Connect with us

Terkini

Permohonan kewarganegaraan: Ada yang gagal ujian bahasa Melayu taraf ‘tadika’ – MPM

Kegagalan menggunakan bahasa kebangsaan apabila berurusan dengan jabatan kerajaan disifatkan sebagai biadab dan mencabul Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

Wartawan TMT

Published

on

Permohonan kewarganegaraan: Ada yang gagal ujian bahasa Melayu taraf ‘tadika’ - MPM
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kegagalan menggunakan bahasa kebangsaan apabila berurusan dengan jabatan kerajaan disifatkan sebagai biadab dan mencabul Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.
  • Majlis Perundingan Melayu (MPM) menyokong saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar tidak perlu melayan dan memulangkan surat yang tidak ditulis dalam bahasa kebangsaan kepada pengirimnya.
  • Ada yang gagal ujian mudah bahasa Melayu setaraf ‘tadika’ bagi memohon taraf kewarganegaraan. – MPM

Kegagalan menggunakan bahasa kebangsaan apabila berurusan dengan jabatan kerajaan disifatkan sebagai biadab dan mencabul Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

Justeru, Majlis Perundingan Melayu (MPM) menyokong saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar tidak perlu melayan dan memulangkan surat yang tidak ditulis dalam bahasa kebangsaan kepada pengirimnya.

Pengerusi Biro Pembangunan Ummah dan Komuniti Madani MPM, Kamal Shukri Abdullah Sani berkata, sekali pandang kelihatan saranan itu kelihatan kasar tetapi pada hakikatnya ia adalah tindakan yang wajar.

Soal beliau, apakah lagi alasan yang mahu digunakan oleh mereka yang berkenaan kerana dalam masa lebih 60 tahun merdeka masih tidak menguasai dan menghormati bahasa kebangsaan?

Malah, ujarnya lagi, ada yang gagal ujian mudah bahasa Melayu setaraf ‘tadika’ bagi memohon taraf kewarganegaraan.

“Penegasan akan kepentingan menguasai bahasa lain di negara ini terutama Inggeris serta alasan sifat antarabangsa sesuatu majlis, selama ini kerap dijadikan helah untuk mengetepikan bahasa Melayu.

“MPM mengucap syabas kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan semoga terus istiqomah memperjuang bahasa Melayu sebagai bahasa pemersatu, perpaduan serta bahasa sains dan teknologi.

Advertisement

“Negara ini kini hampir musnah jasad dan rohnya dalam bidang pendidikan dan ranah lain kehidupan akibat PPSMI dan ‘Dual-language Programme’ yang dibawa oleh pemimpin sebelum ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

MPM pada masa sama menyarankan penggunaan bahasa Inggeris di Dewan Rakyat oleh mana-mana Ahli Parlimen hendaklah juga dihentikan kecuali jika tiada kata atau istilahnya dalam bahasa Melayu.

“Justeru penguasaan bahasa yang banyak dan pastinya bukan Inggeris sahaja, dapat menjadi pemangkin bagi usaha tersebut melalui rujukan yang dapat dibuat.

“Akhirnya yang diperkaya ialah kepustakaan bahasa Melayu itu sendiri demi kesejahteraan anak bangsa dan rujukan dunia umumnya,” katanya lagi.

Sumber: Utusan TV

Author

Terkini

Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan

Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh, Harma Zulfika Deraman (baju kelabu).
  • Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
  • Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
  • Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
  • Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending