Connect with us

Antarabangsa

Houthi Yaman rampas kapal kargo Israel

Tentera Houthi Yaman telah merampas sebuah kapal kargo yang dikaitkan dengan Israel di Laut Merah, pada Ahad.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tentera Houthi Yaman telah merampas sebuah kapal kargo yang dikaitkan dengan Israel di Laut Merah, pada Ahad.
  • Perkara itu disahkan oleh Israel yang mendakwa insiden itu sebagai keganasan Iran.
  • Menurut jurucakap tentera Houthi, Yahya Sarea, mereka melayani anak kapal mengikut prinsip dan nilai Islam.
  • “Pasukan tentera laut Angkatan Bersenjata Yaman, dengan pertolongan Allah Yang Maha Kuasa, melakukan operasi ketenteraan di Laut Merah, mengakibatkan rampasan sebuah kapal Israel dan mengiringinya ke pantai Yaman.

LAUT MERAH: Tentera Houthi Yaman telah merampas sebuah kapal kargo yang dikaitkan dengan Israel di Laut Merah, pada Ahad.

Perkara itu disahkan oleh Israel yang mendakwa insiden itu sebagai keganasan Iran.

Menurut jurucakap tentera Houthi, Yahya Sarea, mereka melayani anak kapal mengikut prinsip dan nilai Islam.

“Pasukan tentera laut Angkatan Bersenjata Yaman, dengan pertolongan Allah Yang Maha Kuasa, melakukan operasi ketenteraan di Laut Merah, mengakibatkan rampasan sebuah kapal Israel dan mengiringinya ke pantai Yaman.

“Angkatan Tentera Yaman berurusan dengan anak kapal sesuai dengan ajaran dan nilai agama Islam kita,” katanya.

Minggu lalu, pemimpin Houthi berkata tenteranya akan melakukan serangan serta menyasarkan kapal-kapal Israel di Laut Merah dan Selat Bab al-Mandeb.

Sebelum ini, Israel berkata kumpulan bersekutu Iran itu merampas sebuah kapal di Laut Merah tanpa anak kapal didalamnya.

Sejak perang Palestin-Israel berlaku, Houthi telah melancarkan peluru berpandu jarak jauh dan dron ke Israel sebagai solidariti terhadap penduduk Gaza.

Sumber: Berita Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) Louisiana negeri AS pertama wajibkan paparan Sepuluh Perintah Tuhan di kelas awam

Louisiana merupakan negeri pertama Amerika Syarikat (AS) mewajibkan Sepuluh Perintah Tuhan (Ten Commandments) dipaparkan di setiap bilik kelas sekolah awam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gabenor Republikan, Jeff Landry.

Louisiana merupakan negeri pertama Amerika Syarikat (AS) mewajibkan Sepuluh Perintah Tuhan (Ten Commandments) dipaparkan di setiap bilik kelas sekolah awam.

Undang-undang ditandatangani Gabenor Republikan Jeff Landry pada Rabu itu mewajibkan paparan bersaiz poster tertulis butiran Sepuluh Perintah Tuhan menggunakan “tulisan besar dan mudah dibaca” di semua kelas awam, dari tadika sehingga ke universiti yang dibiayai kerajaan negeri.

Pembangkang mempersoalkan keabsahan undang-undang sedemikian dan berikrar untuk mencabarnya di mahkamah. 

Penyokong pula berkata langkah itu bukan semata-mata bersifat keagamaan, tetapi juga mempunyai kepentingan sejarah. 

Dalam bahasa undang-undang, Sepuluh Perintah Tuhan adalah “dokumen asas bagi kerajaan negeri dan negara kita.”

Poster-poster tersebut akan disertakan bersama empat perenggan “penjelasan konteks” menerangkan bagaimana Sepuluh Perintah Tuhan menjadi “bahagian penting dalam pendidikan awam Amerika selama hampir tiga abad,” yang mesti lengkap dipasang di bilik darjah menjelang awal 2025.

Di bawah undang-undang ini, dana negeri tidak akan digunakan bagi melaksanakan mandat tersebut tetapi poster-poster terbabit akan dibiayai melalui sumbangan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending