Connect with us

Terkini

Guna bahasa Mandarin, Tamil di sekolah vernakular sah di sisi undang-undang

Mahkamah Rayuan sebentar tadi memutuskan penggunaan bahasa Mandarin dan Tamil sebagai bahasa pengantar di sekolah vernakular, sah di sisi undang-undang.

Wartawan TMT

Published

on

Guna bahasa Mandarin, Tamil di sekolah vernakular sah di sisi undang-undang
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Mahkamah Rayuan putuskan bahasa Mandarin dan Tamil sebagai bahasa pengantar di sekolah vernakular, sah di sisi undang-undang.
  • Keputusan sebulat suara dicapai panel tiga hakim diketuai Datuk Supang Lian ketika menolak rayuan empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhubung isu bahasa di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil (SJKC dan SJKT).
  • Perayu terdiri daripada Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (Mappim), Gabungan Persatuan Penulis Malaysia (Gapena), Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) dan Ikatan Guru-guru Muslim Malaysia (i-Guru).
  • Hakim Datuk Mohd. Nazlan (kini hakim Mahkamah Rayuan) putuskan kewujudan dan penubuhan sekolah vernakular serta penggunaan bahasa Mandarin dan Tamil di sekolah terbabit sah serta berperlembagaan.

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan sebentar tadi memutuskan penggunaan bahasa Mandarin dan Tamil sebagai bahasa pengantar di sekolah vernakular, sah di sisi undang-undang.

Keputusan sebulat suara itu dicapai oleh panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Supang Lian ketika menolak rayuan empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhubung isu bahasa di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil (SJKC dan SJKT).

Perayu-perayu terdiri daripada Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (Mappim), Gabungan Persatuan Penulis Malaysia (Gapena), Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) dan Ikatan Guru-guru Muslim Malaysia (i-Guru).

Hakim Supang yang bersidang bersama-sama Datuk M. Gunalan dan Datuk Azizul Azmi Adnan berpuas hati sekolah vernakular bukan pihak berkuasa awam dan penggunaan bahasa pengantar yang bukan bahasa Melayu untuk pengajaran di sekolah vernakular Cina serta Tamil, tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam prosiding hari ini, i-Guru merayu keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Mohd. Abazafree Mohd. Abbas pada 29 Mei 2022 yang menolak samannya.

NGO itu merayu agar Seksyen 17 dan 28 Akta Pendidikan 1996 yang membenarkan penggunaan bahasa Mandarin dan Tamil sebagai bahasa pengantar di sekolah Cina dan Tamil, diisytihar tidak konsisten dengan Perlembagaan.

Mappim, Gapena dan Isma pula merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 29 Disember 2021 yang menolak saman berhubung keabsahan sekolah vernakular dan penggunaan bahasa Cina dan Tamil di sekolah tersebut.

Hakim Datuk Mohd. Nazlan (kini hakim Mahkamah Rayuan) memutuskan kewujudan dan penubuhan sekolah vernakular serta penggunaan bahasa Mandarin dan Tamil di sekolah terbabit adalah sah serta berperlembagaan. 

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Syarikat arak sumbang derma, Dong Jiao Zong mahu kerajaan berfikiran terbuka

Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah-Sekolah Cina Malaysia (Dong Jiao Zong) meminta kerajaan berfikiran terbuka dalam menerima sumbangan sebarang syarikat, termasuk syarikat minuman keras untuk membantu perkembangan pendidikan.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Selagi syarikat terlibat menjalankan perniagaan sah dan (derma) tanpa sebarang syarat sampingan, masyarakat sepatutnya menyambut baik sumbangan sosial syarikat, membantu perkembangan sekolah vernakular.
  • “Kerajaan juga seharusnya bersikap terbuka serta menggalakkan syarikat untuk berbakti kepada masyarakat,” kata Dong Jiao Zong menerusi kenyataan berbahasa Mandarin disiarkan di laman webnya pada Isnin.
  • Difahamkan, Dong Jiao Zong berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar yang sebelum ini mengkritik konsert amal dianjurkan di SJK (C) Tche Min di Sungai Pelek, Sepang kerana dicemari dengan penajaan syarikat gergasi minuman keras yang didakwa beliau secara terang-terangan sedang menormalisasi arak di sekolah. 
  • KPM juga mengambil perhatian serius isu berkenaan penganjuran program amal itu dan mengatakan siasatan lanjut sedang dijalankan pihaknya.
  • “Kami berpendapat Kementerian Pendidikan perlu memberikan penjelasan yang jelas mengenai perkara ini bagi mengelakkan halangan kepada pengumpulan dana sekolah rendah Cina,” kata Dong Jiao Zong.

