Antarabangsa
Perancis nyatakan sokongan kepada rakyat Palestin, bukan Hamas
Presiden Perancis menyatakan pendirian beliau kepada Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, di sebalik perang yang berlaku, tiada apa yang boleh mewajarkan kesengsaraan yang sedang dilalui orang awam di Semenanjung Gaza.

- Presiden Perancis menyatakan pendirian beliau kepada Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, di sebalik perang yang berlaku, tiada apa yang boleh mewajarkan kesengsaraan yang sedang dilalui orang awam di Semenanjung Gaza.
- Dalam masa sama, Emmanuel Macron memanjangkan sokongan beliau kepada rakyat Palestin, namun menegaskan, rakyat negara itu “tidak diwakili oleh Hamas.”
- “Kehidupan orang awam adalah bersamaan antara satu sama lain, tanpa mengira kewarganegaraan mereka.
- “Kehidupan rakyat Palestin sama pentingnya dengan kehidupan rakyat Perancis, demikian juga dengan kehidupan rakyat Israel,” kata Macron di samping Abbas semasa pertemuan dua pemimpin itu di Ramallah, Tebing Barat, pada Selasa.
RAMALLAH: Presiden Perancis menyatakan pendirian beliau kepada Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, di sebalik perang yang berlaku, tiada apa yang boleh mewajarkan kesengsaraan yang sedang dilalui orang awam di Semenanjung Gaza.
Dalam masa sama, Emmanuel Macron memanjangkan sokongan beliau kepada rakyat Palestin, namun menegaskan, rakyat negara itu “tidak diwakili oleh Hamas.”
“Kehidupan orang awam adalah bersamaan antara satu sama lain, tanpa mengira kewarganegaraan mereka.
“Kehidupan rakyat Palestin sama pentingnya dengan kehidupan rakyat Perancis, demikian juga dengan kehidupan rakyat Israel,” kata Macron di samping Abbas semasa pertemuan dua pemimpin itu di Ramallah, Tebing Barat, pada Selasa.
Pemimpin Perancis itu juga memberitahu, tiada apa atau di mana-mana saja keganasan pengganas boleh diwajarkan berlaku iaitu merujuk pada serangan Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober lalu seraya mengulangi sikap Perancis mahu melihat penyelesaian perdamaian antara dua negara konflik itu dicapai.
“Usaha yang bersungguh-sungguh untuk keselamatan akan kekal sebagai ilusi selagi perdamaian yang adil tidak dicapai,” kata Macron.
Abbas terus mendesak agar gencatan senjata dilakukan dalam usaha menghalang “kegilaan Israel” dan menyeru Macron untuk mencari jalan mencapai penyelesaian melalui rangkaian politik antarabangsa.
Pada hari sama, Macron mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bagi mencapai sokongan kepada negara itu dan menggesa seluruh gabungan antarabangsa mengecam tindakan dilakukan Hamas.
Sumber: Astro Awani
Antarabangsa
Setiap orang awam dibunuh, 10 pejuang Palestin akan ‘dilahirkan’
Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.

- Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.
- Ia berkaitan dengan penilaian rejim zionis bahawa mereka “membunuh dua orang awam untuk setiap ahli Hamas”, di mana Moulton menyatakan perkara itu bukanlah sesuatu yang positif.
- Dalam satu temu ramah televisyen, Moulton memetik kajian Jeneral bersara, Stanley McChrystal yang mengatakan bagi setiap orang awam terbunuh, 10 pejuang Palestin akan direkrut.
- “Dengan kiraan itu, Israel setakat ini membunuh 5,000 pengganas (pejuang) Hamas tetapi dalam usaha itu, mereka telah merekrut sekitar 100,000 pengikut baru dan perkara ini buruk buat Israel,” kata Moulton.
- Jurucakap tentera rejim Israel, Jonathan Conricus pada Isnin memberitahu CNN bahawa nisbah dua penduduk awam Palestin dibunuh untuk setiap ahli Hamas satu “nisbah positif” kerana ia membabitkan situasi pertempuran dalam bandar.
Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.
Ia berkaitan dengan penilaian rejim zionis bahawa mereka “membunuh dua orang awam untuk setiap ahli Hamas”, di mana Moulton menyatakan perkara itu bukanlah sesuatu yang positif.
Moulton merujuk kepada sayap tentera Hamas iaitu Briged Al-Qassam.
Dalam satu temu ramah televisyen, Moulton memetik kajian Jeneral bersara, Stanley McChrystal yang mengatakan bagi setiap orang awam terbunuh, 10 pejuang Palestin akan direkrut.
“Dengan kiraan itu, Israel setakat ini membunuh 5,000 pengganas (pejuang) Hamas tetapi dalam usaha itu, mereka telah merekrut sekitar 100,000 pengikut baru dan perkara ini buruk buat Israel,” kata Moulton.
Jurucakap tentera rejim Israel, Jonathan Conricus pada Isnin memberitahu CNN bahawa nisbah dua penduduk awam Palestin dibunuh untuk setiap ahli Hamas satu “nisbah positif” kerana ia membabitkan situasi pertempuran dalam bandar.
“Kita tidak terlibat untuk menetapkan nisbah sebegitu, yang pada pendapat saya adalah (sesuatu yang) tidak enak,” kata Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stephane Dujarric dipetik Jordan News, mengkritik jurucakap tentera Israel itu.
Dujarric menekankan fokus PBB adalah untuk mencegah korban awam, walaupun mengakui cabaran-cabaran di Gaza, di mana lebih 16,000 warga Palestin terkorban sejak 7 Oktober lalu. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa2 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS