Antarabangsa
‘Tiada sesiapa percaya dengan Netanyahu ketika ini’ – Penganalisis Asia Barat
Kesilapan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang menuduh kecuaian para pegawai pertahanan sehingga menyebabkan wilayah haram itu diserang Hamas pada 7 Oktober lalu terus menjadi perhatian pelbagai pihak.
- Kesilapan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang menuduh kecuaian para pegawai pertahanan sehingga menyebabkan wilayah haram itu diserang Hamas pada 7 Oktober lalu terus menjadi perhatian pelbagai pihak.
- Penganalisis Asia Barat, Yossi Mekelberg berkata sikap Netanyahu itu menyebabkan beliau semakin tidak dipercayai dalam kerajaan, termasuk anggota Kabinetnya.
- “Sehubungan itu, kita mahukan perdana menteri yang bertanggungjawab dan boleh dikatakan tiada sesiapa percaya dengan Netanyahu ketika ini,” kata penganalisis Asia Barat, Yossi Mekelberg.
- Netanyahu dikecam kerana menuduh barisan ketua keselamatannya gagal memberi amaran mengenai serangan Hamas pada 7 Oktober lalu.
BAITULMUQADDIS: Kesilapan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang menuduh kecuaian para pegawai pertahanan sehingga menyebabkan wilayah haram itu diserang Hamas pada 7 Oktober lalu terus menjadi perhatian pelbagai pihak.
Penganalisis memaklumkan, sikap Netanyahu itu menyebabkan beliau semakin tidak dipercayai dalam kerajaan, termasuk anggota Kabinetnya.
“Konflik yang berlaku ketika ini lebih besar dan kritikal berbanding yang terjadi sebelum ini.
“Sehubungan itu, kita mahukan perdana menteri yang bertanggungjawab dan boleh dikatakan tiada sesiapa percaya dengan Netanyahu ketika ini,” kata penganalisis Asia Barat, Yossi Mekelberg.
Terdahulu, Netanyahu dikecam kerana menuduh barisan ketua keselamatannya gagal memberi amaran mengenai serangan Hamas pada 7 Oktober lalu.
Netanyahu memaklumkan perkara itu menerusi satu hantaran dalam media sosial sebelum ia dipadam selepas banyak pihak kurang senang dengan sikap beliau.
“Tiada satu pun amaran diberikan kepada Perdana Menteri mengenai niat Hamas untuk memulakan perang ini.
“Sebaliknya, semua pegawai pertahanan hanya menilai Hamas ‘tidak mampu lakukan apa-apa’,” tulis Netanyahu dalam platform X.
Selepas dikecam, Netanyahu kemudiannya memohon maaf dan memaklumkan semua pemimpin keselamatan Israel ‘sentiasa mendapat sokongannya’.
Bekas Menteri Pertahanan Israel, Avigdor Liberman berkata, Netanyahu tidak berminat dengan keselamatan dan memikirkan soal tebusan yang ditahan Hamas.
“Beliau hanya fikirkan soal politik dan itu sahaja,” ujarnya.
Sumber: Utusan Malaysia
Antarabangsa
NATO mulakan latihan nuklear besar-besaran di Eropah Utara
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
- Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
- Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
- Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
Latihan ketenteraan itu dirancang dan disediakan selama lebih dari setahun serta tiada senjata tempur akan digunakan dalam latihan itu, kata NATO sebelum ini.
Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Perkhidmatan akhbar NATO mengingatkan bahawa pakatan ketenteraan itu sentiasa mengambil langkah untuk memastikan kebolehpercayaan dan keberkesanan pasukan pencegahan nuklear.
Walaupun NATO menganggap latihannya itu dirancang, organisasi anti-perang mengkritik kelakuan mereka dalam konteks ketegangan antarabangsa. – The Merdeka Times