Connect with us

Antarabangsa

Negara sekutu Israel perlu bertanggungjawab atas kesengsaraan rakyat Palestin – Mahmoud Abbas

Presiden Palestin Mahmoud Abbas menyalahkan Israel dan negara sekutunya yang menyokong tindakan kejam zionis terhadap rakyat Palestin.

Wartawan TMT

Published

on

Negara sekutu Israel perlu bertanggungjawab atas kesengsaraan rakyat Palestin - Mahmoud Abbas
Foto: Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.
  • Presiden Palestin Mahmoud Abbas menyalahkan Israel dan negara sekutunya yang menyokong tindakan kejam zionis terhadap rakyat Palestin.
  • Negara-negara ini, tegas Mahmoud, harus bertanggungjawab ke atas kesengsaraan rakyat Palestin.
  • “Kami meminta dan merayu kepada semua orang dalam saat-saat genting ini, Tuan Yang Terutama Presiden Macron dan pihak-pihak kepada Majlis Keselamatan, untuk segera menghentikan pencerobohan ini terhadap rakyat kami.
  • “Kami juga meminta menyediakan perlindungan antarabangsa segera, mengadakan persidangan keamanan antarabangsa dan bergerak ke penyelesaian politik dan bukannya penyelesaian ketenteraan dan keselamatan, dengan melaksanakan penyelesaian dua negara mengikut legitimasi antarabangsa,” katanya dalam pertemuannya di Ramallah bersama Presiden Perancis, Emmanuel Macron.

RAMALLAH: Presiden Palestin Mahmoud Abbas menyalahkan Israel dan negara sekutunya yang menyokong tindakan kejam zionis terhadap rakyat Palestin.

Negara-negara ini, tegas Mahmoud, harus bertanggungjawab ke atas kesengsaraan rakyat Palestin.

Kenyataan ini dibuat dalam pertemuannya di Ramallah bersama Presiden Perancis, Emmanuel Macron.

“Kami meminta dan merayu kepada semua orang dalam saat-saat genting ini, Tuan Yang Terutama Presiden Macron dan pihak-pihak kepada Majlis Keselamatan, untuk segera menghentikan pencerobohan ini terhadap rakyat kami.

“Kami juga meminta menyediakan perlindungan antarabangsa segera, mengadakan persidangan keamanan antarabangsa dan bergerak ke penyelesaian politik dan bukannya penyelesaian ketenteraan dan keselamatan, dengan melaksanakan penyelesaian dua negara mengikut legitimasi antarabangsa,” katanya.

Beliau menggesa gencatan senjata dikuatkuasa sepenuhnya dengan koridor kemanusiaan diwujudkan bagi membolehkan bantuan kemanusiaan memasuki Gaza.

“Pada saat-saat ini apabila rakyat kita terdedah kepada pencerobohan biadab mesin perang Israel, kami menuntut gencatan senjata sepenuhnya dan pembukaan koridor kekal untuk bantuan kemanusiaan untuk membawa masuk bekalan perubatan, makanan, dan menyediakan air, elektrik, bahan api, dan keperluan asas lain.

“Dan kami menekankan penolakan pemindahan penduduk Palestin dari rumah dan tanah mereka di luar Palestin, sama ada dari Gaza atau Tebing Barat,” ujarnya lagi.

Konvoi bantuan yang dibenarkan masuk ke Gaza tidak mencukupi untuk menampung keperluan keseluruhan penduduk terperangkap di wilayah itu.

Sekatan dilakukan Israel jelas penindasan kepada hak rakyat Palestin dan ia merupakan satu jenayah perang.

Menurutnya 2.3 juta penduduk Gaza kini telah kehabisan bahan keperluan asas sejak Israel menutup wilayah itu berikutan serangan yang meletus 7 Oktober lalu.

Sumber: Astro Awani 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending