Connect with us

Antarabangsa

Israel dakwa sudah bahagikan Gaza kepada dua bahagian

Tentera Israel pada Ahad mengumumkan ia selesai mengepung Bandar Gaza dan membahagikan Semenanjung Gaza kepada dua bahagian, selain menyeru penduduk untuk bergerak ke selatan, lapor Agensi Anadolu.

Wartawan TMT

Published

on

Israel dakwa sudah bahagikan Gaza kepada dua bahagian
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tentera Israel pada Ahad mengumumkan ia selesai mengepung Bandar Gaza dan membahagikan Semenanjung Gaza kepada dua bahagian, selain menyeru penduduk untuk bergerak ke selatan, lapor Agensi Anadolu.
  • “Tentera, di bawah arahan Briged Golani, menyelesaikan kepungan ke atas Bandar Gaza dan sampai ke pantainya,” kata jurucakap tentera, Daniel Hagari pada sidang akhbar, sambil menambah langkah itu “sangat penting untuk menekan Hamas.”
  • Dia sekali lagi menyeru rakyat Gaza untuk bergerak ke selatan, dengan berkata, “kami memperhebatkan serangan malam ini dengan cara yang sangat berkesan.”

Baitulmaqdis: Tentera Israel pada Ahad mengumumkan ia selesai mengepung Bandar Gaza dan membahagikan Semenanjung Gaza kepada dua bahagian, selain menyeru penduduk untuk bergerak ke selatan, lapor Agensi Anadolu.

“Tentera, di bawah arahan Briged Golani, menyelesaikan kepungan ke atas Bandar Gaza dan sampai ke pantainya,” kata jurucakap tentera, Daniel Hagari pada sidang akhbar, sambil menambah langkah itu “sangat penting untuk menekan Hamas.”

Hagari berkata, tentera juga membahagikan Semenanjung Gaza kepada “dua bahagian – utara dan selatan.”

Dia sekali lagi menyeru rakyat Gaza untuk bergerak ke selatan, dengan berkata, “kami memperhebatkan serangan malam ini dengan cara yang sangat berkesan.”

Sejak Selasa, tentera Israel mengumumkan dalam beberapa kenyataan bahawa pertempuran sengit sedang berlaku di dalam Semenanjung Gaza.

Sumber: Harian Metro

Author

Antarabangsa

AS hantar 15,000 bom, 57,000 peluru meriam kepada rejim penjajah zionis Israel

Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
  • Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
  • Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.

Gaza: Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.

“AS sebelum ini tidak mendedahkan jumlah senjata dihantar ke Israel mahupun pemindahan 100 BLU-109, 2,000 paun bom bunker-buster,” katanya.

Bom bunker-buster terkenal dengan keupayaannya menembusi jauh ke dalam struktur yang padat sebelum meletup.

Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.

Tentera Israel meneruskan pengeboman di Semenanjung Gaza awal Jumaat selepas mengisytiharkan penamatan jeda kemanusiaan selama seminggu.

Sekurang-kurangnya 193 rakyat Palestin terbunuh dan 652 cedera dalam serangan udara itu, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.

Advertisement

Sejak 7 Oktober, lebih 15,000 rakyat Palestin, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita terbunuh dalam serangan kejam Israel, sebagai membalas serangan mengejut Hamas.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending