Terkini
Liat bayar pinjaman pendidikan MARA, tapi gaya hidup mewah – Asyraf Wajdi
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki hairan apabila ada peminjam institusi itu meminta untuk dilepaskan dari tindakan mahkamah kerana tidak membayar pinjaman pendidikan, namun dilihat mampu hidup mewah.

- Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki hairan apabila ada peminjam institusi itu meminta untuk dilepaskan dari tindakan mahkamah kerana tidak membayar pinjaman pendidikan, namun dilihat mampu hidup mewah.
- Beliau berkata insiden sedemikian menunjukkan pentingannya ilmu pengurusan kewangan peribadi dan memahami keutamaan dalam perbelanjaan.
- ““Dr, saya nak mohon pertimbangan untuk bantu lepaskan tindakan mahkamah MARA terhadap saya. InsyaAllah saya akan mulakan bayar balik pinjaman pelajaran yang tertunggak”. Demikianlah sebahagian daripada mesej yang saya terima daripada seorang hamba Allah.
- “Bila saya lihat di Facebook beliau, nampak kehidupan agak bergaya dan mewah juga dengan berkenderaan mewah Mercedes. Tapi nak bayar balik pinjaman pelajaran liat,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
- Asyraf Wajdi berkata kelompok itu juga perlu sedar keutamaan melangsaikan hutang berbanding berbelanja mewah adalah prinsip utama dalam pengurusan kewangan menurut perspektif Islam.
KUALA LUMPUR —- Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki hairan apabila ada peminjam institusi itu meminta untuk dilepaskan dari tindakan mahkamah kerana tidak membayar pinjaman pendidikan, namun dilihat mampu hidup mewah.
Beliau berkata insiden sedemikian menunjukkan pentingannya ilmu pengurusan kewangan peribadi dan memahami keutamaan dalam perbelanjaan.
““Dr, saya nak mohon pertimbangan untuk bantu lepaskan tindakan mahkamah MARA terhadap saya. InsyaAllah saya akan mulakan bayar balik pinjaman pelajaran yang tertunggak”. Demikianlah sebahagian daripada mesej yang saya terima daripada seorang hamba Allah.
“Bila saya lihat di Facebook beliau, nampak kehidupan agak bergaya dan mewah juga dengan berkenderaan mewah Mercedes. Tapi nak bayar balik pinjaman pelajaran liat.
“Inilah antara kepentingan ilmu pengurusan kewangan peribadi dan memahami keutamaan dalam perbelanjaan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Asyraf Wajdi berkata kelompok itu juga perlu sedar bahawa keutamaan melangsaikan hutang berbanding berbelanja mewah adalah prinsip utama dalam pengurusan kewangan menurut perspektif Islam.
“Ini kerana dosa tidak membayar hutang jauh lebih besar sehinggakan Nabi memperingatkan bahawa dosa orang mati syahid diampunkan Allah semuanya kecuali hutang,” katanya.
Sebelum ini, beliau mendedahkan ramai peminjam MARA memohon kepadanya untuk menghapuskan hutang, bagaimanapun beliau menegaskan hanya boleh membantu menstrukturkan semula hutang serta jadual pembayaran balik.
Katanya, bukan hak beliau untuk menghapuskan hutang peminjam kerana wang MARA merupakan wang rakyat.
Pada Mac lalu, Asyraf Wajdi menasihati peminjam yang berdepan kesukaran untuk melunaskan bayaran balik pinjaman supaya berbincang dengan agensi berkenaan.
Katanya, peminjam boleh berhubung dengan MARA untuk berbincang mengenai kaedah pembayaran balik sekiranya benar-benar berada dalam kesusahan. —- The Merdeka Times
Sumber : Facebook DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
Terkini
Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu – Saifuddin
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

- Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
- Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
- “Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
- “Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
- Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.
Tanjung Malim: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
“Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
“Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta.
“Kalau ada penolakan contohnya mereka pemegang pasport negara melakukan kesalahan di luar seperti tinggal lebih masa, apabila membuat permohonan semula pasport sudah semestinya ada semakan dan mungkin berakhir dengan tidak lulus.
“Tetapi kerana bahasa Melayu…tiada,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Nordin Mohamad; Ketua Pengarah Rela, Datuk Yahya Sulaiman dan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.
Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.
“Mengenakan syarat seperti itu adalah menyalahi undang-undang, keterlaluan dan akan menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai,” kata Zaid seperti dilaporkan sebuah portal berita tempatan.
Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, sebagai warganegara adalah menjadi kewajipan untuk menguasai bahasa Melayu selaras martabatnya sebagai bahasa rasmi seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Perkara yang kita tekankan adalah setiap warganegara Malaysia apabila berurusan di kaunter kerajaan paling kurang boleh berbahasa Melayu.
“Baik LFL atau pihak lain, jangan putar belit sampai seolah-olah syarat permohonan adalah bahasa, padahal kita tak pernah ungkap.
“Saya anjurkan semua warganegara termasuk LFL utamakan dahulu bahasa Melayu,” katanya.
Terdahulu, seorang wanita mendakwa diherdik oleh pegawai imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Johor gara-gara tidak tidak fasih berbahasa Melayu semasa memohon pembaharuan pasport anaknya.
Sumber : Harian Metro
-
Terkini4 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa2 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS