yang cedera dalam perang ke atas Gaza,” katanya menerusi platform X, yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter.
  • Pengguguran bantuan melalui udara itu diumumkan ketika Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken, melakukan lawatan diplomatik serantau.

AMMAN: Tentera udara Jordan menghantar bekalan perubatan penting ke hospital lapangan di Semenanjung Gaza yang dikepung, kata Raja Abdullah II, awal hari ini.

“Anggota tentera udara kami tidak gentar menghantar bantuan perubatan segera pada tengah malam ke hospital lapangan Jordan di Gaza.

“Ini adalah kewajipan kami membantu saudara kami yang cedera dalam perang ke atas Gaza,” katanya menerusi platform X, yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter.

Katanya lagi, Jordan akan sentiasa bersama dengan rakyat Palestin.

Pengguguran bantuan melalui udara itu diumumkan ketika Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken, melakukan lawatan diplomatik serantau.

Beliau mengadakan perbincangan di Amman pada Sabtu dengan rakan sejawatannya dari Jordan, Mesir, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Semalam, Blinken melawat Tebing Barat, Iraq dan Cyprus yang diduduki, ketika beliau meneruskan perjalanannya, dengan tumpuan memastikan bantuan sampai kepada orang awam yang terkepung di Gaza.

Advertisement

Peperangan bertambah sengit di Gaza semalam, yang kini memasuki hari ke-30 sejak pejuang Hamas menyerbu sempadan Israel, dengan rejim Zionis tanpa henti mengebom Semenanjung Gaza.

Kementerian Kesihatan di wilayah Palestin yang dikendalikan Hamas melaporkan 9,770 orang terbunuh setakat ini dengan kira-kira dua pertiga daripadanya wanita dan kanak-kanak.

Sumber: Berita Harian

Author

Antarabangsa

Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Tawanan Israel, Yarden Peepas.
  • Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
  • Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
  • “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
  • Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
  • Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.

“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.

Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.

Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times

Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel

Advertisement

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending