Connect with us

Terkini

Mampukah roket buatan sendiri di Gaza musnahkan seluruh bangunan, bunuh 500 manusia?

Penafian rejim Israel terhadap serangan ke atas Hospital Baptis Al-Ahli di Gaza kelmarin bukan sesuatu yang mengejutkan, kata bekas jurucakap pegawai Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA), Chris Gunness.

Wartawan TMT

Published

on

Mampukah roket buatan sendiri di Gaza musnahkan seluruh bangunan, bunuh 500 manusia?
Foto: Bekas Jurucakap Pegawai Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA), Chris Gunness.
  • Penafian rejim Israel terhadap serangan ke atas Hospital Baptis Al-Ahli di Gaza kelmarin bukan sesuatu yang mengejutkan, kata bekas jurucakap pegawai Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA), Chris Gunness.
  • Membalas penafian dibangkitkan Israel, beliau menimbulkan persoalan bilakah kali terakhir seseorang mendengar roket buatan sendiri di Gaza meletus dengan sendirinya.
  • “Bilakah kali terakhir sebuah roket buatan sendiri di Gaza memusnahkan seluruh bangunan dan membunuh 500 manusia? Sudah tentu, kita perlu tunggu hasil penyiasatan Israel terhadap perkara ini,” kata Gunness kepada Al Jazeera.
  • Sekurang-kurangnya 500 warga Palestin terbunuh dalam insiden letupan di Hospital Baptis Al-Ahli di Gaza semalam, yang menurut Pihak Berkuasa Kesihatan Palestin berpunca daripada serangan udara Israel.

Penafian rejim Israel terhadap serangan ke atas Hospital Baptis Al-Ahli di Gaza kelmarin bukan sesuatu yang mengejutkan, kata bekas jurucakap pegawai Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA), Chris Gunness.

Membalas penafian dibangkitkan Israel, beliau menimbulkan persoalan bilakah kali terakhir seseorang mendengar roket buatan sendiri di Gaza meletus dengan sendirinya.

“Bilakah kali terakhir sebuah roket buatan sendiri di Gaza memusnahkan seluruh bangunan dan membunuh 500 manusia? 

“Sudah tentu, kita perlu tunggu hasil penyiasatan Israel terhadap perkara ini,” kata Gunness kepada Al Jazeera.

Bekas jurucakap UNRWA itu menyatakan Israel mempunyai sejarah  menyebarkan maklumat yang salah kepada agensi PBB.

Beliau berkata pada 2014, Mark Regev yang merupakan bekas jurucakap perdana menteri Israel menyampaikan pelbagai maklumat salah tentang UNRWA.

“Mereka menyiarkan video siaran langsung di televisyen Amerika memberitahu seluruh dunia adanya militan yang menembak roket dari sekolah UNRWA. Ini semua telah disiasat oleh PBB dan agensi lain dan kesemuanya didapati mengarut,” katanya.

Sekurang-kurangnya 500 warga Palestin terbunuh dalam insiden letupan di Hospital Baptis Al-Ahli di Gaza semalam, yang menurut Pihak Berkuasa Kesihatan Palestin berpunca daripada serangan udara Israel.

Letupan itu merupakan insiden berdarah paling teruk di Gaza sejak rejim Israel melancarkan kempen pengeboman tanpa henti ke atas wilayah berpenduduk padat itu.

Sumber: Al Jazeera

Author

Terkini

Segera lapor SPRM jika jadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa pihak yang percaya mereka telah menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.
  • SPRM gesa pihak yang percaya mereka menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.
  • “Sekiranya SPRM menerima apa-apa maklumat atau laporan mengenai penyelewengan hal-hal berkaitan perkara jenayah yang menukar status tanah rizab Melayu kepada hak milik kekal (free hold) merupakan kesalahan jenayah yang sudah tentu kita akan lakukan siasatan,” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki kepada media hari ini.
  • Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Prapelancaran Projek Kerjasama Penerbitan dan Program Penerapan Nilai Integriti (Antirasuah) Usaha Sama SPRM dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia di Pusat Dagangan Dunia di sini.
  • Semalam, seorang pengarah urusan syarikat hartanah ditahan SPRM untuk membantu siasatan kes pemecahan lot membabitkan kira-kira 650 hektar tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu di Mukim Manjong, Setiawan, Perak.

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa pihak yang percaya mereka telah menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki bagaimanapun berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan berkaitan kes seperti itu dari negeri-negeri lain dan menyifatkan apa yang berlaku di Perak baru-baru ini sebagai kes terpencil.

“Sekiranya SPRM menerima apa-apa maklumat atau laporan mengenai penyelewengan hal-hal berkaitan perkara jenayah yang menukar status tanah rizab Melayu kepada hak milik kekal (free hold) merupakan kesalahan jenayah yang sudah tentu kita akan lakukan siasatan,” katanya kepada media hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Prapelancaran Projek Kerjasama Penerbitan dan Program Penerapan Nilai Integriti (Antirasuah) Usaha Sama SPRM dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia di Pusat Dagangan Dunia di sini.

Turut hadir Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) Azman Adnan.

Semalam, seorang pengarah urusan sebuah syarikat hartanah ditahan SPRM untuk membantu siasatan kes pemecahan lot membabitkan kira-kira 650 hektar tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu di Mukim Manjong, Setiawan, Perak.

Difahamkan, syarikat suspek berusia 44 tahun itu dipercayai terbabit melakukan pemecahan lot tanah di mukim berkenaan menjadi tanah bukan Melayu, seterusya dijual menjadi lot rumah dan banglo.

Siasatan SPRM juga mendapati sejumlah 317 lot dipecahkan kepada individu serta syarikat yang sebahagian besarnya adalah bukan Melayu.

Penahanan itu adalah rentetan kepada tangkapan seorang bekas Timbalan Pendaftar Hakmilik di Pejabat Tanah dan Galian Perak yang sudah dituduh di Mahkamah Sesyen Ipoh, bulan lalu. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending