Connect with us

Terkini

Perkataan kafir bukan menghina bukan Islam – Pengerusi ISMA

Kelompok bukan Islam tidak perlu terasa hati atau rasa hina dengan perkataan kafir kerana ia tidak membawa sebarang maksud penghinaan, kata Pengerusi Majlis Ulama Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Datuk Zamri Hashim.

Hidayah Sani

Published

on

Perkataan kafir bukan menghina bukan Islam – Pengerusi ISMA
Foto: Pengerusi Majlis Ulama Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Datuk Zamri Hashim.
  • Kelompok bukan Islam tidak perlu terasa hati atau rasa hina dengan perkataan kafir kerana ia tidak membawa sebarang maksud penghinaan, kata Pengerusi Majlis Ulama Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Datuk Zamri Hashim.
  • Beliau yang juga merupakan Timbalan Mufti Perak berkata, perkataan kafir adalah perkataan Arab berasal dari kata “kafara” dan jika dirujuk kepada beberapa kamus atau kitab rujukan bahasa Arab perkataan al-kufr membawa maksud menutupi sesuatu.
  • “Adapun perkataan yang berlawanan dengan kafir adalah Muslim yang membawa maksud orang yang menyerah diri dengan membuka hatinya untuk menerima ajaran Islam.
  • “Perkataan kafir itu sendiri sesekali tidak membawa maksud penghinaan yang perlu ditakuti,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

KUALA LUMPUR — Kelompok bukan Islam tidak perlu terasa hati atau rasa hina dengan perkataan kafir kerana ia tidak membawa sebarang maksud penghinaan, kata Pengerusi Majlis Ulama Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Datuk Zamri Hashim.

Beliau yang juga merupakan Timbalan Mufti Perak berkata, perkataan kafir adalah perkataan Arab berasal dari kata “kafara” dan jika dirujuk kepada beberapa kamus atau kitab rujukan bahasa Arab perkataan al-kufr membawa maksud menutupi sesuatu.

Orang yang masih belum membuka hatinya dan masih kekal menutupi sanubarinya untuk menerima Islam sebagai agama, mengesakan Allah, mengimani Nabi Muhammad SAW sebagai rasul terakhir maka dinamakan kafir.

“Adapun perkataan yang berlawanan dengan kafir adalah Muslim yang membawa maksud orang yang menyerah diri dengan membuka hatinya untuk menerima ajaran Islam.

“Perkataan kafir itu sendiri sesekali tidak membawa maksud penghinaan yang perlu ditakuti,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Zamri berkata bahkan di dalam al Quran mempunyai surah khas yang dinamakan sebagai surah “al kafiruun”, di mana individu beragama Islam dan bukan Islam boleh terus memahaminya walaupun hanya membaca terjemahan.

Saya bawakan terjemahannya seperti di bawah. Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir. “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. “Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku”.

“Sangat jelas mesej surah ini dan ia sangat realistik apa yang berlaku hari ini,” katanya.

Beliau berkata secara kesimpulannya, perkataan kafir itu adalah istilah al-Quran yang tidak mengandungi apa-apa maksud penghinaan bahkan satu istilah pengenalan bagi golongan yang masih menutup hatinya menerima Islam.

“Adapun kesudahan orang kafir selepas mati, itu adalah kepercayaan umat Islam dan juga tidak mampu dipaksa untuk dipercayai oleh orang kafir sebagaimana kepercayaan agama lain yang tidak boleh dipaksa orang Islam mempercayainya,” kata Zamri.

Pada 17 Oktober lalu, media melaporkan Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Ahmad Marzuk Shaary menarik balik kenyataannya selepas didakwa menuduh DAP kafir di Dewan Rakyat.

Keputusan itu dibuat selepas Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyifatkan kenyataan yang tersebut kurang sopan dan biadab kerana DAP juga diwakili Ahli Parlimen beragama Islam.

Sebelum ini, seorang bekas pemimpin MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker turut dilaporkan kurang senang dengan perkataan kafir bagi merujuk golongan bukan Islam di negara ini.

Menurutnya, perkataan itu digunakan berkali-kali dengan cara yang merendahkan dalam saat-saat keterlaluan atau untuk merasa diri lebih baik.

Semalam, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menggesa agar Ahli Parlimen henti menggunakan perkataan kafir, zionis dan Yahudi untuk melabel seseorang di Dewan Rakyat.

Beliau berkata ini memandangkan lain-lain perkara yang sama maksud disebutkan oleh Ahli Parlimen itu akan mengeruhkan suasana dan menyentuh sensitiviti keharmonian. — The Merdeka Times

Sumber : Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Isu penukaran agama sepihak: Apakah kesan kemenangan kes Dahlia Dhaima?

Kekusutan dan kerisauan rentetan kes Indira Gandhi sedikit sebanyak ‘diperbaiki’ kes Dahlia Dhaima di mana pada 3 Mei lalu menyaksikan Mahkamah Persekutuan menolak usahanya yang mahu membatalkan pengislamannya ketika waktu kanak-kanak selepas dilakukan ibunya, seorang mualaf.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Peguam, Haniff Khatri Abdulla.
  • Kekusutan dan kerisauan rentetan kes Indira Gandhi sedikit sebanyak ‘diperbaiki’ kes Dahlia Dhaima di mana pada 3 Mei lalu menyaksikan Mahkamah Persekutuan menolak usahanya yang mahu membatalkan pengislamannya ketika waktu kanak-kanak selepas dilakukan ibunya, seorang mualaf.
  • Peguam, Haniff Khatri Abdulla berkata susulan keputusan itu semua pihak tidak lagi tertekan atau terikat dengan kesahihan sijil pengislaman atau mualaf semata-mata, sebaliknya wajib melihat cara hidup individu tersebut selepas seseorang individu itu diislamkan untuk menentukan sama ada dia Muslim atau tidak.
  • Haniff menjelaskan kes Dahlia Dhaima bukan mematahkan terus kes Indira Gandhi kerana ia masih wujud, sebaliknya Dahlia Dhaima merupakan ‘fine tuning’ iaitu melonggarkan dengan cara paling halus apa diputuskan dalam Indira Gandhi yang mengatakan perlu mengambil kira sijil mualaf sahaja sama ada sah atau tidak dalam isu pertikaian pemelukan agama, khususnya anak-anak bawah umur.
  • Haniff menegaskan sekiranya selepas ini pihak berkuasa ditampilkan dengan mana-mana kes baru di mana seseorang itu mengatakan kononnya ibu atau bapa mengislamkan dia ketika di bawah umur.
  • Kemudiannya, bertahun selepas itu individu terbabit ke Mahkamah Sivil mengatakan dia bukan Islam, ataupun dia membuat permohonan di Mahkamah Syariah mengatakan hendak keluar Islam, maka pihak berkuasa wajib menyiasat latar belakang individu terbabit.

KUALA LUMPUR — Kekusutan dan kerisauan rentetan kes Indira Gandhi sedikit sebanyak ‘diperbaiki’ kes Dahlia Dhaima di mana pada 3 Mei lalu menyaksikan Mahkamah Persekutuan menolak usahanya yang mahu membatalkan pengislamannya ketika waktu kanak-kanak selepas dilakukan ibunya, seorang mualaf.

Peguam, Haniff Khatri Abdulla berkata susulan keputusan itu semua pihak tidak lagi tertekan atau terikat dengan kesahihan sijil pengislaman atau mualaf semata-mata, sebaliknya wajib melihat cara hidup individu tersebut selepas seseorang individu itu diislamkan untuk menentukan sama ada dia Muslim atau tidak.

Haniff menjelaskan kes Dahlia Dhaima bukan mematahkan terus kes Indira Gandhi kerana ia masih wujud, sebaliknya Dahlia Dhaima merupakan ‘fine tuning’ iaitu melonggarkan dengan cara paling halus apa diputuskan dalam Indira Gandhi yang mengatakan perlu mengambil kira sijil mualaf sahaja sama ada sah atau tidak dalam isu pertikaian pemelukan agama, khususnya anak-anak bawah umur.

“Kesan kes Dahlia Dhaima kepada rentetan undang-undang diumumkan mahkamah tertinggi Malaysia (Mahkamah Persekutuan) berhubung pengislaman anak-anak bawah umur adalah seperti berikut;  pertama (kes) Dahlia Dhaima ada mengatakan sama ada sijil (mualaf) itu sah atau tidak sah tidak menjadi isu pokok, ingat tadi kita dah sentuh mengikut undang-undang 1952 sijil itu memang tak sah sebab mana-mana ibu atau bapa pun tidak boleh mengislamkan (anak) bawah umur so sijil itu tak sah.

“Tapi (kes) Dahlia Dhaima yang pertama mengatakan kita tak boleh tengok sijil sahaja, kita kena tengok apa diumumkan dalam kes Rosliza (kes terdahulu) kita tak boleh berhenti dekat (kes) Indira Gandhi.

“(kes) Rosliza kata kita kena tengok keseluruhan fakta kehidupan anak tersebut sehingga dia datang mahkamah sama ada indentiti dia itu adalah Muslim ab initio Muslim daripada awal atau tidak kalau kita yakin daripada fakta bukan sahaja sijil tak sah tapi pengislaman atau kehidupan dia pun bukan Islam daripada awal barulah Mahkamah Sivil boleh dengar (kes) ini barulah dia bukan Islam ab initio dari awal.

“Tapi kalau sijil tak sah pun tapi cara kehidupan dia menunjukkan, menampilkan sama ada melalui perwatakan melalui kenyataan perbuatan dia kepada orang ramai bahawa dia Muslim, maka Mahkamah Sivil tidak boleh dengar (kes itu) sebab itu bidang kuasa Mahkamah Syariah pula, ini kesan penting (Dahlia Dhamia),” katanya ketika ditemui The Merdeka Times di Pejabat Haniff Khatri, Petaling Jaya pada Jumaat.

Mahkamah Persekutuan dalam kes Indira Gandhi pada 2018 memutuskan persetujuan kedua-dua ibu bapa diperlukan sebelum anak dilahirkan dalam perkahwinan sivil boleh memeluk agama Islam dan sekiranya sijil pengislaman tidak sah maka dia bukan Muslim.

Ia bermula apabila guru tadika M Indira Ghandi mencabar pengeluaran sijil penukaran agama susulan bekas suaminya seorang mualaf membuat penukaran agama Islam secara unilateral terhadap ketiga-tiga anak mereka.

Kes itu juga menyaksikan sejak 2018 isu tentang pertikaian pemelukan agama, khususnya anak-anak bawah umur, merujuk kes Indira Gandhi yang memutuskan sekiranya sijil-sijil mualaf ataupun proses mahupun prosedur pengislaman anak-anak itu tidak dituruti mengikut seksyen-seksyen enakmen tertentu, maka sijil itu boleh atau diisytiharkan sebagai tidak sah.

Manakala kes Rosliza pula adalah membabitkan dia yang dilahirkan di luar nikah, berbapakan seorang Muslim dan ibu penganut agama Buddha serta berjaya dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan pada 2021 untuk diisytiharkan sebagai bukan Muslim selepas mengakui sejak dari asal bukan Islam.

Dalam kes Rosliza, Mahkamah Persekutuan membuat satu pengumuman kedudukan undang-undang di mana kita kena melihat identiti seseorang individu itu sama ada sejak awal dia Islam atau tidak (ab initio), sekiranya ada individu terbabit datang ke mahkamah sivil dan mengatakan kononnya dia bukan Islam.

Mengulas lanjut kes Dahlia Dhaima, Haniff menegaskan sekiranya selepas ini pihak berkuasa ditampilkan dengan mana-mana kes baru di mana seseorang itu mengatakan kononnya ibu atau bapa mengislamkan dia ketika di bawah umur.

Kemudiannya, bertahun selepas itu individu terbabit ke Mahkamah Sivil mengatakan dia bukan Islam, ataupun dia membuat permohonan di Mahkamah Syariah mengatakan hendak keluar Islam, maka pihak berkuasa wajib menyiasat latar belakang individu terbabit.

“Saya syorkan kepada pihak berkuasa kalau ditampilkan mana-mana kes baru selepas ini tak semestinya di Selangor di mana-mana negeri di mana seseorang itu mengatakan ouhh kononnya, ‘Ibu atau bapa mengislamkan saya tapi saya tak ikut pun Islam maka kalau ikut Indira Gandhi sijil (pengislaman) saya tak sah sebab seorang sahaja pelukan (mengislamkan) saya’.

“Baik… tapi ikut (kes terdahulu) Rosliza ikut (kes terdahulu) Dahlia Dhaima sekarang ini kita kena tengok latar belakang awak so kami nak siasat kami nak tanya awak macam mana dari umur 7 tahun di sekolah sampai sekolah menengah pembawakan awak dengan kawan-kawan awak? Masa awak pergi kerja adakah awak balik awal juga untuk buka puasa? Atau ambil cuti lebih untuk tujuan cuti raya dan perkara-perkara ini tertakluk kepada fakta.

“Tapi apa saya nak sampaikan adalah menjadi tanggungjawab pihak berkuasa untuk menyelia dan mengambil peri penting perkara ini untuk disiasat jangan tolak tepi ja perkara ini tak buat kerja dan dengan cara itu barulah kita dapat menyelenggarakan urus tadbir konsep Islam dan pengislaman dengan cara lebih teratur.

“Itu adalah kesan bagi saya yang kita boleh ambil keuntungan daripada kes Dahlia Dhaima dan perbetulkan sistem tadbir urus di pihak berkuasa,” kata Haniff yang mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang perundangan. 

Untuk rekod, Mahkamah Persekutuan adalah mahkamah tertinggi dalam hierarki badan kehakiman sivil negara, sekiranya satu kes itu telah sampai ke Mahkamah Persekutuan, tidak ada lagi rayuan boleh dibuat kepada mana-mana pihak lain. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending