Connect with us

Antarabangsa

Operasi darat tentera Zionis masuk peringkat kedua di Gaza

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memaklumkan operasi darat tentera Israel di Gaza sudah memasuki peringkat kedua.

Wartawan TMT

Published

on

Operasi darat tentera Zionis masuk peringkat kedua di Gaza
Foto: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
  • Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memaklumkan operasi darat tentera Israel di Gaza sudah memasuki peringkat kedua.
  • Beliau menyifatkan peperangan itu adalah sukar dan panjang untuk menentang pejuang Hamas.
  • Bercakap menerusi siaran televisyen, beliau mengesahkan pasukan tentera rejim Zionis itu sudah dikerahkan di keseluruhan Semenanjung Gaza di sebalik serangan bertubi-tubi kelmarin.
  • Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza memaklumkan angka korban kini sudah melebihi 8,000 orang.

BAITULMUQADDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memaklumkan operasi darat tentera Israel di Gaza sudah memasuki peringkat kedua, selain menyifatkan peperangan itu adalah sukar dan panjang untuk menentang pejuang Hamas.

Bercakap menerusi siaran televisyen, beliau mengesahkan pasukan tentera rejim Zionis itu sudah dikerahkan di keseluruhan Semenanjung Gaza di sebalik serangan bertubi-tubi kelmarin.

Risalah telah dijatuhkan di Gaza bagi memberi amaran kepada penduduk mereka kini berada di ‘zon perang’ dan perlu meninggalkan kawasan itu dengan segera.

Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza memaklumkan angka korban kini sudah melebihi 8,000 orang.

Israel menyekat sebarang bentuk komunikasi sehingga menyebabkan terputus maklumat di Semenanjung Gaza dengan peningkatan pengeboman dan tembakan meriam.

Sumber: Utusan Malaysia 

Author

Antarabangsa

Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Tawanan Israel, Yarden Peepas.
  • Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
  • Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
  • “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
  • Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
  • Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.

“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.

Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.

Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times

Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel

Advertisement

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending