Connect with us

Antarabangsa

TikTok Shop tamatkan operasi di Indonesia

Platform perkongsian video, TikTok menyatakan semalam bahawa pihaknya secara rasmi menamatkan perkhidmatan beli-belah online di Indonesia bagi mematuhi peraturan baharu yang dikuatkuasakan oleh pemerintah untuk melindungi perniagaan tempatan, lapor agensi berita United Press International.

Wartawan TMT

Published

on

TikTok Shop tamatkan operasi di Indonesia
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Platform perkongsian video, TikTok menyatakan semalam bahawa pihaknya secara rasmi menamatkan perkhidmatan beli-belah online di Indonesia bagi mematuhi peraturan baharu yang dikuatkuasakan oleh pemerintah untuk melindungi perniagaan tempatan, lapor agensi berita United Press International.
  • “Keutamaan kami adalah untuk kekal mematuhi undang-undang dan peraturan tempatan.  
  • “Justeru, kami tidak lagi membenarkan proses transaksi e-Dagang di TikTok Shop Indonesia dan akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa pada masa akan datang,” kata TikTok dalam satu kenyataan.

JAKARTA – Platform perkongsian video, TikTok menyatakan semalam bahawa pihaknya secara rasmi menamatkan perkhidmatan beli-belah online di Indonesia bagi mematuhi peraturan baharu yang dikuatkuasakan oleh pemerintah untuk melindungi perniagaan tempatan, lapor agensi berita United Press International.

“Keutamaan kami adalah untuk kekal mematuhi undang-undang dan peraturan tempatan.  

“Justeru, kami tidak lagi membenarkan proses transaksi e-Dagang di TikTok Shop Indonesia dan akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa pada masa akan datang,” kata TikTok dalam satu kenyataan.

Minggu lalu, Menteri Perdagangan Indonesia, Zulkifli Hasan mengumumkan bahawa negara itu akan melaksanakan peraturan baharu yang membenarkan media sosial digunakan hanya untuk memudahkan promosi, dan bukan untuk melakukan transaksi.

Platform itu kini mempunyai 113 juta pengguna di Indonesia, menjadikan negara tersebut sebagai pasaran terbesar kedua TikTok di belakang Amerika Syarikat yang memiliki 116.5 juta pengguna. – AGENSI 

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Remaja ketagih vape rebah, berubah ‘biru’ dan hampir mati

Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Kyla Blight yang menghisap vape menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.
  • Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.
  • Daily Mail melaporkan paru-paru remaja itu ‘pecah’ disebabkan rutinnya menghisap vape yang menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.
  • Pada awal pagi 11 Mei, Mark Blight yang menetap di Egremont, Cumbria, England, membawa anaknya, Kyla Blight, 17, ke hospital selepas menerima panggilan telefon memberitahu anaknya rebah dan berubah ‘biru’ ketika bermalam di rumah rakannya.
  • Selepas jantungnya hampir berhenti berdegup, remaja berusia 17 tahun itu menjalani pembedahan selama lima setengah jam untuk membuang sebahagian paru-parunya.
  • Pakar perubatan menemui lepuh udara kecil dikenali sebagai  pulmonary bleb, berkembang di bahagian atas paru-parunya. Vape berlebihan dipercayai menjadi penyebab lepuh ini pecah dan paru-parunya gagal berfungsi.

Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.

Daily Mail melaporkan paru-paru remaja itu ‘pecah’ disebabkan rutinnya menghisap vape yang menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.

Pada awal pagi 11 Mei, Mark Blight yang menetap di Egremont, Cumbria, England, membawa anaknya, Kyla Blight, 17, ke hospital selepas menerima panggilan telefon memberitahu anaknya rebah dan berubah ‘biru’ ketika bermalam di rumah rakannya.

Selepas jantungnya hampir berhenti berdegup, remaja berusia 17 tahun itu menjalani pembedahan selama lima setengah jam untuk membuang sebahagian paru-parunya.

Pakar perubatan menemui lepuh udara kecil dikenali sebagai  pulmonary bleb yang berkembang di bahagian atas paru-parunya. 

Vape berlebihan dipercayai menjadi penyebab lepuh itu pecah dan paru-parunya gagal berfungsi.

Kyla yang mula menghisap vape pada usia 15 tahun percaya tabiat itu ‘tidak berbahaya’ dan melakukan 4,000 sedutan vape seminggu menyamai nikotin 400 batang rokok.

Selepas pembedahan, Kyla menghabiskan dua minggu di hospital sebelum dibenarkan pulang ke rumah sepenuhnya.

“Saya bercakap dengan pakar bedah dan dia menyebut tentang lepuh yang boleh terbentuk pada paru-paru. 

“Mereka fikir bahawa vape pakai buanglah yang memecahkan lepuh ini dan menusuk lubang pada paru-paru anda.

“Nampaknya ia perkara yang diketahui sekarang. Dia telah melakukan banyak operasi seperti ini,” kata Blight.

Walaupun vape secara meluas dilihat lebih selamat daripada merokok, kesan jangka panjang vape masih kekal misteri.

Doktor menyatakan kebimbangan adanya gelombang penyakit paru-paru, masalah pergigian dan kanser dalam beberapa dekad yang akan datang pada mereka yang memulakan tabiat itu.

Tahun lalu, pakar pediatrik terkemuka memberi amaran bahawa kanak-kanak dimasukkan ke hospital dengan kesukaran bernafas akibat vape, di tengah-tengah wabak vape golongan belia pada tahap ‘mengganggu.’ – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending