Antarabangsa
Gaza umpama padang jarak padang tekukur – Ketua UNICEF
Ketua Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unicef) pada Rabu menyifatkan keadaan di Semenanjung Gaza umpama ‘padang jarak padang tekukur’ berikutan serangan kejam Israel di wilayah Palestin yang dikepung.

- Ketua Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unicef) pada Rabu menyifatkan keadaan di Semenanjung Gaza umpama ‘padang jarak padang tekukur’ berikutan serangan kejam Israel di wilayah Palestin yang dikepung.
- “Mereka terpaksa mengharungi bom berulang kali, kemusnahan dan hilang tempat tinggal,” lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Pengarah Eksekutif Unicef Catherine Russell.
- “Di wilayah ini, tiada tempat selamat untuk satu juta kanak-kanak Gaza,” katanya.
- Beliau menggesa pihak terbabit dalam konflik Gaza menghentikan kekejaman.
- Pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, lebih 4,600 kanak-kanak terbunuh dan hampir 9,000 lagi cedera di Semenanjung Gaza.
Bandaraya Gaza: Ketua Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unicef) pada Rabu menyifatkan keadaan di Semenanjung Gaza umpama ‘padang jarak padang tekukur‘ berikutan serangan kejam Israel di wilayah Palestin yang dikepung.
“Hari ini saya melawat Semenanjung Gaza untuk bertemu dengan kanak-kanak, keluarga mereka dan kakitangan Unicef. Apa yang saya lihat dan dengar amat mendukacitakan.
“Mereka terpaksa mengharungi bom berulang kali, kemusnahan dan hilang tempat tinggal,” lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Pengarah Eksekutif Unicef Catherine Russell.
“Di wilayah ini, tiada tempat selamat untuk satu juta kanak-kanak Gaza,” katanya.
Pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, lebih 4,600 kanak-kanak terbunuh dan hampir 9,000 lagi cedera di Semenanjung Gaza.
“Ramai kanak-kanak hilang dan dipercayai tertimbus di bawah runtuhan bangunan dan rumah susulan penggunaan bahan letupan di kawasan berpenduduk,” kata Russell.
“Bayi baru lahir yang memerlukan penjagaan khusus meninggal dunia di sebuah hospital di Gaza kerana tiada bekalan elektrik dan kelengkapan perubatan, di tengah-tengah keganasan berterusan dengan kesan teruk,” katanya.
Beliau menggesa pihak-pihak yang terbabit dalam konflik Gaza supaya menghentikan kekejaman.
“Saya sekali lagi menyeru semua pihak supaya memastikan kanak-kanak dilindungi dan dibantu, mengikut undang-undang kemanusiaan antarabangsa. Hanya pihak yang terbabit dalam konflik boleh menghentikan keganasan ini,” kata Russell.
Sekurang-kurangnya 11,320 rakyat Palestin terbunuh termasuk hampir 7,800 wanita dan kanak-kanak, dan lebih 29,200 lagi cedera sejak 7 Oktober, menurut angka terkini pihak berkuasa Palestin.
Beribu-ribu bangunan, termasuk hospital, masjid, dan gereja rosak atau musnah dalam serangan tentera penceroboh Israel.
Sumber: Harian Metro
Antarabangsa
Situasi di Gaza ‘tidak dapat dibayangkan’ – WHO
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa situasi kesihatan di Gaza “tidak dapat dibayangkan.

- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa situasi kesihatan di Gaza “tidak dapat dibayangkan.
- “Laporan tentang permusuhan yang berterusan dan pengeboman tanpa henti di Gaza amat menakutkan,” tulis Tedros Adhanom Ghebreyesus di X.
- Menurutnya, pasukan WHO telah melawat Hospital Perubatan Nassar di selatan Gaza yang dipenuhu dengan 1,000 pesakit. Jumlah itu adalah tiga kali ganda daripada kapasitinya.
ISTANBUL – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa situasi kesihatan di Gaza “tidak dapat dibayangkan.
“Laporan tentang permusuhan yang berterusan dan pengeboman tanpa henti di Gaza amat menakutkan,” tulis Tedros Adhanom Ghebreyesus di X.
Menurutnya, pasukan WHO telah melawat Hospital Perubatan Nassar di selatan Gaza yang dipenuhu dengan 1,000 pesakit.
Jumlah itu adalah tiga kali ganda daripada kapasitinya.
Tambah Tedros, orang ramai memenuhi setiap sudut kemudahan kesihatan itu untuk mencari perlindungan.
“Pesakit sedang menerima rawatan di atas lantai, mereka menjerit kesakitan.
“Saya sebenarnya tidak dapat mencari perkataan yang cukup kuat untuk menyatakan kebimbangan kami terhadap apa yang kami saksikan,” ujarnya sambil menyatakan tidak dapat membayangkan penyediaan perkhidmatan di hospital berkenaan.
Beliau sekali lagi mengulangi gesaannya untuk “gencatan senjata sekarang.
Tentera Israel meneruskan pengeboman di Semenanjung Gaza awal Jumaat lalu selepas mengisytiharkan gencatan senjata selama seminggu dengan Hamas. – Agensi
Sumber: Malaysia Gazette
-
Terkini3 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini3 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini3 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas