Connect with us

Terkini

Gaza sepi tanpa laungan azan

Serangan rejim zionis yang turut memusnahkan kebanyakan masjid menyebabkan bumi Gaza, Palestin kini sepi tanpa kedengaran laungan azan sehingga menyukarkan penduduk mengetahui waktu solat.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Serangan rejim zionis musnahkan masjid menyebabkan bumi Gaza, Palestin sepi tanpa laungan azan hingga menyukarkan penduduk tahu waktu solat.
  • Pengurus Besar Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) Cawangan Gaza, Dr Ziad Shehada berkata, kemusnahan besar di Gaza menyebabkan kehidupan penduduk berubah terutama rutin tunaikan solat.
  • “Disebabkan banyak masjid musnah, penduduk tak dapat dengar azan lagi menyebabkan kami tak tahu bila waktu sebenar solat apatah lagi sukar caj bateri telefon bimbit jadi kami main agak-agak saja bila nak solat.
  • “Penduduk juga sukar mendapatkan air untuk berwuduk, jadi kami tayamum menggunakan pasir, dinding atau lantai. Perang ini juga membuatkan penduduk sukar mendapatkan al-Quran untuk mengaji kerana kebanyakan masjid musnah tidak dapat dimasuki lagi atau tiada apa yang tinggal,” kata Dr Ziad berkongsi perkembangan terkini di Gaza.

Kuala Lumpur: Serangan rejim zionis yang turut memusnahkan kebanyakan masjid menyebabkan bumi Gaza, Palestin kini sepi tanpa kedengaran laungan azan sehingga menyukarkan penduduk mengetahui waktu solat.

Pengurus Besar Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) Cawangan Gaza, Dr Ziad Shehada berkata, kemusnahan besar di Gaza menyebabkan kehidupan penduduk berubah terutama dalam rutin menunaikan solat.

“Disebabkan banyak masjid musnah, penduduk tak dapat dengar azan lagi menyebabkan kami tak tahu bila waktu sebenar solat apatah lagi sukar caj bateri telefon bimbit jadi kami main agak-agak saja bila nak solat.

“Penduduk juga sukar mendapatkan air untuk berwuduk, jadi kami tayamum menggunakan pasir, dinding atau lantai. Perang ini juga membuatkan penduduk sukar mendapatkan al-Quran untuk mengaji kerana kebanyakan masjid musnah tidak dapat dimasuki lagi atau tiada apa yang tinggal,” katanya berkongsi perkembangan terkini di Gaza.

Kini katanya, musim sejuk mula melanda Gaza memburukkan lagi keadaan terutama penduduk yang tiada tempat tinggal, pakaian dan selimut.

“Penduduk terpaksa buka tingkap dan pintu rumah kerana jika ada serangan, mudah untuk kami keluar kalau tak, kami akan terperangkap di dalam rumah.

“Musim sejuk mula melanda Gaza dan hujan lebat terutama waktu malam menyebabkan penduduk tidak dapat tidur akibat tempias hujan dan angin kuat masuk dalam rumah kerana kebanyakan orang tiada selimut,” katanya.

Menurutnya, kebuluran juga sedang melanda Gaza kerana penduduk tidak berkemampuan apatah lagi kebanyakan harga barangan keperluan termasuk makanan asas naik mendadak selepas bekalan di pasaran kurang dan terhad.

“Kalau ada duit pun tak boleh beli apa-apa atau dapat beli pun cuma sedikit saja sebab harga barang semakin mahal. Jadi, kami biasanya kami akan pergi ke sekolah dan masak makanan menggunakan kayu api untuk diagihkan kepada 200 keluarga.

“Pasukan kami sendiri menghadapi kesukaran sebab tak ada petrol untuk bergerak dengan kereta jadi kami berjalan kaki dalam keadaan cuaca sangat sejuk dari satu kawasan ke kawasan bagi menyalurkan bantuan kepada penduduk memerlukan,” katanya.

Ziad berkata, pasukan MyCARE bergerak menyampaikan bantuan ke bahagian selatan Gaza selepas kawasan utara tidak selamat lagi akibat pencerobohan Israel.

“Kami berpindah ke selatan untuk memulakan projek bantuan baharu selain turut mengadakan perbincangan dengan sebuah hospital di tengah Gaza untuk membantu apa yang patut.

“Kami harap semua sokong kami bukan hanya doa kerana sumbangan juga amat diperlukan kerana banyak projek kami sedang atur untuk membantu meringankan penderitaan penduduk Gaza,” katanya.

Justeru katanya, gencatan senjata amat penting bagi membolehkan penduduk bernafas sedikit bagi mendapatkan barangan keperluan dan rawatan sewajarnya.

Setakat petang kelmarin, statistik Pejabat Media Kerajaan di Gaza merekodkan, angka korban di wilayah itu terus meningkat kepada 14,532 orang dengan lebih 35,000 cedera.

Konflik itu turut memusnahkan 233,000 unit kediaman, 266 sekolah, 85 masjid serta tiga gereja.

Kelmarin, kerajaan Israel dan pejuang Hamas mencapai kata sepakat untuk gencatan senjata kemanusiaan di wilayah itu selama empat hari.

Sebagai pertukaran, 50 tebusan kanak-kanak, ibu dan wanita warga emas yang ditahan Hamas akan dibebaskan mulai hari ini.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
  • Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
  • Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
  • Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
  • “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
  • “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
  • Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
  • Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.

Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.

“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.

“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.

Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.

Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.

Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.

“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.

Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.

“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending