Connect with us

Antarabangsa

Hamas akan bebaskan tahanan asing 

Pergerakan Hamas memaklumkan ia akan membebaskan beberapa tahanan asing dalam tempoh terdekat.

Wartawan TMT

Published

on

Hamas akan bebaskan tahanan asing 
Foto: Sayap Tentera Brigade Al Qassam, Abu Ubaida.
  • Pergerakan Hamas memaklumkan ia akan membebaskan beberapa tahanan asing dalam tempoh terdekat.
  • Ia disahkan jurucakap sayap tentera Brigade Al Qassam, Abu Ubaida menerusi saluran Telegram.
  • Beliau turut menafikan kenyataan Israel ia berjaya membebaskan tahanan di bawah Hamas.

GAZA: Pergerakan Hamas memaklumkan ia akan membebaskan beberapa tahanan asing dalam tempoh terdekat.

Ia disahkan jurucakap sayap tentera Brigade Al Qassam, Abu Ubaida menerusi saluran Telegram.

Abu Ubaida bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai bilangan tahanan yang akan dibebaskan atau kewarganegaraan mereka.

Beliau turut menafikan kenyataan Israel ia berjaya membebaskan tahanan di bawah Hamas.

Sebaliknya jumlah besar tahanan kini berada di bawah kawalan individu dan beberapa kumpulan di Genting Gaza.

“Kami memantau naratif yang dimainkan tentera Israel berkenaan pembebasan tahanan dari Gaza ketika pencerobohan berlaku.

“Kami menafikan musuh sampai ke mana-mana tahanan yang berada dalam kawalan Al-Qassam. Jika naratif ini benar, ia bermakna individu tersebut ditahan oleh musuh,” katanya.

Advertisement

Kenyataan ini sebagai reaksi kenyataan tentera Israel yang mendakwa berjaya membebaskan tahanan ketika operasi daratnya pada Isnin.

Abu Ubaida juga memaklumkan Brigade Al-Qassam bertempur dengan tentera Israel sebanyak tiga kali dan berjaya memusnahkan 22 kenderaan tentera Zionis.

Sumber: Astro Awani

Author

Antarabangsa

Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Tawanan Israel, Yarden Peepas.
  • Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
  • Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
  • “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
  • Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
  • Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.

“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.

Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.

Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times

Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel

Advertisement

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending