Terkini
Genosid Palestin perlukan tindakan, bukan kata-kata ‘berapi’ – GSPP
Penghapusan etnik ataupun genosid yang dilakukan rejim penjajah Israel terhadap rakyat Palestin perlu ditangani melalui tindakan bukan kata-kata yang bersifat ‘berapi’.
- Penghapusan etnik ataupun genosid yang dilakukan rejim penjajah Israel terhadap rakyat Palestin perlu ditangani melalui tindakan bukan kata-kata yang bersifat ‘berapi’.
- Demikian kata Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin, Muhammad Fauzi Asmuni yang turut mempersoalkan sama ada tindakan pemimpin Islam melontarkan kata-kata berapi boleh dianggap setanding dengan tindakan Barat yang terus menerus membekalkan senjata dan tentera tanpa henti kepada rejim zionis.
- “Adakah kata-kata berapi yang diiringi sorakan kekaguman boleh menghentikan angka pembunuhan meningkat setiap hari?” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.
- Muhammad Fauzi berkata beberapa kenyataan dikeluarkan Wisma Putra termasuk kenyataan bersama Malaysia, Indonesia dan Brunei untuk terus kekal dengan penyelesaian sempadan pra 1967 menyakinkan beliau bahawa Kerajaan sebetulnya tidak memahami isu sebenar Palestin.
KUALA LUMPUR – Penghapusan etnik ataupun genosid yang dilakukan rejim penjajah Israel terhadap rakyat Palestin perlu ditangani melalui tindakan bukan kata-kata yang bersifat ‘berapi’.
Demikian kata Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin, Muhammad Fauzi Asmuni yang turut mempersoalkan sama ada tindakan pemimpin Islam melontarkan kata-kata berapi boleh dianggap setanding dengan tindakan Barat yang terus menerus membekalkan senjata dan tentera tanpa henti kepada rejim zionis.
Muhammad Fauzi menegaskan situasi sekarang adalah genosid Palestin dengan menggunakan segala jenis senjata klasik mahupun moden, memusnahkan segala sumber kehidupan penyambung nyawa, menghalang bekalan minyak sehingga ambulan tidak boleh bergerak; meletupkan hospital, memutuskan bekalan elektrik dan air serta menghadkan kemasukan makanan pada kadar tidak mencukupi yang hanya terbatas di selatan Gaza.
“Di fasa ini, yang diperlukan adalah tindakan dan bukan kata-kata. Kalau barat terus menerus membekalkan senjata dan tentera tanpa henti, adakah kata-kata berapi pemimpin umat Islam boleh dianggap sebagai tindakan yang sepadan?
“Adakah kata-kata berapi yang diiringi sorakan kekaguman boleh menghentikan angka pembunuhan meningkat setiap hari?” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.
Muhammad Fauzi berkata beberapa kenyataan dikeluarkan Wisma Putra termasuk kenyataan bersama Malaysia, Indonesia dan Brunei untuk terus kekal dengan penyelesaian sempadan pra 1967 menyakinkan beliau bahawa Kerajaan sebetulnya tidak memahami isu sebenar Palestin.
Beliau berkata memberikan hak kepada rejim Israel untuk bersempadan dengan Palestin adalah pengiktirafan kepada penjajahan dan memberikan ruang kepada zionis itu untuk terus membuli Palestin.
“Bilangan kematian semakin meningkat. Peranan rakyat sudah hampir mencapai silingnya.
“Peranan kerajaanlah yang akan mengubah senario. Kerajaan perlu bertindak dan bukan berkata-kata. Tolonglah baca 9 tuntutan GSPP kepada kerajaan yang sudah kami panjangkan ke Wisma Putra,” kata Muhammad Fauzi.
Antara sembilan tuntutan GSPP adalah kerajaan dituntut untuk tidak mengiktiraf Two State Solution dan mengembalikan peta Palestin yang asal sebelum Deklarasi Balfour 1917, menuntut kerajaan untuk tidak memenuhi apa-apa tuntutan atau desakan bagi menormalisasi sebarang bentuk hubungan dengan rejim Israel dan menuntut kerajaan menolak rancangan Perjanjian Abad ini (Deal of the Century) yang akan menjuruskan ke arah pembinaan Israel Raya serta terdapat beberapa tuntutan lain.
