Connect with us

Terkini

Eropah ada 44 negara, kenapa tidak diberikan kepada Israel? – Bassem Youssef

Pakar bedah jantung dari Mesir yang juga pelawak, Bassem Youssef mempersoalkan tindakan Barat mempertahankan zionis Israel tetapi tidak menyerahkan wilayah negara mereka kepada negara haram itu.

A.R. Khan

Published

on

Eropah ada 44 negara, kenapa tidak diberikan kepada Israel? – Bassem Youssef
Foto: Pakar bedah jantung dari Mesir yang juga pelawak, Bassem Youssef (kiri) & Hos TV Britain, Piers Morgan (kanan) .
  • Pakar bedah jantung dari Mesir yang juga pelawak, Bassem Youssef mempersoalkan tindakan Barat mempertahankan zionis Israel tetapi tidak menyerahkan wilayah negara mereka kepada negara haram itu.
  • Youssef mempersoalkan mengapa mereka tidak mempertimbangkan senario yang sama untuk warga Israel dengan menyerahkan tanah air mereka kepada zionis.
  • “Eropah ada 44 negara. Mengapa mereka tidak mengambil Israel? Amerika mempunyai 50 negeri. Mengapa mereka tidak berikan Florida kepada mereka? Kita nampak mereka merungut tentang Florida sepanjang masa. Mengapa (Florida) tidak diberikan kepada Israel?” katanya dalam temu bual bersama hos TV Britain, Piers Morgan, minggu ini.
  • Beliau menegaskan cadangan Israel untuk mengusir rakyat Palestin dari Gaza yang terkepung ke dataran Sinai, Mesir satu jenis “penyelesaian yang paling buruk.”
  • Video yang diterbitkan semalam dan berdurasi lebih daripada sejam 45 minit itu turut memaparkan kritikan Youssef terhadap Barat yang terus membisu berkenaan serangan di Gaza.

KUALA LUMPUR – Pakar bedah jantung dari Mesir yang juga pelawak, Bassem Youssef mempersoalkan tindakan Barat mempertahankan zionis Israel tetapi tidak menyerahkan wilayah negara mereka kepada negara haram itu.

Youssef mempersoalkan mengapa mereka tidak mempertimbangkan senario yang sama untuk warga Israel dengan menyerahkan tanah air mereka kepada zionis.

“Eropah ada 44 negara. Mengapa mereka tidak mengambil Israel? Amerika mempunyai 50 negeri. Mengapa mereka tidak berikan Florida kepada mereka? Kita nampak mereka merungut tentang Florida sepanjang masa. Mengapa (Florida) tidak diberikan kepada Israel?” katanya dalam temu bual bersama hos TV Britain, Piers Morgan, minggu ini.

Beliau menegaskan cadangan Israel untuk mengusir rakyat Palestin dari Gaza yang terkepung ke Semenanjung Sinai, Mesir juga satu jenis “penyelesaian yang paling buruk.”

“Mereka adalah warga Palestin, ini tanah mereka, dan tiba-tiba kamu merampasnya,” kata Youssef.

“Secara asasnya, mereka diheret keluar daripada tempat tinggal mereka dan sekarang satu negara lain pula (diarahkan) mengambil mereka?”

Beliau berkata cadangan rejim Israel itu secara asasnya akan memaksa penduduk Gaza seramai lebih dua juta itu tinggal dalam kem pelarian.

“Orang-orang ini akan didesak memasuki Sinai dan dua juta dari mereka yang akan tinggal di kem pelarian. Apa yang dijangkakan? Kekeliruan dan kekacauan.

“Dalam beberapa tahun, media Barat akan datang bersama kamera mereka dan berkata, ‘Lihatlah orang-orang Arab membunuh satu sama lain. Itu dia!’ Nasib baik Israel singkirkan mereka,” katanya.

Video yang diterbitkan semalam dan berdurasi lebih daripada sejam 45 minit itu turut memaparkan kritikan Youssef terhadap Barat yang terus membisu berkenaan serangan di Gaza. – The Merdeka Times

Sumber: Youtube – Piers Morgan Uncensored

Author

Terkini

Jangan terpedaya helah sami palsu minta sedekah – Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.
  • Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.
  • Pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, PDRM, Perbadanan Harmoni Pulau Pinang, Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 
  • “Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 
  • “Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

KUALA LUMPUR — Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

MBPP berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.

Sehubungan itu, pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Perbadanan Harmoni Pulau Pinang (Harmonico), Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 

“Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 

“Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

Difahamkan, hari ini Ahli Majlis Tan Soo Siang, Pengerusi Gantian Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam bersama Ahli Majlis Choong You Ray dan Quah Boon Lim telah mengadakan satu sidang media khas di Kompleks Makanan Batu Lanchang, Pulau Pinang untuk menguar-uarkan kepada orang awam terutama pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu itu.

Selepas sidang media tersebut, beberapa Ahli Majlis bersama pegawai Jabatan Pelesenan mengedarkan pelekat peringatan kepada para peniaga dan turut meletakkannya di atas meja makan untuk memberi maklumat dan kesedaran kepada orang awam.

Foto beberapa Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang, termasuk Tan Soo Siang (tengah) yang dimuat naik MBPP di Facebook hari ini.

MBPP berkata untuk menangani masalah isu sami palsu tersebut, pihak Majlis akan  mengadakan beberapa langkah pencegahan antaranya melakukan Operasi Serbu Bersepadu bersama agensi-agensi pihak berkuasa seperti PDRM dan Imigresen serta sami-sami yang dikesan akan diminta meninggalkan bangunan pasar atau kompleks makanan dengan serta-merta.

Antara lokasi yang kerap menjadi kunjungan sami-sami palsu tersebut adalah Tapak Penjaja Lebuh Cecil; Pasar Jelutong; Pasar dan Kompleks Makanan Batu Lanchang; Pasar dan Kompleks Makanan Bayan Baru; Pasar Ayer Itam; Pasar dan Kompleks Makanan Padang Tembak; Kompleks medan angsana; PSS Jalan Chowrasta; Pasar Pulau Tikus; Kompleks Lebuh Pitt; Kompleks Lorong Stewart dan Tapak Penjaja Lorong Baru. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending