Terkini
1,000 syarikat berkelayakan terbabit projek rintis Dasar Gaji Progresif tahun depan – Rafizi
Pelaksanaan Dasar Gaji Progresif akan dimulakan dengan projek rintis Jun tahun depan membabitkan 1,000 syarikat yang memenuhi syarat kelayakan gaji pekerja di antara RM1,500 hingga RM4,999.
- Pelaksanaan Dasar Gaji Progresif akan dimulakan dengan projek rintis Jun tahun depan membabitkan 1,000 syarikat yang memenuhi syarat kelayakan gaji pekerja di antara RM1,500 hingga RM4,999.
- Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata pemilihan syarikat itu akan dibuat secara telus berdasarkan prinsip kesaksamaan tahap keperluan sektor dan sokongan dasar.
- “Penilaian projek rintis akan dilaksanakan pada September tahun depan untuk memastikan ketersediaan dasar sebelum Dasar Gaji Progresif secara menyeluruh dilaksanakan kepada semua majikan dan ekonomi,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
- Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim mengenai garis masa pelaksanaan gaji progresif dan objektif menuju negara maju di mana rakyat berpendapatan tinggi boleh dicapai.
KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Dasar Gaji Progresif akan dimulakan dengan projek rintis Jun tahun depan membabitkan 1,000 syarikat yang memenuhi syarat kelayakan gaji pekerja di antara RM1,500 hingga RM4,999.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata pemilihan syarikat itu akan dibuat secara telus berdasarkan prinsip kesaksamaan tahap keperluan sektor dan sokongan dasar.
“Penilaian projek rintis akan dilaksanakan pada September tahun depan untuk memastikan ketersediaan dasar sebelum Dasar Gaji Progresif secara menyeluruh dilaksanakan kepada semua majikan dan ekonomi,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim mengenai garis masa pelaksanaan gaji progresif dan objektif menuju negara maju di mana rakyat berpendapatan tinggi boleh dicapai.
Rafizi berkata Dasar Gaji Progresif dirangka bertujuan menangani isu gaji rendah yang membelenggu golongan pekerja di negara ini sejak sekian lama.
Katanya, ia merupakan inisiatif yang dapat menyumbang kepada salah satu daripada 17 anjakan besar dalam kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) mengenai ketersediaan bakat masa depan.
“Dasar ini bertujuan untuk mereformasi struktur gaji pekerja Malaysia terutamanya di sektor swasta supaya gaji dapat ditingkatkan secara progresif seiring dengan produktiviti dan ekonomi negara maju ke rantaian nilai yang lebih tinggi,” katanya.
Mengulas lanjut, Rafizi berkata Dasar Gaji Progresif mempunyai tiga ciri utama di mana pelaksanaannya adalah secara sukarela oleh majikan.
“Kerajaan akan memberikan insentif untuk menggalakkan seberapa ramai majikan dan pekerja menyertainya.
“Bagi pihak pekerja, ianya mesti terkait dengan produktiviti,” katanya.
Rafizi kemudiannya memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa Kertas Putih Cadangan Dasar Gaji Progresif akan dibentangkan di Parlimen pada Khamis ini. — The Merdeka Times
Sumber: Youtube Parlimen Malaysia
Antarabangsa
Peneroka haram Israel bersenjata rampas biri-biri keluarga Palestin
Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
- Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
- Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.
- Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.
- Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.
- Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur.
- Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.
Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.
Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.
Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.
Pihak berkuasa Israel dikatakan bersikap lembut dengan peneroka haram sebagai sebahagian usaha rasmi rejim untuk mempergiatkan aktiviti penempatan haram di wilayah Palestin yang diduduki.
Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur.
Penempatan Israel dianggap haram di bawah undang-undang antarabangsa.
Ketegangan semakin memuncak di Tebing Barat di tengah-tengah serangan Israel di Gaza yang telah membunuh hampir 41,300 warga Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak serangan rentas sempadan kumpulan Palestin Hamas pada 7 Oktober tahun lalu.
Sekurang-kurangnya 710 rakyat Palestin terbunuh dan hampir 5,700 lagi cedera akibat serangan tentera Israel di Tebing Barat sejak tempoh sama, demikian menurut Kementerian Kesihatan.
Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur. – The Merdeka Times
-
Terkini2 days ago
Individu promosi Bahasa Melayu patut disokong, bukannya diambil tindakan – Peguam
-
Antarabangsa3 days ago
Israel rekrut pelarian Afrika, janji status penempatan tetap
-
Terkini2 days ago
Aurad Muhammadiah wirid Al-Arqam difatwakan sesat, status pernikahan perlu disahkan pejabat agama – Mufti WP
-
Antarabangsa1 day ago
Syarikat penerbangan gantung penerbangan ke Israel