Sebelum ini, Wisma Putra menerusi kenyataan bersama dengan Indonesia dan Brunei sempena mesyuarat Pemimpin Ekonomi Apec ke-30 di Amerika Syarikat menegaskan penyelesaian yang adil dan kekal terhadap konflik Palestin-Israel hanya dapat dicapai melalui jalan damai.
Pemimpin-pemimpin negara itu mendesak pematuhan terhadap resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, termasuk Resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu A/ES-10/L.25 dan Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2712.
Mereka menekankan kepentingan penyelesaian dua negara berdasarkan sempadan sebelum 1967, dengan Baitulmaqdis sebagai ibu kota Palestin, selaras undang-undang antarabangsa. — The Merdeka Times
Terkini
Pasangan pelik miliki imej individu lakukan seks dengan mayat manusia, haiwan dihukum
Sepasang suami isteri pelik telah ditangkap dengan timbunan imej individu melakukan hubungan seks dengan mayat manusia dan haiwan, demikian sesi perbicaraan di sebuah mahkamah di Scotland.
- Sepasang suami isteri pelik telah ditangkap dengan timbunan imej individu melakukan hubungan seks dengan mayat manusia dan haiwan, demikian sesi perbicaraan di sebuah mahkamah di Scotland.
- Mark Mason, 51, dan isterinya Wendy, 53, mengaku menyimpan simpanan pornografi melampau dan gambar kanak-kanak tidak senonoh di rumah mereka di Lockerbie, Dumfriesshire, Scotland, lapor Daily Mail pada Jumaat.
- Pasangan ‘sakit’ itu hadir di Mahkamah Syerif Dumfries di mana mereka mengakui beberapa pertuduhan antara Februari 2021 dan April 2022.
- Mason dipenjarakan selama 34 bulan dan diletakkan dalam daftar pesalah seks selama-lamanya.
- Isterinya antara lain diperintahkan untuk menjalankan 300 jam kerja tanpa gaji, diletakkan di bawah pengawasan selama tiga tahun dan berada dalam daftar pesalah seks selama lima tahun, tertakluk kepada perintah pencegahan bahaya seksual lima tahun.
Sepasang suami isteri pelik telah ditangkap dengan timbunan imej individu melakukan hubungan seks dengan mayat manusia dan haiwan, demikian sesi perbicaraan di sebuah mahkamah di Scotland.
Mark Mason, 51, dan isterinya Wendy, 53, mengaku menyimpan simpanan pornografi melampau dan gambar kanak-kanak tidak senonoh di rumah mereka di Lockerbie, Dumfriesshire, Scotland, lapor Daily Mail pada Jumaat.
Pasangan ‘sakit’ itu hadir di Mahkamah Syerif Dumfries di mana mereka mengakui beberapa pertuduhan antara Februari 2021 dan April 2022.
Lelaki terbabit mengaku memiliki pornografi melampau dan imej tidak senonoh kanak-kanak serta cuba bercakap secara tidak senonoh dengan enam kanak-kanak yang sebenarnya adalah individu dewasa yang menyamar untuk menyingkirkan ‘pemangsa’ dalam talian.
Isterinya juga mengaku bersalah memiliki dan berkongsi gambar tidak senonoh kanak-kanak serta pornografi melampau.
Mason dipenjarakan selama 34 bulan dan diletakkan dalam daftar pesalah seks selama-lamanya.
Isterinya antara lain diperintahkan untuk menjalankan 300 jam kerja tanpa gaji, diletakkan di bawah pengawasan selama tiga tahun dan berada dalam daftar pesalah seks selama lima tahun, tertakluk kepada perintah pencegahan bahaya seksual lima tahun. – The Merdeka Times
-
Terkini2 days ago
Individu promosi Bahasa Melayu patut disokong, bukannya diambil tindakan – Peguam
-
Antarabangsa3 days ago
Israel rekrut pelarian Afrika, janji status penempatan tetap
-
Terkini2 days ago
Aurad Muhammadiah wirid Al-Arqam difatwakan sesat, status pernikahan perlu disahkan pejabat agama – Mufti WP
-
Antarabangsa1 day ago
Syarikat penerbangan gantung penerbangan ke Israel