Terkini
Akta Persaingan boleh diguna pakai hukum kartel barang- Fuziah
Pihak yang terlibat menjalankan aktiviti kartel dengan berpakat menaikkan harga sesuatu barangan boleh dihukum di bawah Akta Persaingan, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh.
- Pihak yang terlibat menjalankan aktiviti kartel dengan berpakat menaikkan harga sesuatu barangan boleh dihukum di bawah Akta Persaingan, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh.
- Menyentuh perkara tersebut, ia merupakan salah satu akta yang digunakan bagi membendung salah laku penyaluran bekalan barang sehingga menyebabkan perubahan harga selain Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan, Akta Perlindungan Pengguna serta Akta Kawalan Bekalan.
- Beliau berkata, terdapat kes yang mana sesetengah pihak cuba menaikkan harga barang seperti makanan ayam.
KUALA LUMPUR- Pihak yang terlibat menjalankan aktiviti kartel dengan berpakat menaikkan harga sesuatu barangan boleh dihukum di bawah Akta Persaingan, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh.
Menurut Fuziah, ia merupakan salah satu akta yang diguna bagi membendung salah laku penyaluran bekalan barang sehingga menyebabkan perubahan harga selain Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan, Akta Perlindungan Pengguna serta Akta Kawalan Bekalan.
Beliau berkata, terdapat kes yang mana sesetengah pihak cuba menaikkan harga barang seperti makanan ayam.
“Kita mempunyai akses kepada rantaian harga barang di setiap peringkat. Selain akta lain yang berkait kita mempunyai satu lagi akta dipanggil Akta Persaingan.
“Ia boleh digunakan sekiranya terdapat pihak yang berpakat untuk menaikkan satu-satu harga barangan yang boleh membawa kepada peningkatan barangan kawalan contohnya makanan ayam.
“Mereka boleh dikenakan tindakan, sekiranya betul berlaku pakatan kartel tersebut,” katanya dalam satu Sidang Parlimen pada Rabu.
Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli usaha kerajaan dalam membendung pihak yang memanipulasi harga barangan.
Sebelum ini, Fuziah memberi jaminan akan memastikan tiada pakatan atau kartel mengambil kesempatan daripada pengapungan harga ayam yang dilaksanakan ketika ini.
Beliau berkata, pihaknya akan memastikan bukan sahaja harga ayam terkawal di peringkat runcit malah di peringkat pengeluaran. -The Merdeka Times.
Sumber: Persidangan Dewan Rakyat
Terkini
GISBH: Jumlah kanak-kanak diselamatkan kini 662 orang – Fahmi Fadzil
Jumlah kanak-kanak yang diselamatkan daripada rumah amal yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) melalui beberapa operasi pihak berkuasa kini berjumlah 662 orang, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
- Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata jumlah kanak-kanak yang diselamatkan daripada rumah amal yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) melalui beberapa operasi pihak berkuasa kini berjumlah 662 orang.
- Kesemua mereka juga kini telah mendapat perintah mahkamah untuk perlindungan.
- Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, perkara itu dimaklumkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang bersidang pada Selasa.
- Polis melancarkan Op Global awal September lepas dan telah menyerbu rumah amal di seluruh Semenanjung yang dikaitkan dengan GISBH kerana disyaki terlibat dalam kegiatan eksploitasi kanak-kanak serta agama.
- Seramai 359 pengikut GISBH turut ditahan dalam Op berkenaan, termasuk pengurusan tertinggi syarikat itu, dan Perlis, Selangor serta Pahang mengisytiharkan amalan dan kepercayaan GISBH yang dikaitkan dengan kegiatan eksploitasi kanak-kanak dan dakwaan doktrin ketaasuban agama itu sebagai menyeleweng dan sesat.
PUTRAJAYA — Jumlah kanak-kanak yang diselamatkan daripada rumah amal yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) melalui beberapa operasi pihak berkuasa kini berjumlah 662 orang, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata kesemua mereka juga kini telah mendapat perintah mahkamah untuk perlindungan.
Beliau berkata perkara itu dimaklumkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri dalam mesyuarat Jemaah Menteri.
“…kita tidak bincang perkara lain seperti isu fatwa di peringkat negeri, sama ada ajaran dibawa kumpulan ini sesat atau tidak. Boleh rujuk kepada fatwa daripada mufti,” katanya pada sidang media pasca mesyuarat Jemaah Menteri di sini pada Selasa.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada isu berkaitan GISBH Holdings Sdn Bhd dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri.
Polis melancarkan Op Global awal September lepas dan telah menyerbu rumah amal di seluruh Semenanjung yang dikaitkan dengan GISBH kerana disyaki terlibat dalam kegiatan eksploitasi kanak-kanak serta agama.
Seramai 359 pengikut GISBH turut ditahan dalam Op berkenaan, termasuk pengurusan tertinggi syarikat itu, dan Perlis, Selangor serta Pahang mengisytiharkan amalan dan kepercayaan GISBH yang dikaitkan dengan kegiatan eksploitasi kanak-kanak dan dakwaan doktrin ketaasuban agama itu sebagai menyeleweng dan sesat. — BERNAMA
-
Terkini22 hours ago
(VIDEO) Serbuan, rampasan jam tangan LGBT “keterlaluan” – Anwar
-
Terkini2 days ago
Suami wajib beri nafkah ikut kemampuan
-
Terkini1 day ago
Anwar kata serbuan jam tangan berunsur LGBT keterlaluan, Fadhli sedia tarik balik pujian
-
Antarabangsa19 hours ago
Lelaki Muslim terbunuh, 17 cedera insiden berkaitan festival keagamaan Hindu