Antarabangsa
Pasukan PBB gesa pihak bertelagah di sempadan Israel-Lubnan elak ketegangan
Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan (UNIFIL) pada Ahad menggesa pihak bertelagah supaya mengelak daripada mengambil tindakan yang boleh memburukkan keadaan berikutan peningkatan ketegangan di sempadan Lubnan-Israel.

- Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan (UNIFIL) pada Ahad menggesa pihak bertelagah supaya mengelak daripada mengambil tindakan yang boleh memburukkan keadaan berikutan peningkatan ketegangan di sempadan Lubnan-Israel.
- “Kami menggesa semua pihak untuk mengelak konflik dan menggunakan mekanisme perhubungan dan penyelarasan UNIFIL untuk mengurang serta mengelak kemerosotan segera keadaan keselamatan,” kata pasukan PBB itu di X, lapor Agensi Anadolu (AA).
- UNIFIL berkata ia sedang berhubung dengan pihak berkuasa di kedua-dua pihak di semua peringkat “untuk mengawal keadaan dan mengelakkan peningkatan yang lebih serius.”
- “Pasukan pengaman kami kekal dalam kedudukan dan tugas mereka. Mereka terus bekerja, sebahagiannya dari tempat perlindungan untuk keselamatan mereka,” tambahnya.
ANKARA — Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan (UNIFIL) pada Ahad menggesa pihak bertelagah supaya mengelak daripada mengambil tindakan yang boleh memburukkan keadaan berikutan peningkatan ketegangan di sempadan Lubnan-Israel.
“Kami menggesa semua pihak untuk mengelak konflik dan menggunakan mekanisme perhubungan dan penyelarasan UNIFIL untuk mengurang serta mengelak kemerosotan segera keadaan keselamatan,” kata pasukan PBB itu di X, lapor Agensi Anadolu (AA).
UNIFIL berkata ia sedang berhubung dengan pihak berkuasa di kedua-dua pihak di semua peringkat “untuk mengawal keadaan dan mengelakkan peningkatan yang lebih serius.”
“Pasukan pengaman kami kekal dalam kedudukan dan tugas mereka. Mereka terus bekerja, sebahagiannya dari tempat perlindungan untuk keselamatan mereka,” tambahnya.
Tentera Israel pada Ahad mengesahkan serangan artilerinya ke atas Lubnan sebagai tindak balas kepada insiden tembakan roket.
Israel menyerang bukit Kafar Shuba dan bandar al-Mari di selatan Lubnan selepas serangan mortar, menurut seorang wartawan AA.
Hezbollah Lubnan mendakwa pada Ahad bertanggungjawab menyasarkan tiga pos Israel di kawasan Shebaa Farms.
Tiada komen daripada pihak berkuasa Lubnan mengenai kejadian itu. — BERNAMA-ANADOLU
Sumber: Bernama
Antarabangsa
AS hantar 15,000 bom, 57,000 peluru meriam kepada rejim penjajah zionis Israel
Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

- Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
- Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
- Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.
Gaza: Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
“AS sebelum ini tidak mendedahkan jumlah senjata dihantar ke Israel mahupun pemindahan 100 BLU-109, 2,000 paun bom bunker-buster,” katanya.
Bom bunker-buster terkenal dengan keupayaannya menembusi jauh ke dalam struktur yang padat sebelum meletup.
Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.
Tentera Israel meneruskan pengeboman di Semenanjung Gaza awal Jumaat selepas mengisytiharkan penamatan jeda kemanusiaan selama seminggu.
Sekurang-kurangnya 193 rakyat Palestin terbunuh dan 652 cedera dalam serangan udara itu, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.
Sejak 7 Oktober, lebih 15,000 rakyat Palestin, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita terbunuh dalam serangan kejam Israel, sebagai membalas serangan mengejut Hamas.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini3 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini3 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini3 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas