Connect with us

Antarabangsa

Majlis Keselamatan PBB tolak resolusi hentikan keganasan di Gaza 

Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dicadangkan Russia bagi menggesa gencatan senjata kemanusiaan di Semenanjung Gaza gagal diluluskan semalam, manakala undian ke atas teks berbeza Brazil ditangguhkan hari ini.

Wartawan TMT

Published

on

Majlis Keselamatan PBB tolak resolusi hentikan keganasan di Gaza 
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dicadangkan Russia bagi menggesa gencatan senjata kemanusiaan di Semenanjung Gaza gagal diluluskan semalam, manakala undian ke atas teks berbeza Brazil ditangguhkan hari ini.
  • Draf resolusi itu menerima lima undi menyokong dan empat undi menentang, bersama enam undi berkecuali. Resolusi memerlukan sekurang-kurangnya sembilan undi menyokong dan tiada veto oleh lima anggota tetap – Amerika Syarikat (AS), Russia, China, Perancis dan Britain – untuk lulus.
  • “Hari ini, seluruh dunia menunggu dengan sabar untuk Majlis Keselamatan mengambil langkah menamatkan pertumpahan darah, tetapi delegasi negara-negara Barat pada dasarnya gagal menepati jangkaan itu,” kata Duta Besar Russia untuk PBB, Vassily Nebenzia, memberitahu majlis selepas pengundian.
  • Russia mencadangkan teks satu halaman pada Jumaat, yang turut menggesa pembebasan tebusan, akses bantuan kemanusiaan, dan pemindahan selamat orang awam yang memerlukan.

NEW YORK: Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dicadangkan Russia bagi menggesa gencatan senjata kemanusiaan di Semenanjung Gaza gagal diluluskan semalam, manakala undian ke atas teks berbeza Brazil ditangguhkan hari ini.

Draf resolusi itu menerima lima undi menyokong dan empat undi menentang, bersama enam undi berkecuali. Resolusi memerlukan sekurang-kurangnya sembilan undi menyokong dan tiada veto oleh lima anggota tetap – Amerika Syarikat (AS), Russia, China, Perancis dan Britain – untuk lulus.

“Hari ini, seluruh dunia menunggu dengan sabar untuk Majlis Keselamatan mengambil langkah menamatkan pertumpahan darah, tetapi delegasi negara-negara Barat pada dasarnya gagal menepati jangkaan itu,” kata Duta Besar Russia untuk PBB, Vassily Nebenzia, memberitahu majlis selepas pengundian.

Russia mencadangkan teks satu halaman pada Jumaat, yang turut menggesa pembebasan tebusan, akses bantuan kemanusiaan, dan pemindahan selamat orang awam yang memerlukan.

Teks itu mengutuk keganasan terhadap orang awam dan semua tindakan keganasan tetapi tidak menamakan Hamas.

“Dengan gagal mengutuk Hamas, Russia memberi perlindungan kepada kumpulan pengganas yang menganiaya orang awam yang tidak bersalah. Ia adalah keterlaluan. Ia hipokrit dan ia tidak boleh dipertahankan,” kata Duta AS ke PBB, Linda Thomas-Greenfield.

Beliau berkata AS yang secara tradisinya melindungi sekutunya Israel daripada tindakan majlis, “bersetuju bahawa majlis ini harus mengambil tindakan, tetapi kita perlu memperbaikinya dan kita akan bekerja secara intensif dengan semua ahli dalam majlis untuk berbuat demikian.”

Undian mengenai resolusi digubal Brazil yang mengutuk serangan Hamas, ditangguhkan sehingga lewat hari ini bagi memberi lebih banyak masa kepada majlis untuk berunding.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Antarabangsa

Jeti pelabuhan sementara $320 juta tentera AS di Gaza ‘pecah’ dibadai ombak kuat

Koridor bantuan maritim Amerika Syarikat (AS) di Gaza gagal berfungsi akibat ombak kuat memecah pelabuhan sementara itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Koridor bantuan maritim Amerika Syarikat (AS) di Gaza gagal berfungsi akibat ombak kuat memecah pelabuhan sementara itu.
  • Al Jazeera melaporkan pembinaan dermaga sementara itu sebelum ini menelan belanja $320 juta dolar dan 1,000 tentera AS diperlukan untuk membinanya.
  • Jeti yang sepatutnya bertahan sehingga September itu cuma bertahan selama lebih daripada seminggu.

Koridor bantuan maritim Amerika Syarikat (AS) di Gaza gagal berfungsi akibat ombak kuat memecah pelabuhan sementara itu.

Al Jazeera melaporkan pembinaan dermaga sementara itu sebelum ini menelan belanja $320 juta dolar dan 1,000 tentera AS diperlukan untuk membinanya.

Jeti yang sepatutnya bertahan sehingga September itu cuma bertahan selama lebih daripada seminggu.

Pada ketika ia digunakan, ia dilaporkan menerima kira-kira 1,000 tan metrik makanan. 

Pentagon berkata akan menggantikan jeti itu tetapi tidak menjelaskan bilakah ia akan berlaku. 

Terdahulu, Pengarah Komunikasi Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) menyifatkan pembinaan pelabuhan sementara tentera AS itu merupakan langkah penyelesaian rumit di saat terdapat solusi yang lebih mudah iaitu penghantaran bantuan menerusi laluan darat. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending