Connect with us

Antarabangsa

Gaza,Tebing Barat perlu disatukan – Joe Biden

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden berkata, Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang baru kelak akan menyatukan pentadbiran Gaza dan Tebing Barat.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden.
  • Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden berkata, Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang baru, kelak akan menyatukan pentadbiran Gaza dan Tebing Barat.
  • Presiden AS itu berkata; “Dalam usaha kita mencari kedamaian, Gaza dan Tebing Barat perlu disatukan di bawah struktur pentadbiran tunggal, di bawah pemerintahan PA yang diperbaharui semula, pada masa semua pihak berusaha mencapai penyelesaian dua negara,” kata Biden dalam penulisannya yang diterbitkan Washington Post.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden berkata, Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang baru kelak akan menyatukan pentadbiran Gaza dan Tebing Barat.

Perkara itu dimaklumkan dalam artikelnya yang diterbitkan Sabtu lalu, di tengah-tengah persoalan ramai berkenaan apa tindakan Israel setelah berjaya menghentikan Hamas.

Presiden itu berkata; “Dalam usaha kita mencari kedamaian, Gaza dan Tebing Barat perlu disatukan di bawah struktur pentadbiran tunggal, di bawah pemerintahan PA yang diperbaharui semula, pada masa semua pihak berusaha mencapai penyelesaian dua negara,” kata Biden dalam penulisannya yang diterbitkan Washington Post.

Washington yang merupakan sekutu utama Israel, memberi sokongan penuh terhadap apa sahaja respon negara itu setelah serangan mengejut dilakukan Hamas pada 7 Oktober lalu  yang menyebabkan 1,200 maut, dan sekitar 240 dijadikan tebusan.

AS bagaimanapun menyuarakan kebimbangannya apabila kadar kematian di Gaza terus meningkat kepada 12,300 mangsa korban yang mana 6000 daripadanya adalah kanak-kanak.

Pihak Kementerian Kesihatan di Ramallah berkata, semenjak bermulanya serangan di Gaza, lebih 200 warga Palestin di Tebing Barat maut, dengan peningkatan kadar serbuan tentera penjajah Israel serta keganasan pendatang haram zionis.

Sumber: France 24

Advertisement

Author

Antarabangsa

Rejim penjajah Israel berundur dari bahagian utara Gaza – Briged Al-Qassam

Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas memaklumkan tentera Israel sudah berundur dari bahagian utara Gaza.

Wartawan TMT

Published

on

Rejim penjajah Israel berundur dari bahagian utara Gaza – Briged Al-Qassam
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas memaklumkan tentera Israel sudah berundur dari bahagian utara Gaza.
  • Kumpulan pejuang itu menyifatkan operasi rejim zionis sebagai gagal dan mengatakan sebanyak 70 peratus anggota tentera Israel di utara kini sudah tiada.
  • Pegawai Hamas, Osama Hamdan, yang berpangkalan di Lubnan mendedahkan Israel cuba memancing orang awam Gaza ke selatan untuk memerangkap dan membunuh mereka di kawasan itu.
  • “Jelas bahawa dakwaan pendudukan, mengenai kewujudan kawasan selamat di selatan Semenanjung Gaza dan desakan berterusan untuk rakyat pergi ke sana adalah satu rancangan serta perangkap yang dirancang.
  • “Ia untuk melakukan lebih banyak pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam yang tidak bersenjata serta orang yang dipindahkan ke selatan,” katanya seperti dilaporkan Al Jazeera.

GAZA: Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas memaklumkan tentera Israel sudah berundur dari bahagian utara Gaza.

Kumpulan pejuang itu menyifatkan operasi rejim zionis sebagai gagal dan mengatakan sebanyak 70 peratus anggota tentera Israel di utara kini sudah tiada.

Dalam serangan bertali arus yang dilancarkan Israel dilihat cubaan untuk mengusir penduduk dari utara wilayah itu ke selatan.

Sementara itu, Hamas mengecam United Kingdom (UK) kerana merancang untuk melancarkan pengawasan melalui udara ke atas Semenanjung Gaza dengan menggelarkan negara itu sebagai rakan dalam perang Israel.

Memetik laporan media Arab, UK yang menjalankan penerbangan pengawasan ke atas Gaza didakwa mahu membantu mengesan tawanan Israel, kata Hamas menerusi satu kenyataan.

Pada Sabtu lalu, Kementerian Pertahanan UK mengesahkan bahawa tenteranya melakukan penerbangan pengawasan ke atas Gaza.

Dalam pada itu, pegawai Hamas, Osama Hamdan, yang berpangkalan di Lubnan mendedahkan Israel cuba memancing orang awam Gaza ke selatan untuk memerangkap dan membunuh mereka di kawasan itu.

Advertisement

“Jelas bahawa dakwaan pendudukan, mengenai kewujudan kawasan selamat di selatan Semenanjung Gaza dan desakan berterusan untuk rakyat pergi ke sana adalah satu rancangan serta perangkap yang dirancang.

“Ia untuk melakukan lebih banyak pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam yang tidak bersenjata serta orang yang dipindahkan ke selatan,” katanya seperti dilaporkan Al Jazeera.

Tentera Israel turut mengarahkan rakyat Palestin mengosongkan beberapa kawasan di dalam dan sekitar bandar Khan Younis.

Selain itu, rejim Zionis juga menyiarkan peta yang menunjukkan tempat perlindungan yang perlu dituju oleh rakyat Palestin dari Khan Younis sehingga ke selatan iaitu di Rafah bersempadan dengan Mesir.

Ramai penduduk Gaza mendakwa kawasan yang mereka dipaksa untuk pergi turut diserang. – AGENSI

Sumber: Berita Harian

Advertisement

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending