Connect with us

Terkini

Gencatan senjata mungkin dilanjutkan, tetapi perang akan sambung semula – Netanyahu

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memberitahu Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden bahawa beliau terbuka untuk melanjutkan tempoh gencatan senjata sementara, tetapi operasi darat rejim Israel akan kembali berkuat kuasa sepenuhnya sebaik sahaja ia tamat.

Wartawan TMT

Published

on

Gencatan senjata mungkin dilanjutkan, tetapi perang akan sambung semula – Netanyahu
Foto: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
  • Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memberitahu Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden bahawa beliau terbuka untuk melanjutkan tempoh gencatan senjata sementara, tetapi operasi darat rejim Israel akan kembali berkuat kuasa sepenuhnya sebaik sahaja ia tamat.
  • Netanyahu turut menegaskan sasarannya untuk menghapuskan Hamas dan tidak akan membiarkan Gaza kembali ‘seperti sebelum ini’, demikian lapor The Times Of Israel.
  • “Di akhir perjanjian ini, kami akan kembali sepenuh kuasa untuk menjalankan sasaran kami; menghapuskan Hamas, pastikan Gaza tidak kembali seperti sebelum ini dan sudah pasti, membebaskan kesemua tebusan kami.
  • “Saya pasti kita akan menjayakan misi ini kerana kita tidak mempunyai pilihan yang lain.
  • “Kita telah membawa pulang sekumpulan lagi tebusan, kanak-kanak dan wanita, dan saya terharu sehingga ke lubuk hati, seluruh negara (pun) begitu, bila melihat keluarga disatukan kembali,” kata Netanyahu dalam video kenyataannya.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memberitahu Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden bahawa beliau terbuka untuk melanjutkan tempoh gencatan senjata sementara, tetapi operasi darat rejim Israel akan kembali berkuat kuasa sepenuhnya sebaik sahaja ia tamat.

Netanyahu turut menegaskan sasarannya untuk menghapuskan Hamas dan tidak akan membiarkan Gaza kembali ‘seperti sebelum ini’, demikian lapor The Times Of Israel.

Beliau berkata gencatan senjata sementara selama empat hari itu boleh dilanjutkan untuk membolehkan lebih banyak tebusan dibebaskan (iaitu) “10 tebusan untuk setiap hari.”

“Di akhir perjanjian ini, kami akan kembali sepenuh kuasa untuk menjalankan sasaran kami; menghapuskan Hamas, pastikan Gaza tidak kembali seperti sebelum ini dan sudah pasti, membebaskan kesemua tebusan kami.

“Saya pasti kita akan menjayakan misi ini kerana kita tidak mempunyai pilihan yang lain.

“Kita telah membawa pulang sekumpulan lagi tebusan, kanak-kanak dan wanita, dan saya terharu sehingga ke lubuk hati, seluruh negara (pun) begitu, bila melihat keluarga disatukan kembali,” kata Netanyahu dalam kenyataan video.

Netanyahu memaklumkan baru berbincang dengan Biden, khususnya berkenaan warga US-Israel, Avigail Idan, 4.

“Alangkah gembiranya melihat dia bersama kami. Tetapi dalam masa yang sama, betapa sedihnya (situasi) kembali kepada realiti tanpa ibu bapa,” kata Netanyahu.

Sumber: The Times Of Israel

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Israel bom depot senjata berdekatan pangkalan udara Russia di Syria

Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
  • Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria. 
  • Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.
  • Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.

Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.

Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria. 

Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.

Pertahanan udara Russia dan Syria dilaporkan memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit.

Terdapat dakwaan bahawa pertahanan udara memintas peluru berpandu di luar pantai Jableh, sebuah bandar di barat laut Syria, dengan anggaran 30 peluru berpandu dilancarkan.

Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.

Laporan tempatan lain mencadangkan sebuah pesawat Iran di lapangan terbang mungkin turut menjadi sasaran.

Israel yang sering menjalankan operasi terhadap sasaran berkaitan dengan Iran di Syria belum memberikan sebarang komen mengenai insiden letupan itu. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending