Antarabangsa
Tanggalkan tudung pekerja Muslim, Penolong pengurus restoran disaman
Penolong pengurus restoran Chipotle di Kansas, Amerika Syarikat (AS) dilaporkan bertindak menanggalkan tudung salah seorang pekerja restoran itu.

- Penolong pengurus restoran Chipotle di Kansas, Amerika Syarikat (AS) dilaporkan bertindak menanggalkan tudung salah seorang pekerja restoran itu.
- Perkara yang diketahui melalui tuntutan mahkamah persekutuan itu turut dikomen pegawai kerajaan yang menyifatkan tuduhan gangguan agama itu sebagai sesuatu yang “agak keterlaluan”.
- Tertuduh, Kevin Silva Garcia itu bertindak menyerang pekerja Muslimnya, Areej Saifan, beberapa kali pada 2021 dengan permintaan untuk melihat rambutnya.
- Perkara itu dilaporkan dalam tuntutan mahkamah difailkan pada Rabu lalu oleh Suruhanjaya Peluang Pekerjaan Sama.
- Menurut aduan difailkan, Areej yang berumur 19 tahun pada ketika itu merasakan menanggalkan tudung itu sama seperti disuruh menanggalkan pakaiannya.
Penolong pengurus restoran Chipotle di Kansas, Amerika Syarikat (AS) dilaporkan bertindak menanggalkan tudung salah seorang pekerja restoran itu.
Perkara yang diketahui melalui tuntutan mahkamah persekutuan itu turut dikomen pegawai kerajaan yang menyifatkan tuduhan gangguan agama itu sebagai sesuatu yang “agak keterlaluan”.
Tertuduh, Kevin Silva Garcia itu bertindak menyerang pekerja Muslimnya, Areej Saifan, beberapa kali pada 2021 dengan permintaan untuk melihat rambutnya.
Perkara itu dilaporkan dalam tuntutan mahkamah difailkan pada Rabu lalu oleh Suruhanjaya Peluang Pekerjaan Sama.
Menurut aduan difailkan, Areej yang berumur 19 tahun pada ketika itu merasakan menanggalkan tudung itu sama seperti disuruh menanggalkan pakaiannya.
Bagaimanapun, laporan itu menjelaskan tertuduh tetap berkeras sehingga dia mencapai tudung pekerja wanita Muslim itu lalu ‘menyentapnya’.
Tindakan itu menyebabkan tudungnya tersingkap hingga menampakkan rambutnya, menyebabkan hanya pin-pin yang digunakan, tinggal bagi menahan tudung tersebut supaya tidak terjatuh ke atas lantai.
Aduan itu turut menyimpulkan tindakan Garcia di restoran cawangan Lenexa di Kansas itu “mewujudkan suasana kerja saling bermusuhan disebabkan agama”.
Saman itu difailkan di Mahkamah Daerah Kansas AS, memetik berkenaan gangguan menyalahi undang-undang, tindakan balas dan pelepasan konstruktif, satu keadaan di mana majikan mewujudkan persekitaran yang tidak dapat diterima sehingga pekerja terpaksa meletakkan jawatan.
Sumber: The New York Times
Antarabangsa
Situasi di Gaza ‘tidak dapat dibayangkan’ – WHO
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa situasi kesihatan di Gaza “tidak dapat dibayangkan.

- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa situasi kesihatan di Gaza “tidak dapat dibayangkan.
- “Laporan tentang permusuhan yang berterusan dan pengeboman tanpa henti di Gaza amat menakutkan,” tulis Tedros Adhanom Ghebreyesus di X.
- Menurutnya, pasukan WHO telah melawat Hospital Perubatan Nassar di selatan Gaza yang dipenuhu dengan 1,000 pesakit. Jumlah itu adalah tiga kali ganda daripada kapasitinya.
ISTANBUL – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa situasi kesihatan di Gaza “tidak dapat dibayangkan.
“Laporan tentang permusuhan yang berterusan dan pengeboman tanpa henti di Gaza amat menakutkan,” tulis Tedros Adhanom Ghebreyesus di X.
Menurutnya, pasukan WHO telah melawat Hospital Perubatan Nassar di selatan Gaza yang dipenuhu dengan 1,000 pesakit.
Jumlah itu adalah tiga kali ganda daripada kapasitinya.
Tambah Tedros, orang ramai memenuhi setiap sudut kemudahan kesihatan itu untuk mencari perlindungan.
“Pesakit sedang menerima rawatan di atas lantai, mereka menjerit kesakitan.
“Saya sebenarnya tidak dapat mencari perkataan yang cukup kuat untuk menyatakan kebimbangan kami terhadap apa yang kami saksikan,” ujarnya sambil menyatakan tidak dapat membayangkan penyediaan perkhidmatan di hospital berkenaan.
Beliau sekali lagi mengulangi gesaannya untuk “gencatan senjata sekarang.
Tentera Israel meneruskan pengeboman di Semenanjung Gaza awal Jumaat lalu selepas mengisytiharkan gencatan senjata selama seminggu dengan Hamas. – Agensi
Sumber: Malaysia Gazette
-
Terkini3 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini3 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini3 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas