Connect with us

Terkini

Mahkamah Kuching tolak cubaan ibu pinda agama anak

Mahkamah Tinggi Kuching menolak permohonan seorang wanita untuk mengubah status agama anak lelaki remajanya daripada Muslim kepada Buddha.

Wartawan TMT

Published

on

Mahkamah Kuching tolak cubaan ibu pinda agama anak
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Mahkamah Tinggi Kuching menolak permohonan seorang wanita untuk mengubah status agama anak lelaki remajanya daripada Muslim kepada Buddha.
  • Hakim Zaleha Rose Pandin berkata, permohonan ibu berusia 52 tahun itu bersamaan murtad seterusnya mahkamah sivil tidak boleh mendengarnya.
  • Remaja itu yang menyambut ulang tahun ke-18 pada Rabu memiliki nama Muslim dalam MyKad, tetapi menurut ibunya mengamalkan agama Buddha sejak kanak-kanak tanpa dibantah bapanya.
  • “Setelah meneliti fakta dengan teliti, kanak-kanak itu dilahirkan Muslim. Mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa berkaitan murtad. Ia bawah bidang kuasa mahkamah syariah.
  • “Sekalipun kanak-kanak itu tidak mengamalkan atau dibesarkan sebagai Muslim, seseorang tidak boleh membuat deklarasi secara unilateral. Ada proses bagi perkara ini,” katanya menurut laporan The Borneo Post.

PETALING JAYA: Mahkamah Tinggi Kuching menolak permohonan seorang wanita untuk mengubah status agama anak lelaki remajanya daripada Muslim kepada Buddha.

Remaja itu yang menyambut ulang tahun ke-18 pada Rabu memiliki nama Muslim dalam MyKad, tetapi menurut ibunya mengamalkan agama Buddha sejak kanak-kanak tanpa dibantah bapanya.

Hakim Zaleha Rose Pandin berkata, permohonan ibu berusia 52 tahun itu bersamaan murtad seterusnya mahkamah sivil tidak boleh mendengarnya.

“Setelah meneliti fakta dengan teliti, kanak-kanak itu dilahirkan Muslim. Mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa berkaitan murtad. Ia bawah bidang kuasa mahkamah syariah.

“Sekalipun kanak-kanak itu tidak mengamalkan atau dibesarkan sebagai Muslim, seseorang tidak boleh membuat deklarasi secara unilateral. Ada proses bagi perkara ini,” katanya menurut laporan The Borneo Post.

Ibu berkenaan memfailkan saman pemula pada Ogos memohon deklarasi mahkamah bahawa beliau mempunyai hak untuk menentukan agama dan pembesaran anaknya.

Remaja itu menyambut ulang tahun ke-18 pada Rabu, iaitu usia dewasa. Undang-undang membenarkan ibu bapa hak menentukan agama kanak-kanak yang masih bawah umur.

Wanita itu yang sudah bercerai, mahu mahkamah mengarahkan Jabatan Pendaftaran Negara merekodkan pertukaran dalam MyKad anaknya itu berkaitan agama.

Anaknya yang dilahirkan di Sabah tetapi kini menetap di Sarawak, dilaporkan menganut agama Buddha sejak kecil. Ibu itu mendakwa bapa remaja itu tidak membantah anaknya mengikut ajaran Buddha.

Beliau juga mendakwa remaja itu tidak pernah menghadiri kelas Pendidikan Islam di sekolah, dan tidak mahu dianggap sebagai Muslim.

Pengarah bahagian kelahiran, kematian dan anak angkat JPN, pengarah bahagian kad pengenalan, pendaftar kelahiran dan kematian Sarawak, dan kerajaan persekutuan turut dinamakan sebagai defendan.

Wanita itu diwakili peguam Clarice Chan dan Joshua Baru.

Sumber: Free Malaysia Today

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Ridhuan Tee persoal NGO Islam hanya membisu ketika Firdaus Wong ‘diserang’

Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
  • Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.
  • Tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.
  • “Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?
  • “Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

KUALA LUMPUR — Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Ridhuan Tee berkata tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.

“Beliau nampak begitu keseorangannya. Kita hanya melihat dan menyokong dalam hati sahaja.  Golongan asatizah pun senyap, NGO-NGO Islam senyap. Bila berjumpa atau terserempak, baharulah berkata, “berani sungguh kamu, dan bagus sungguh kamu”. 

“Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?

“Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Sebelum ini, beberapa pihak bukan Islam, termasuk Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) menggesa kerajaan bertindak terhadap pempengaruh dan pendakwah bebas itu.

Ini susulan tindakan Firdaus Wong memuat naik video di TikTok yang memaparkan beliau menjawab pertanyaan seorang penulis, Adnin Roslan tentang cara menangani permintaan remaja bawah umur yang bukan beragama Islam ingin memeluk Islam.

Firdaus Wong antaranya menjelaskan dari sudut Islam tiada masalah untuk individu tersebut ingin memeluk agama Islam tidak kira berapa umurnya kerana beliau boleh diislamkan. 

Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

Beliau mempersoalkan dalam Islam siapa yang boleh menahan atau mahu menahan sekiranya ada individu, termasuk kanak-kanak bawah umur atau pelajar sekolah rendah mahupun menengah yang ingin memeluk Islam.

Katanya, hanya undang-undang Malaysia atau perlembagaan sahaja tidak membenarkan kelompok bawah umur memeluk Islam tanpa kebenaran ibu bapa melainkan mereka sudah mencapai umur 18 tahun dan ke atas.

“Proses pengIslaman tidak perlu kepada pendaftaran. Syahadahkan dia dahulu. Takkan strategi sebegini pun kita takut. Ini bumi siapa asal usulnya? Agama Islam berada dalam kedudukan di mana mengikut perlembagaan Persekutuan? 

“Apakah selepas ini kita menjadi tidak berani untuk berdakwah kepada pelajar bukan Islam di bawah umur? 

“Orang Kristian atau misionari Kristian relaks sahaja berdakwah kepada pelajar bawah umur, boleh pula. 

“Bila kena pada kita, berkaitan dengan Islam, semua tidak boleh, termasuk berdakwah kepada mereka di bawah umur,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending