Connect with us

Terkini

SMJK Cina tidak boleh hanya ajar subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris

Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Cina tidak boleh hanya mengajar subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris di bawah Program Pengajaran Dwibahasa (DLP), lapor Sin Chew Daily.

Wartawan TMT

Published

on

SMJK Cina tidak boleh hanya ajar subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Cina tidak boleh hanya mengajar subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris di bawah Program Pengajaran Dwibahasa (DLP), lapor Sin Chew Daily.
  • Pengerusi Majlis Pembangunan SMJK Conforming Malaysia, Kok Kim Tong berkata beberapa SMJK Cina telah menerima arahan daripada Kementerian Pendidikan (KPM) bahawa subjek sains dan matematik Tingkatan Satu tidak boleh diajar sepenuhnya dalam bahasa Inggeris.
  • Kim Tong berkata, mulai tahun depan, jika keputusan subjek Bahasa Melayu sesetengah pelajar Tingkatan Satu di SMJK Cina lemah, mereka perlu mula melaksanakan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Melayu di sekurang-kurangnya satu atau dua kelas.
  • Kim Tong berkata dakwaan semua kelas Tingkatan Satu SMJK Cina dilarang sepenuhnya menggunakan bahasa Inggeris dalam subjek Sains dan Matematik adalah tidak benar.

Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Cina tidak boleh hanya mengajar subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris di bawah Program Pengajaran Dwibahasa (DLP), lapor Sin Chew Daily.

Pengerusi Majlis Pembangunan SMJK Conforming Malaysia, Kok Kim Tong berkata beberapa SMJK Cina telah menerima arahan daripada Kementerian Pendidikan (KPM) bahawa subjek sains dan matematik  Tingkatan Satu tidak boleh diajar sepenuhnya dalam bahasa Inggeris.

Kim Tong berkata, mulai tahun depan, jika keputusan subjek Bahasa Melayu sesetengah pelajar Tingkatan Satu di SMJK Cina lemah, mereka perlu mula melaksanakan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Melayu di sekurang-kurangnya satu atau dua kelas.

“Kementerian Pendidikan tidak meluluskan pengajaran sains dan matematik 100 peratus dalam bahasa Inggeris,” kata Kim Tong.

Katanya, jika terdapat 10 kelas Tingkatan Satu, sekurang-kurangnya perlu ada satu atau dua kelas yang mengajar subjek sains dan Matematik dalam bahasa Melayu.

Kim Tong berkata dakwaan semua kelas Tingkatan Satu SMJK Cina dilarang sepenuhnya menggunakan bahasa Inggeris dalam subjek Sains dan Matematik adalah tidak benar.

Sebelum ini, media melaporkan Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata 53 SMJK Cina dilarang mengajar subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. – The Merdeka Times 

Advertisement

Sumber: Sin Chew Daily

Author

Terkini

Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan

Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh, Harma Zulfika Deraman (baju kelabu).
  • Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
  • Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
  • Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
  • Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending