Connect with us

Terkini

Doktor rejim zionis Israel seperti ‘haiwan liar yang rakus’

Semua ahli perubatan dan kesihatan seluruh dunia digesa menzahirkan penolakan kepada kenyataan 1,000 doktor di Israel yang meminta rejim penjajah zionis mengebom hospital di Gaza.

Hidayah Sani

Published

on

"Jentolak Israel memusnahkan pintu masuk selatan hospital," kata kementerian itu dalam satu kenyataan ringkas.
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Semua ahli perubatan dan kesihatan seluruh dunia digesa menzahirkan penolakan kepada kenyataan 1,000 doktor di Israel yang meminta pihak rejim penjajah zionis mengebom hospital di Gaza.
  • Pengerusi I-Medik Kuala Lumpur, Dr Mohammad Faezuddin Shamsualharis berkata kumpulan doktor itu adalah manusia berpendirian keji dan tidak berperikemanusiaan.
  • “Melihat kepada kenyataan 1,000 doktor di Israel baru-baru ini, maka tidak hairanlah tentera zionis Israel melakukan jenayah perang pembunuhan manusia secara besar-besaran di Gaza.
  • “Jika profesion doktor yang tugasnya menyelamatkan manusia dalam apa jua keadaan mempunyai pendirian seperti haiwan liar yang rakus, maka tiada apa lagi yang boleh kita harapkan daripada kebanyakan rakyat yang tinggal di negara haram Israel,” katanya menerusi kenyataan di Facebook pada Rabu minggu lalu.

KUALA LUMPUR – Semua ahli perubatan dan kesihatan seluruh dunia digesa menzahirkan penolakan kepada kenyataan 1,000 doktor di Israel yang meminta rejim penjajah zionis mengebom hospital di Gaza.

Pengerusi I-Medik Kuala Lumpur, Dr Mohammad Faezuddin Shamsualharis berkata kumpulan doktor itu adalah manusia berpendirian keji dan tidak berperikemanusiaan.

Meluahkan rasa hairan dengan tindakan kumpulan doktor itu, Faezuddin berkata sebagai ahli kesihatan mereka mungkin boleh berbeza agama, bangsa dan pegangan hidup.

Bagaimanapun mereka wajar mempunyai satu persamaan iaitu menyelamatkan nyawa manusia tidak kira dalam keadaan apa sekalipun kerana sekurang-kurangnya itulah Hippocratic Oath dilaungkan doktor di Barat yang menjadi sekutu rejim itu.

“Melihat kepada kenyataan 1,000 doktor di Israel baru-baru ini, maka tidak hairanlah tentera zionis Israel melakukan jenayah perang pembunuhan manusia secara besar-besaran di Gaza. 

“Jika profesion doktor yang tugasnya menyelamatkan manusia dalam apa jua keadaan mempunyai pendirian seperti haiwan liar yang rakus, maka tiada apa lagi yang boleh kita harapkan daripada kebanyakan rakyat yang tinggal di negara haram Israel.

“Sudahlah askarnya membunuh manusia tidak berdosa tanpa henti, malahan mendapat sokongan sebilangan ahli kesihatan Israel. Memalukan!” katanya menerusi kenyataan di Facebook pada Rabu minggu lalu.

Terdahulu, tular di media sosial surat edaran mendakwa kira-kira 1,000 doktor Israel menandatangani surat terbuka menuntut rejim penjajah zionis mengebom hospital-hospital di Gaza.

Pada 5 November lalu, sekumpulan 100 doktor Israel menyeru agar hospital terbesar di Gaza disasarkan dengan mendakwa pejuang Hamas menggunakan kemudahan awam sebagai pangkalan mereka.

Pakar perubatan – yang menggunakan nama Doktor untuk Hak Askar Israel – secara kolektif menyeru tentera Israel mengebom Kompleks Perubatan Al-Shifa di Gaza yang dilanda peperangan, menyebutnya sebagai “hak yang sah”, menurut laman berita Israel HaMedash.

Israel berulang kali mendakwa infrastruktur awam yang disasarkan tenteranya digunakan pejuang Hamas, namun tidak menyatakan sebarang bukti nyata atas dakwaan itu, lapor The New Arab.

Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan separuh daripada hospital di Gaza tidak lagi beroperasi selepas alami kerosakan akibat bedilan bom dan serangan rejim Israel.

Menteri Kesihatan Palestin, Mai Al-Kaila juga berkata, perangkaan terkini kementerian itu merekodkan lebih 11,000 orang terbunuh di Gaza. — The Merdeka Times

Sumber : Facebook I-Medik Kuala Lumpur

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

‘Edisi Siasat’ disiasat

Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
  • Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.
  • Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.
  • Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 
  • “Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.
  • “Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 

“Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.

“Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

Beliau bertegas bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab itu boleh mengganggu perbicaraan kes bagi menegakkan keadilan terhadap kanak-kanak malang itu serta memberi implikasi kepada semua pihak termasuk pihak pendakwaan, pembelaan dan juga keluarga mangsa.

Mengulas mengenai kenyataan peguam Fahmi Abd Moin yang mendakwa siasatan di bawah Seksyen 302  Kanun Keseksaan masih dijalankan sehingga pelaku sebenar ditahan, beliau berkata siasatan telah selesai selepas pendakwaan terhadap ibu bapa mangsa di mahkamah semalam.

“Seperti yang saya katakan semalam, bahagian kita dalam menyiasat kes itu telah diakhiri dengan pendakwaan ibu bapa Zayn Rayyan.

“Sekiranya ada pendedahan baharu semasa prosiding perbicaraan dan Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan kami menyiasat lebih lanjut, kami akan berbuat demikian,” tambahnya.

Mengenai tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor yang kini menjaga adik Zayn Rayyan, beliau berkata ia adalah tanggungjawab undang-undang dan moral untuk berbuat demikian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending