Antarabangsa
Dua ‘bom nuklear’ digugurkan rejim zionis Israel ke atas Gaza
Rejim Zionis Israel menggugurkan lebih 25,000 tan bahan letupan atau bersamaan dua butir bom nuklear ke atas Gaza sejak perang dimulakan 7 Oktober lalu.

- Rejim Zionis Israel menggugurkan lebih 25,000 tan bahan letupan atau bersamaan dua butir bom nuklear ke atas Gaza sejak perang dimulakan 7 Oktober lalu.
- Pemantau Hak Asasi Manusia EuroMed berkata, tentera rejim sebelum ini mengakui mengebom lebih 12,000 sasaran di Gaza dengan purata bom seberat lebih 10 kilogram bagi setiap individu.
- Untuk rekod, berat dua bom atom yang digugurkan Amerika Syarikat (AS) di Hiroshima dan Nagasaki pada Perang Dunia Kedua adalah bersamaan dengan kira-kira 15,000 tan bahan letupan.
- “Hasil perkembangan teknologi terhadap kuasa bom, bahan letupan yang digugurkan di Gaza mungkin mempunyai kekuatan dua kali ganda bom nuklear.
- “Ini bermakna kuasa kemusnahan bahan letupan yang digugurkan di Gaza mengatasi bom atom yang digugurkan di Hiroshima,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
GENEVA – Rejim Zionis Israel telah menggugurkan lebih 25,000 tan bahan letupan atau bersamaan dengan dua butir bom nuklear ke atas Gaza sejak perang dimulakan 7 Oktober lalu.
Pemantau Hak Asasi Manusia EuroMed berkata, tentera rejim sebelum ini mengakui telah mengebom lebih 12,000 sasaran di Gaza dengan purata bom seberat lebih 10 kilogram bagi setiap individu.
Untuk rekod, berat dua bom atom yang digugurkan Amerika Syarikat (AS) di Hiroshima dan Nagasaki pada Perang Dunia Kedua adalah bersamaan dengan kira-kira 15,000 tan bahan letupan.
“Hasil perkembangan teknologi terhadap kuasa bom, bahan letupan yang digugurkan di Gaza mungkin mempunyai kekuatan dua kali ganda bom nuklear.
“Ini bermakna kuasa kemusnahan bahan letupan yang digugurkan di Gaza mengatasi bom atom yang digugurkan di Hiroshima,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Badan berkenaan menambah, rejim Zionis Israel juga telah menggunakan senjata yang diharamkan terutamanya bom kluster dan bom fosforus.
Pemantau Hak Asasi Manusia EuroMed memberitahu, pasukannya mendapati kesan kecederaan yang dialami penduduk Gaza selepas serangan udara Israel adalah sama dengan yang disebabkan oleh bom kluster.
“Bom kluster yang bersaiz kecil namun mempunyai kuasa letupan yang tinggi boleh menyebarkan serpihan yang menembusi kulit dan meletup dalam tubuh mangsa.
“Ia menyebabkan mangsa melecur teruk dan seterusnya menjadikan kulitnya tertanggal sehingga boleh membawa maut,” jelasnya.
Menurut badan tersebut, kemusnahan besar-besaran di kawasan kediaman yang padat penduduk di Gaza juga membuktikan rejim Zionis Israel menggunakan bahan letupan berkuasa tinggi.
Pemantau Hak Asasi Manusia EuroMed menegaskan, keganasan yang dilakukan rejim Zionis Israel itu telah mencabuli undang-undang kemanusiaan antarabangsa yang menetapkan bahawa orang awam mesti dilindungi.
“Pembunuhan orang awam dianggap sebagai jenayah perang dalam mana-mana konflik bersenjata dan boleh ditafsir sebagai jenayah terhadap kemanusiaan,” katanya.
Tindakan keganasan rejim Zionis Israel di Gaza setakat ini telah menyebabkan 9,376 orang termasuk 3,912 kanak-kanak dan 2,213 wanita terkorban.
Sebanyak 47,100 bangunan dilaporkan musnah sepenuhnya dan 143,200 bangunan mengalami kerosakan dengan 2,176 mangsa ditemukan maut di bawah runtuhan.
Sumber: MalaysiaGazette
Antarabangsa
Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza
Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

- Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
- Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
- “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
- Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
- Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.
Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.
Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.
The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times
Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini2 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas