Terkini
Dakwaan orang ramai dipaksa ambil suntikan vaksin ISR tidak benar – KKM
Kementerian Kesihatan (KKM) menyangkal dakwaan orang ramai dipaksa mengambil suntikan ISR dan menggesa fitnah tersebut tidak terus disebarkan sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

- Kementerian Kesihatan (KKM) sangkal dakwaan orang ramai dipaksa ambil suntikan ISR dan menggesa fitnah tersebut tidak terus disebarkan hingga timbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.
- Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, dakwaan tersebut tidak benar dan ia adalah cubaan pihak tidak bertanggungjawab untuk calarkan imej KKM.
- “Baru-baru ini tular di aplikasi WhatsApp berhubung isu suntikan vaksin ISR yang bakal disuntik secara paksa kepada setiap rumah warga Malaysia. KKM memandang serius terhadap penyebaran maklumat palsu tersebut.
- “Pihak yang tidak bertanggungjawab ini telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat memandangkan kementerian tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan berkenaan suntikan secara paksaan kepada rakyat Malaysia dan vaksin ISR ini tidak wujud,” katanya menerusi satu kenyataan pada Sabtu.
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menyangkal dakwaan orang ramai dipaksa mengambil suntikan ISR dan menggesa fitnah tersebut tidak terus disebarkan sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, dakwaan tersebut tidak benar dan ia adalah cubaan pihak tidak bertanggungjawab untuk mencalarkan imej KKM.
Kata beliau, arahan sepertimana didakwa tersebut tidak pernah dikeluarkan oleh KKM, malah vaksin ISR yang didakwa disuntik secara paksa tidak wujud.
“Baru-baru ini tular di aplikasi WhatsApp berhubung isu suntikan vaksin ISR yang bakal disuntik secara paksa kepada setiap rumah warga Malaysia. KKM memandang serius terhadap penyebaran maklumat palsu tersebut.
“Pihak yang tidak bertanggungjawab ini telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat memandangkan kementerian tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan berkenaan suntikan secara paksaan kepada rakyat Malaysia dan vaksin ISR ini tidak wujud.
“Ini adalah fitnah dan tohmahan semata-mata dan boleh mencetuskan kegusaran dalam kalangan rakyat Malaysia serta mencalarkan imej KKM,” katanya menerusi satu kenyataan pada Sabtu.
Sehubungan itu, Muhammad Radzi menyeru dan menasihati orang ramai untuk berhenti menyebarkan sebarang perkongsian maklumat palsu dan tidak sah yang boleh mendatangkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.
“KKM menasihati semua pihak untuk berhati-hati dalam menyebarkan informasi dan sentiasa memastikan kebenarannya sebelum berkongsi dengan mana-mana individu,” katanya.
Sumber: Utusan Malaysia
Terkini
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

- Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
- Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
- Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
- Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
- Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.
Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.
Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.
Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.
Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini1 day ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas