Terkini
13 projek mega di Palestin, bukti Aman Palestin tidak seleweng dana
Aman Palestin telah menyiapkan lebih 13 projek infrastruktur bertaraf mega di tanah Palestin dan ia sekali gus menolak tohmahan pihak tertentu yang mendakwa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu tidak menyalurkan wang sumbangan awam ke negara tersebut.

- Aman Palestin telah menyiapkan lebih 13 projek infrastruktur bertaraf mega di tanah Palestin dan ia sekali gus menolak tohmahan pihak tertentu yang mendakwa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu tidak menyalurkan wang sumbangan awam ke negara tersebut.
- Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin, Awang Suffian Awang Piut menegaskan adalah mustahil untuk mengatakan wang sumbangan diterima NGO itu tidak sampai ke Palestin sedangkan pelbagai projek yang menelan jutaan ringgit berjaya didirikan di sana.
- Projek menelan puluhan jutaan ringgit itu antaranya melibatkan sektor kesihatan iaitu Klinik Bergerak di Gaza, Hospital Aman Palestin dan Unit Kecemasan Hospital Al Razi, Jenin yang sedang dalam pembinaan manakala dari segi sektor pendidikan Aman Palestin menubuhkan Sekolah Anak Yatim Yatim Dar El Fadeelah, Tadika Baraem Al Nour dan Sekolah Quran Malaysia di Gaza.
- “Selain itu, Aman Palestin juga mengagihkan bantuan dalam bentuk program tahunan menerusi kempen Bantuan Ramadan Bersamamu, Bantuan Ibadah Korban di Bumi Anbia, Bantuan Musim Sejuk, Bantuan Bread for Love dan Tajaan Bulanan Kafalah.”
- “Melalui kempen ini, secara purata puluhan juta ringgit lagi telah disalurkan setiap tahun tanpa gagal meliputi lokasi penerima manfaat bukan sahaja di dalam Palestin bahkan pelarian Palestin yang berada di Syria, Lubnan dan Yaman,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
BANGI — Aman Palestin telah menyiapkan lebih 13 projek infrastruktur bertaraf mega di tanah Palestin dan ia sekali gus menolak tohmahan pihak tertentu yang mendakwa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu tidak menyalurkan wang sumbangan awam ke negara tersebut.
Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin, Awang Suffian Awang Piut menegaskan adalah mustahil untuk mengatakan wang sumbangan diterima NGO itu tidak sampai ke Palestin sedangkan pelbagai projek yang menelan jutaan ringgit berjaya didirikan di sana.
Projek itu antaranya melibatkan sektor kesihatan iaitu Klinik Bergerak di Gaza, Hospital Aman Palestin dan Unit Kecemasan Hospital Al Razi, Jenin yang sedang dalam pembinaan manakala dari segi sektor pendidikan Aman Palestin menubuhkan Sekolah Anak Yatim Yatim Dar El Fadeelah, Tadika Baraem Al Nour dan Sekolah Quran Malaysia di Gaza.
Turut dibangunkan Masjid Al-Qassam; Masjid Al Shafie; Masjid Sheikh Ijlin; pembinaan tenaga solar; kemudahan kawasan pengairan dan pertanian; projek baik pulih rumah di Gaza, Tebing Barat serta Baitulmaqdis dan pembinaan Jalan Utama Khalil Al Wazir, Gaza.
“Selain itu, Aman Palestin juga mengagihkan bantuan dalam bentuk program tahunan menerusi kempen Bantuan Ramadan Bersamamu, Bantuan Ibadah Korban di Bumi Anbia, Bantuan Musim Sejuk, Bantuan Bread for Love dan Tajaan Bulanan Kafalah.
“Melalui kempen ini, secara purata puluhan juta ringgit lagi telah disalurkan setiap tahun tanpa gagal meliputi lokasi penerima manfaat bukan sahaja di dalam Palestin bahkan pelarian Palestin yang berada di Syria, Lubnan dan Yaman,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata untuk peperangan Taufan Al-Aqsa, pihaknya berjaya menyalurkan RM3 juta merangkumi bantuan berbentuk kewangan, makanan panas, perubatan dan pembelian dua buah ambulans.
Katanya, rakyat Malaysia juga selama ini tidak terlepas menjadi antara penerima manfaat hasil kutipan sumbangan diterima Aman Palestin.
“Pada tahun 2020-2021, Aman Palestin menyalurkan hampir RM1 juta kepada rakyat Malaysia yang terkesan akibat pandemik Covid-19 termasuk pembelian barangan perubatan dan sanitasi kepada beberapa institusi Jabatan Kesihatan Negeri (JKN).
“Bantuan-bantuan Covid-19 ini seterusnya dikembangkan lagi ke negara serantau Indonesia dengan objektif yang sama,” katanya. — The Merdeka Times
Terkini
DBKL tarik balik larangan jual arak
Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.

- Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.
- Penarikan balik larangan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa terbabit pada 23 November lalu yang mengkaji dan memperbaharui lesen minuman keras untuk pertubuhan perniagaan di Kuala Lumpur.
- Naib Presiden Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Pooi Weng Keng Keong dalam temubual dengan Sin Chew Daily berkata, sebanyak 1,519 permohonan lesen minuman keras telah diluluskan.
- “Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bercita-cita untuk menjadi metropolis antarabangsa. Ia juga merupakan tarikan pelancongan yang paling penting bagi pelancong dari seluruh dunia.
- “Ditambah dengan adat berbilang etnik, budaya dan kehidupan negara kita, kita tidak boleh mengamalkan peraturan yang terlalu ketat untuk mengawal alkohol atau melarang penjualan arak di tempat makan yang tidak halal,” katanya dalam temubual dengan Sin Chew Daily pada minggu lalu.
- Penarikan balik larangan itu diselar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang menyifatkan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.
- Ahmad berkata garis panduan dikenakan sebelum ini dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk sensitiviti kawasan kepadatan penduduk Melayu-Islam, waktu penjualan dan sebagainya.
KUALA LUMPUR – Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.
Penarikan balik larangan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa terbabit pada 23 November lalu yang mengkaji dan memperbaharui lesen minuman keras untuk pertubuhan perniagaan di Kuala Lumpur.
Naib Presiden Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Pooi Weng Keng Keong berkata sebanyak 1,519 permohonan lesen minuman keras telah diluluskan.
Katanya, larangan penjualan minuman keras di tempat makan yang tidak halal itu dilihat sebagai peraturan terlalu ketat.
“Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bercita-cita untuk menjadi metropolis antarabangsa. Ia juga merupakan tarikan pelancongan yang paling penting bagi pelancong dari seluruh dunia.
“Ditambah dengan adat berbilang etnik, budaya dan kehidupan negara kita, kita tidak boleh mengamalkan peraturan yang terlalu ketat untuk mengawal alkohol atau melarang penjualan arak di tempat makan yang tidak halal,” katanya dalam temubual dengan Sin Chew Daily pada minggu lalu.
Di bawah garis panduan dilaksanakan pada 1 November 2021, DBKL melarang kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina di Kuala Lumpur daripada menjual minuman keras.
Bagaimanapun, pelanggan masih dibenarkan membeli bir dari premis itu dari 7 pagi hingga 9 malam.
Penarikan balik larangan itu diselar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang menyifatkan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.
Ahmad berkata garis panduan dikenakan sebelum ini dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk sensitiviti kawasan kepadatan penduduk Melayu-Islam, waktu penjualan dan sebagainya.
“Malah ia dilakukan berikutan kes kemalangan maut yang melibatkan pemanduan di bawah pengaruh alkohol yang menjadi kebimbangan masyarakat dalam negara ketika itu.
“Malang sekali apabila bahagian perlesenan DBKL telah mengambil keputusan mengundur semula ke belakang (reversal).
“Malah, keputusan menarik balik garis panduan berkenaan turut mendapat sokongan padu sebahagian pemimpin utama daripada DAP,” katanya dipetik Harakah Daily.
Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Abdul Razak Ramli berkata keputusan penarikan balik larangan itu akan membawa kepada lebih banyak masalah sosial.
“Umat Islam perlu bangkit melihat sikap sambil lewa kerajaan terhadap isu ini yang telah mengambil langkah ke belakang terhadap isu arak di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.
Kenyataan Abdul Razak mendapat respons Ahli Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Kasthuri Patto yang meminta beliau tidak menumpukan perhatian terhadap perkara itu.
Kashturi dilaporkan media sebagai berkata, Pemuda Pas Wilayah Persekutuan sepatutnya memberi tumpuan kepada unsur salah guna kuasa, rasuah, diskriminasi dan ketidakadilan. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini4 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
Bekas banduan Palestin dakwa dicabul, diserang guna anjing di penjara rejim Israel