KUALA LUMPUR — Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah-Sekolah Cina Malaysia (Dong Jiao Zong) meminta kerajaan berfikiran terbuka dalam menerima sumbangan sebarang syarikat, termasuk syarikat minuman keras untuk membantu perkembangan pendidikan.

Dong Jiao Zong berkata selagi syarikat terbabit menjalankan perniagaan sah dan menyalurkan sumbangan atau derma tanpa sebarang syarat sampingan, masyarakat sepatutnya menyambut baik sumbangan sosial syarikat itu dan membantu perkembangan sekolah vernakular.

“Sokongan masyarakat terhadap perkembangan pendidikan dan syarikat memainkan tanggungjawab sosial mereka akan menjadikan pengumpulan sumber lebih efektif. 

“Selagi syarikat terlibat menjalankan perniagaan sah dan (derma) tanpa sebarang syarat sampingan, masyarakat sepatutnya menyambut baik sumbangan sosial syarikat, membantu perkembangan sekolah vernakular.

“Kerajaan juga seharusnya bersikap terbuka serta menggalakkan syarikat untuk berbakti kepada masyarakat,” kata Dong Jiao Zong menerusi kenyataan berbahasa Mandarin disiarkan di laman webnya pada Isnin.

Difahamkan, Dong Jiao Zong berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar yang sebelum ini mengkritik konsert amal dianjurkan di SJK (C) Tche Min di Sungai Pelek, Sepang kerana dicemari dengan penajaan syarikat gergasi minuman keras yang didakwa beliau secara terang-terangan sedang menormalisasi arak di sekolah.

Foto: Tangkap layar hantaran Ketua Pemuda PAS Selangor di Facebooknya.

Isu itu juga mendapat perhatian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang menjelaskan sumbangan melibatkan hasil aktiviti perjudian, rokok, dadah, minuman keras dan seumpamanya yang boleh menjejaskan perkembangan potensi murid dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani adalah dilarang.

KPM berkata larangan itu adalah berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3 Tahun 2018, justeru pentadbir di institusi pendidikan KPM diingatkan supaya mematuhi garis panduan sedia ada berkaitan penganjuran program dan penerimaan sumbangan.

KPM juga mengambil perhatian serius isu berkenaan penganjuran program amal itu dan mengatakan siasatan lanjut sedang dijalankan pihaknya.

Mengulas kenyataan KPM, Dong Jiao Zong mengingatkan pihak berkuasa untuk mengekalkan penilaian profesional dan rasional serta tidak terpengaruh dengan bahasa politik. 

“Kami berpendapat Kementerian Pendidikan perlu memberikan penjelasan yang jelas mengenai perkara ini bagi mengelakkan halangan kepada pengumpulan dana sekolah rendah Cina.

“Perlu diketahui, sekolah Cina telah lama menghadapi masalah seperti bangunan yang uzur, kekurangan infrastruktur dan dana yang tidak mencukupi. 

“Selama 30 tahun lalu, syarikat alkohol TIGER bersama-sama individu prihatin telah aktif mengumpul dana untuk sekolah Cina, dengan berjaya mengumpul ratusan juta ringgit untuk beratus-ratus sekolah Cina di seluruh negara. 

“Sumbangan ini yang menguntungkan ramai pelajar sepatutnya dipuji, namun kini telah diputarbelitkan dengan tujuan mencetuskan konflik perkauman, merosakkan keharmonian masyarakat,” kata kumpulan pendidikan Cina itu. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending